Assalamualaikum, baru ada kesempatan nak publish post pasal unimap hasil carian dan rujukan senior serta internet. Mula-mula was-was juga okay ke UniMap ni. Alhamdulillah lepas diberi penerangan oleh senior dan hasil bacaan dari sumber internet saya mula menerima. Hihihi. Okay sekian hasil carian saya. Selamat membaca
UNIVERSITI
MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAHULU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN
UTARA MALAYSIA (KUKUM). UNIMAP DITUBUHKAN SEBAGAI IPTA YANG KE-17 PADA 25 JULAI
2001. UNIMAP TERLETAK DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN MERUPAKAN KAMPUS
TERAGIH (DISTRIBUTRED CAMPUS) DIMANA LOKASINYA TERLETAK LEBIH DARI 30 LOKASI
DISELURUH PELOSOK NEGERI PERLIS. KAMPUS TETAP UNIMAP DIKENALI SEBAGAI KAMPUS
ALAM UNIMAP PAUH PUTRA.
KAMPUS ALAM
UNIMAP PAUH PUTRA MENEMPATKAN PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN, PEMBUATAN,
MEKATRONIK, MIKROELEKTRONIK, KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN DAN SISTEM ELEKTRIK.TERDAPAT
JUGA BANGUNAN PUSAT KEJURUTERAAN, PUSAT KERJASAMA INDUSTRI, INSTITUT MATEMATIK
KEJURUTERAAN, KOMPLEKS DEWAN KULIAH, DEWAN SERBAGUNA, KOLEJ KEDIAMAN, LITAR GO-KART
DAN KOMPLEKS SUKAN SYED SIRAJUDDIN AREEB PUTRA.
SELAIN ITU,
TERRDAPAT JUGA KAMPUS HIJAU UNIMAP SUNGAI CHUCHUH. DI KAMPUS HIJAU UNIMAP
SUNGAI CHUCHUH TERDAPAT FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, KOLEJ KEDIAMAN DAN INSTITUT
AGROTEKNOLOGI LESTARI.
MATLAMAT PENUBUHAN
·
Penubuhan UniMAP
bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan
perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung
kepada pembelajaran secara praktikal.
·
UniMAP melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk
menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang
konsep teori.
·
Program akademik
UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20%
praktikal.
·
Kurikulum yang
disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program
kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
·
Pelajar dibekalkan
dengan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, pengurusan, perakauanan,
ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.
MISI
Melahirkan modal insan kamal yang menyumbang
kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara.
VISI
Institusi akademik dan penyelidikan yang
berdaya saing di persada antarabangsa
NILAI TERAS
Ilmu keikhlasan kecemerlangan
SENARAI PUSAT
PENGAJIAN/ FAKULTI
1.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Mikroelektronik
2.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan
3.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Sistem Elektrik
4.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Bahan
5.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Pembuatan
6.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Mekatronik
7.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Bioproses
8.
Pusat Pengajian
Kejuruteraan Alam Sekitar
9.
Pusat Pengajian
Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan
10. Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan
Teknokomunikasi
11. Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Fe-Tech)
12. Pusat Pengajian Diploma (PPD)
SENARAI KOLEJ KEDIAMAN
1.
Kolej Kediaman
Antarabangsa
2.
Kolej Kediaman Tunku
Abdul Rahman [PF1] (Pauh Putra)
3.
Kolej Kediaman Tun
Abdul Razak [PF2] (Pauh Putra)
4.
Kolej Kediaman Tan Sri
Aishah Ghani (Wang Ulu)
5.
Kolej Kediaman Tun
Abdullah Ahmad Badawi (Simpang Empat)
6.
Kolej Kediaman Bumita
(Pauh Putra)
7.
Kolej Kediaman UniCITI
Alam (Sg. Chuchuh)
KELEBIHAN BELAJAR DI UNIMAP
1. Universiti paling
unik sebab meliputi seluruh Perlis.
2. Yuran pengajian
yang murah (1 sem RM1400-RM1200)
3. Penginapan
disediakan sehingga tamat belajar
4. Kos sara hidup sepanjang
belajar yang rendah (makanan murah)
5. Persekitaran tempat
belajar yang menarik
6. Banyak tempat
menarik untuk melancong
7 Kemudahan bas dan
wifi yang memudahkan pelajar
Comments
Post a Comment