Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu

 

Harini bangun awal. Sebab nak tunggu bila boleh print surat tawaran. Sekali bila tengok portal UniMAP hari Jumaat rupanya. Sebab harini cuti Hari Malaysia. Hahahaha. Kena tengok esok ah ni. Amierah keluar dengan Zahirah pergi Titiwangsa. Abah beli nasi vanggey. Ada lauk ikan tenggiri, ayam and kambing. Siap beli teh ais. Lepastu sembang-sembang dengan kawan. Tengok ada group WhatsApp khas untuk course new media communication. Okay lah diaorang baik sembang-sembang. Group Telegram dengan WhatsApp pun masih active cerita macam-macam. Siap share screenshot conversation dengan senior pasal couse ni.

Rupanya course Komunikasi Media Baharu/ New Media Communication aka iKOM ni akan belajar pasal telekomunikasi, multimedia and keusahawanan. Course ni hybrid. Course ni akan meluaskan peluang pekerjaan kita sebab kita boleh jadi macam-macam. Kita akan diajar cara untuk berkomunikasi, menggunakan multimedia dan belajar pasal keusahawanan. Itulah serba sedikit yang saya faham berkaitan course ni selepas membaca perbualan antara pelajar baharu dan senior.

Saya juga banyak mencari maklumat berkaitan course ni. Course ni under Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan dan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi. Kod program ni UR6321001. Ada 6 semester. Untuk yuran semester 1 ialah RM2035. Program pengajian ini adalah program pengajian baharu di UniMAP diperkenalkan pada tahun 2014 dengan tempoh pengajian selama tiga tahun.

Program pengajian ini akan menghasilkan graduan yang berkemahiran dalam komunikasi, media baharu, teknologi maklumat, pengurusan dan keusahawanan. Pelajar Ikom akan mempelajari perkara asas dalam bidang komunikasi seperti teori komunikasi, pengucapan awam, penulisan skrip, perhubungan awam, dan literasi media baharu. Bagi elemen teknologi maklumat, pelajar iKom akan didedahkan dengan teknologi berkaitan grafik, penerbitan video, animasi, rekabentuk audio, fotografi digital dan pembangunan web. Bagi elemen keusahawanan, pelajar akan didedahkan dengan ilmu asas keusahawanan, pemasaran dan pengiklanan digital

Antara peluang pekerjaan yang berkaitan adalah seperti pegawai perhubungan awam, pegawai penerangan, pegawai tadbir, eksekutif komunikasi korporat, pengurus acara, penyampai radio dan televisyen, wartawan, editor, penulis, pereka grafik dan animasi, penerbit produksi media dan digital, jurufoto, pegawai pemasaran, perunding dan jurucakap produk.

Subjek untuk pengajian ini

Sem 1

·         Introduction to communication theory

·         Public speaking

·         Writing to new media

·         Introduction to new media

·         Bahasa melayu university

·         Foundation English (kalau dapat band 2 muet)

·         Kokurikulum

Sem 2

·         Interpersonal communication in new media

·         New media and society

·         Visual communication

·         Principles of human computer interface

Sem 3

·         Small group communication

·         Digital photography

·         Graphic design for new media

·         Social psychology

Sem 4

·         New media and cross-cultural communication

·         Integrated marketing communication

·         Digital video photography

·         Web design and development

·         Data reasoning

Sem 5

·         Public relation of new media

·         Managerial communication

·         Ethics and law in new media communication

·         Digital media production

·         Animation for integrated media

·         Electronic entrepreneurship

Sem 6

·         Event management

·         Seminar on new media communication

·         Final year project

·         Strategic and performance management

# okay next post saya akan cerita pasal UniMAP

Comments