Assalamualaikum. Hari ni saya akan menceritakan proses melengkapkan maklumat sistem tawaran secara atas talian. Mula-mula sekali kita buat semakan UPU. Selepas mengisi nombor kad pengenalan. Kita akan dapat lihat sama ada kita berjaya ditawarkan program pengajian atau tidak. Sekiranya berjaya, kita akan melihat ucapan tahniah, nombor kad pengenalan, nama, nama program pengajian, universiti awam/ institusi serta link laman UA. Kita akan diberi tarikh untuk mencapai surat tawaran sehingga tarikh akhir untuk mengesahkan setuju terima tawaran. Sekiranya tidak membuat pengesahan setuju terima, kita dianggap menolak tawaran pengajian tersebut.
Selepas menekan link laman UA, kita akan diberi kod program, nama program, fakulti, tempoh pengajian dan yuran bagi semester 1. Kita juga akan dikehendaki mengisi maklumat vaksinasi calon pelajar. Di bahagian maklumat vaksinasi calon pelajar, kita akan diberi nombor matrik.
Kita juga akan dikehendaki membaca peringatan mesra dan print setiap panduan untuk memudahkan rujukan dan kegunaan semasa hari penting. Kita perlu print maklumat am, surat offer letter, panduan am, tentatif program, kalendar akademik, maklumat yuran, maklumat bantuan dan kewangan, unit kebajikan dan pengangkutan, peraturan am dan etika penampilan, etika pakaian dan buku panduan pelajar.
Dalam sistem surat tawaran kita akan mengisi maklumat peribadi, maklumat waris, maklumat akademik, maklumat yuran, kad matrik, cenderahati, kaji selidik, pengesahan dan cetak.
Untuk maklumat akademik, kita akan dikehendaki share link result exam SPM, STPM/MATRIKS/ ASASI/ DIPLOMA dan MUET melalui Google Drive
Untuk maklumat yuran, kita boleh bayar full or bayar half. Paling penting kita kena ada akaun bank Islam sebab mostly panel bank Universiti Awam adalah Bank Islam. Kita boleh bayar yuran di semua cawangan Bank Islam melalui mesin ATM Bank Islam, Bank Islam Online Banking, CDM Bank Islam dan Kaunter Bank Islam. Selain itu kita boleh bayar melalui JOMPAY letak je biller code universiti masing-masing. Untuk reference 1 letak no matrik. Untuk reference 2 letak no kad pengenalan. Seterusnya boleh bayar melalui Bank Muamalat Malaysia. Bayaran melalui IBG atau DuitNow tidak dibenarkan sebab susah untuk kenalpasti maklumat bayaran dan bayaran tidak akan dapat dikemaskini. (Actually kecewa sikit ah bab ni sebab banyak kot bank dalam Malaysia tapi kena guna 1 je bank untuk pelajar universiti. Bayangkan Covid19 ni nak kena keluar pergi bank beratur panjang tapi kena halau sebab tak buat appointment. Lepastu dua cawangan yang dekat dengan rumah tutup sebab nak santize. ERGHH PENAT OI)
Okay untuk pembukaan akaun Bank Islam kita kena buka sebelum hari pendaftaran actually. Keperluan buka akaun Bank Islam ni sebab universiti perkenalkan kad bank dwifungsi dikenali sebagai Kad UniDEBIT dan kad matrik pelajar. Pelajar juga perlu membawa salinan muka hadapan buku bank untuk memudahkan pihak universiti mengeluarkan kad UniDEBIT.
PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM:
- Daftar dulu dekat https://vao.bankislam.com.my/
- Print out pengesahan dari bank
- Bawa deposit RM100
- Telefon bank dan buat appointment dulu (kalau taknak kena halau)
- Bawak ic, sijil lahir, surat tawaran uni dan bukti uni guna Bank Islam
- Simpan resit dan salinan muka hadapan buku bank
Comments
Post a Comment