🌾 Chapter 1: Dari
Facebook ke Instagram — Permulaan yang Tak Disangka
Waktu tu saya tengah intern
sebagai HR & Admin di sebuah company oil & gas bernama Hablem, area
Taman Melawati. Hidup saya masa tu sangat predictable. Pagi masuk office, buka
laptop, semak email, dan rutin wajib — buka Facebook. Scroll group-group
intern, cari pelajar yang tengah cari tempat praktikal. Kadang-kadang bukan setakat
intern, saya tolong juga cari technician, welder, engineer untuk support team
site. Dunia saya masa tu lebih kepada CV, interview slot dan follow-up
candidate.
Hari-hari buka Facebook sampai
rasa macam dah hafal muka orang dalam group. Sampai satu tahap, saya pun bosan
sendiri. Jadi saya godek-godek features lain. Tengok marketplace, tengok video,
scroll entah apa-apa. Dan tiba-tiba saya ternampak satu tab kecil — Facebook
Dating.
Saya berhenti scroll.
“Eh… Facebook ada dating app ke
sekarang?”
Curious tu datang bukan sebab
saya tengah desperate nak cari pasangan. Jujur, masa tu saya okay je hidup
solo. Fokus intern, fikir pasal kerja tetap, fikir masa depan. Tapi sifat ingin
tahu tu kuat. Macam HR nak test sistem baru — saya nak tengok macam mana benda
ni berfungsi.
So saya pun create profile. Letak
gambar yang biasa-biasa je. Tak over. Bio pun simple. Dalam hati, “Try je lah.
Tengok macam mana.”
Tapi saya bukan jenis yang
message lelaki dulu. Kalau ada match pun, saya jenis tapis. Tengok cara tulis
bio, tengok cara approach. Kalau ayat pelik-pelik, terus swipe left. Saya tak
suka lelaki yang terlalu try hard atau terlalu sweet tanpa kenal.
Sampailah satu hari — 24 Ogos
2024.
Tarikh tu saya ingat sebab dia
datang tanpa warning.
Satu notification match masuk.
Saya buka, dan saya nampak seorang lelaki. Muka dia macam Chinese, rambut
kemas, pakai spek. Senyum dia lembut. Clean. Tenang. Bukan jenis flashy. Dan
yang paling jujur — totally my type.
Tak lama lepas tu, dia mesej
dulu.
“Cantiknya gambar padi tu.”
Saya pandang mesej tu beberapa
saat sebelum balas. Gambar padi tu sebenarnya gambar random masa saya balik
kampung. Tak sangka orang notice benda simple macam tu.
Saya reply pendek je.
“Hehe thanks.”
Simple. Guard masih tinggi.
Tapi dari situ, perbualan mula
mengalir. Ringan-ringan dulu. Tanya kerja apa, asal mana, minat apa. Dia jenis
banyak share cerita tentang diri dia. Saya pula bukan jenis yang cerita panjang
tanpa ditanya. Tapi bila orang tanya dengan cara yang baik, saya akan jawab.
Apa yang saya perasan, dia
friendly — tapi tak over. Tak guna ayat pick-up line murahan. Tak pushy. Ada
batas. Ada sopan. Cara dia bercakap macam orang yang ada adab.
Beberapa hari berlalu, chat kami
makin konsisten. Bukan sepanjang hari, tapi ada rhythm. Good morning. Tanya
lunch makan apa. Malam cerita sikit pasal hari masing-masing.
Lepas beberapa hari, dia minta
nombor telefon.
Masa tu hati saya berbelah
bahagi.
Nak bagi?
Awal sangat ke?
Macam mana kalau ni semua cuma temporary?
Saya memang jenis berhati-hati.
Jadi saya cakap belum lagi. Instead, saya cadangkan tukar Instagram dulu.
Dan dia okay.
Dekat Instagram, interaction jadi
lebih real. Nampak daily life masing-masing. Saya repost story random,
kadang-kadang pasal kerja, kadang pasal lagu. Dia pula masa tu tengah join
training. Tak terlalu busy, tapi tetap ada masa untuk reply. Dan yang saya
perasan — dia consistent.
Consistency tu underrated
sebenarnya.
Tak ghost.
Tak tiba-tiba hilang.
Tak panas-panas tahi ayam.
Dari situ, dia mula cakap pasal
jumpa.
“Kalau setakat borak kat IG,
lambatlah nak tahu perangai betul-betul.”
Saya baca mesej tu berkali-kali.
Cepatnya ajak jumpa?
Dalam kepala saya terus keluar
macam-macam scenario. Selamat ke? Awal sangat ke? Tapi dalam masa yang sama…
saya curious. Saya nak tahu juga macam mana dia bila bercakap depan-depan.
Saya set satu syarat dalam hati —
slow and steady. Kalau nak kenal, kenal elok-elok. Jangan rushing.
Dalam seminggu juga kami terus
chat macam biasa. Dan akhirnya, saya bagi juga nombor phone saya.
Alasan dia simple — “Senang nak
set masa betul-betul nak jumpa dan pickup nanti.”
Pickup.
Perkataan tu buat saya terdiam
sikit. Macam… serious ke ni?
Dan tanpa saya sedar, dari satu
click sebab curious, dari satu mesej tentang gambar padi, saya dah mula buka
ruang kecil dalam hidup saya untuk seseorang yang saya belum pernah jumpa pun
lagi.
Dan dari situ… semuanya mula
berubah. 🌿✨
🌸 Chapter 2: First Date
Yang Tak Terlupakan (14.09.2024)
14 September 2024.
Tarikh yang sampai sekarang kalau
orang sebut pun, jantung saya boleh rasa semula debar dia. Cantik pulak tu
jatuh hari Sabtu. Konon perfect timing untuk first date. Tapi biasalah, hidup
takkan bagi jalan mudah sangat — jem teruk gila sebab student IPT tengah daftar
semester baru. Area KL semua packed.
Tapi jem tu tak seberapa
dibandingkan dengan jem dalam dada saya.
Sebab ini bukan sekadar first
date dengan dia.
Ini first date saya dengan
lelaki. Ever.
Sepanjang pagi tu saya cuba act
normal. Siap awal. Pilih baju lama sikit sebab tak nak nampak macam try hard.
Dalam hati, “Relax je lah. Just jumpa. Bukan nak kahwin hari ni pun.”
Tapi bila dia cakap dah sampai…
saya cuak.
Plot twist pertama: saya tersalah
pin location. Salah blok.
Saya cari blok yang dia tunggu,
nampak sebuah kereta. Bila dia turunkan tingkap dan pandang saya — saya terus
beku.
Dalam kepala saya literally
berbunyi:
“Ya Allah… ni ke dia? Ni driver
Grab Chinese ke apa ni?!” 😭
Real life dia lagi kemas dari
gambar. Rambut tersusun elok. Spek tu bagi aura matang. T-shirt kelabu pekat
yang simple tapi fit elok. Clean. Calm. Confident.
Saya pula?
Oversized kemeja pink, bawal
pink, skirt jeans. Malu-malu kucing tahap maksimum.
Lagi satu dilemma — nak duduk
depan ke belakang?
Kalau duduk belakang macam
awkward. Duduk depan pulak… lagi awkward.
Akhirnya saya buka pintu depan.
Duduk. Pakai seatbelt. Senyap.
Perjalanan ke Melawati Mall tu
mungkin dalam 10–15 minit je. Tapi bagi saya rasa macam sejam. Dia cuba ajak
borak. Tanya kerja okay tak.
Saya?
Jawab sepatah dua. Senyum. Tunduk.
Pandangan saya lebih banyak ke
luar tingkap daripada muka dia.
Suara saya memang tak keluar.
Malu gila. Sampai sekarang pun saya boleh gelak fikir balik.
Sampai parking Melawati Mall,
tiba-tiba ada mini drama.
Touch ‘n Go dia tak cukup
balance.
Saya yang kononnya nak jadi
supportive, terus cakap, “Takpe saya ada…”
Sekali baru teringat. IC saya
tertinggal.
Allahu. Benda paling basic pun
boleh lupa. Malu saya bertambah dua kali ganda.
Tapi dia langsung tak panik. Cool
je. Pergi topup. Settle. Tak ada muka annoyed. Tak ada nada menyalahkan.
Gentleman point +1. ✨
Kita park kat atas dan mula
jalan-jalan cari makan. Dalam kepala saya cuma satu doa:
“Ya Allah janganlah ada orang
kenal aku nampak aku tengah dating.” 😭
Saya maintain muka steady, tapi
dalam hati gelabah.
After pusing Level 3, kita decide
makan kat Boat Noodle. Dia order macam-macam — lava egg kra pow, enoki
mushroom, chicken skin. Confident je pilih.
Saya masih dalam mode malu, so
saya order safe choice — Tom Yum Noodles dan Blue Butterfly drink.
Sepanjang makan, saya dah mula
warm up sikit. Dah boleh jawab ayat penuh walaupun suara masih soft. Dia banyak
cerita pasal training dia, family dia, pengalaman kerja. Saya dengar je, tapi
dalam diam saya observe.
Cara dia bercakap.
Cara dia layan staff.
Cara dia tak main phone masa makan.
Small things. Tapi bagi saya
besar.
Bila nak bayar, dia terus hulur
kad.
Pickup. Belanja makan. Tak
berkira.
Gentleman point +2. 💯
Lepas tu kita singgah Mixue. Kali
ni saya dah set dalam kepala — aku kena bayar something. Sulung
behaviour activated. Tak biasa orang belanja semua.
Saya order Strawberry Crispy
Sundae. Dia order Super Boba Sundae.
Lepas tu dia pergi solat. Satu
lagi benda yang buat saya perasan — dia jaga tanggungjawab dia dulu. Lepas
settle, dia ajak pergi Taman Tasik Titiwangsa.
Perjalanan ke sana memang ujian
kesabaran. Jem luar biasa. Area tol tu lagi-lagi. Ada satu bas besar block
laluan, kereta lain semua macam chaos.
Tapi dia drive tenang.
Smooth. Confident. Tak hon sesuka
hati.
Saya duduk sebelah, dalam hati
impressed.
“Anak cikgu memandu… patutlah
steady je handle.” 😌
Kalau saya? Confirm dah stress,
tarik handbrake, turun jalan kaki balik.
Sampai Titiwangsa, kita duduk
dekat tepi tasik. Angin petang tu sejuk. Suasana tenang.
Saya dah mula okay sikit. Dah
boleh bercakap lebih dari dua ayat. Tapi satu benda buat saya nervous — dia
asyik tenung saya.
Lama.
Saya terus overthinking.
“Kenapa dia tengok aku macam tu?
Nampak pelik ke? Makeup tak kena ke? Dia menyesal ke jumpa aku?”
Tapi setiap kali saya pandang
balik, dia cuma senyum.
Tenungan dia tak seram. Tak
judgemental. Macam ikhlas.
Macam betul-betul nak kenal saya.
Kita sempat minta orang lalu
lalang ambilkan gambar kami berdua. Random strangers jadi saksi first memory
kami.
Gambar tu biasa je.
Tapi moment tu… luar biasa.
Sebelum balik, kita borak lagi
sikit. Tentang future. Tentang prinsip hidup. Tentang benda simple tapi
meaningful.
Petang tu dia hantar saya balik.
Sampai depan rumah, saya ucap terima kasih.
Untuk pickup.
Untuk belanja makan.
Untuk kesabaran layan saya yang pemalu tahap extreme.
Saya tak berani nak cakap lebih.
Tak berani nak hint apa-apa.
Tapi dalam hati saya jelas satu
benda:
“Kalau ada next date… I’d love
that.”
Tapi saya tak letak expectation
tinggi. Saya chill je. Sebab saya percaya satu perkara —
Kalau dia rasa benda yang sama,
dia akan usaha lagi.
Dan kali ni… saya tak salah. 🌷✨
Chapter 3: Si Bongsu & Si
Sulung — Second Date & Chemistry Yang Makin Kuat (28.09.2024)
Lepas first date tu, kami terus
rapat. Setiap hari borak, reply story, share TikTok pasal tempat menarik,
makanan viral, meme lawak. Tapi satu yang buat saya senyum lebih — dia cakap
rindu. “Baru jumpa sekali dah rindu? Skill buaya ke apa ni?” saya
fikir sambil gelak dalam hati. Tapi… deep down, saya suka.
Dia tanya, “Next date nak ke
mana?”
Saya suggest ke Pusat
Sains Negara. Saya pernah sekali je pergi masa zaman sekolah. Dia
pulak never been there, sebab dia membesar kat Negeri Sembilan. So
kami pun plan betul-betul — dan decide untuk guna public transport je, nak feel
adventure sikit. Tarikh yang dipilih: 28 September 2024.
Kitaorang jumpa kat LRT
Wangsa Maju — tempat dia parking kereta. Saya naik bas, turun
LRT Sri Rampai, then jumpa dia kat Wangsa Maju. Saya pakai kemeja
stripes biru putih, tudung dan seluar putih. Dia pakai t-shirt berkolar hitam —
smart habis, rasa macam dia keluar dengan budak sekolah bila tengok saya simple
sangat 🤭
Dari Wangsa Maju, kita turun
kat LRT Pasar Seni, naik MRT Pasar Seni, dan turun
kat MRT Semantan. Lepas tu naik bas ke Pusat Sains Negara. Tapi
rupanya perjalanan lepas turun bas tu agak mencabar dan berpeluh,
sebab panas dan... kita dua-dua tak tahu kena tekan loceng. Ingatkan driver
announce tempat berhenti macam dalam drama.
Sampai je, dia bayarkan tiket
masuk RM6 dan pameran tambahan Obskura XR RM8. Masuk je
dalam, "Eh kenapa bising sangat ni?" Rupa-rupanya
time tu tengah musim lawatan sekolah! Budak-budak penuh satu
bangunan, riuh satu dunia. Bas berderet kat luar.
Tapi best jugak — macam masuk
balik zaman budak-budak. Setiap pameran kami pergi, mesti ada budak-budak
sekolah sibuk. Dia pun pandang budak-budak tu atas bawah sambil geleng kepala.
Saya gelak tengok reaksi dia. Dalam tu ada macam-macam: Akuarium,
Wonderspark, Science Valley, Obskura XR, Tinker Garage, Creative Sports, Garden
of Nature, dan banyak lagi. Tak sedar masa berlalu.
Paling sweet, masa ada satu staf
ajak kami masuk Garden of Nature untuk lepaskan rama-rama.
Kami pun join. Bila rama-rama tu terbang keluar dari lipatan kertas dan
tiba-tiba hinggap atas kepala saya — ada budak sekolah tegur. Dia cepat-cepat
record moment tu tanpa saya minta. Itu benda saya paling suka — dia ambil
gambar dan rakam moment-moment manis secara spontan, ikhlas. Macam dia
tahu, benda tu akan jadi kenangan.
Lepas keluar dari situ, kami naik
semula MRT balik ke Pasar Seni, dan decide makan di Aroii
Thai NU Sentral. Saya order nasi goreng, tom yum noodles, pulut mangga, teh
ais. Dia order nasi goreng, enoki mushroom, chicken skin dan green tea. Kita
borak panjang sambil makan — dah makin selesa, makin rasa "eh aku
suka orang ni." Lepas perut kenyang, kami sambung naik LRT ke
KLCC pula.
Di KLCC, kami jalan-jalan dari
taman luar hingga masuk ke dalam. Lama kami berjalan di Kinokuniya, tengok
buku, tengok figurine comel, batu kristal dan macam-macam benda menarik. Saya
suka tengok cara dia tenang, minat bercerita, dan detail bila bercerita. Waktu
tu saya rasa tenang — macam berada di tempat yang betul, dengan orang yang
betul.
Lepas penat pusing-pusing, dia
ajak singgah ZUS Coffee. Katanya nak belanja air. Saya tak minum kopi, jadi dia
orderkan Tahitian Lime Refresher untuk saya, dan Watermelon
Latte untuk dia. Momen tu tenang… sambil duduk, rehatkan kaki, dan
senyum-senyum pandang satu sama lain.
Untuk balik, saya insist untuk
naik public transport sendiri. Rumah saya di Ukay Perdana, tinggi,
jauh dan dalam. Kesian kalau dia hantar balik, nanti dia penat sorang-sorang.
Saya jenis fikir pasal orang, anak sulung kan — memang terbiasa berdikari. Dia
anak bongsu. Kontra sangat.
Satu lagi, saya selalu offer nak
share bill. Bagi saya, selagi belum jadi isteri, dia tak ada
tanggungjawab untuk belanja semua. Tapi dia tak suka — dia rasa lelaki
patut provide. Saya pulak rasa tak adil. Tapi sebab saya degil sangat,
dia terpaksa bagi juga bank QR dia. Saya transfer
senyap-senyap 😌
Tapi dia pernah cakap, “Kadang-kadang
bagi la saya belanja. Biar saya pickup, hantar. Saya suka buat semua tu.” Dan
sejak tu saya mula faham — itu cara dia tunjuk sayang.
Dan saya mula belajar...
untuk terima kasih sayang.
Chapter 4: Spicy Ayam &
Sweet Chemistry — Third Date Yang Paling Chill (12.10.2024) 🌶️📸
Lepas second date yang penuh ilmu
dan butterfly, kitaorang pun plan next date makan Hotbird —
tempat ayam spicy yang dah dua kali saya pergi dengan babygrils (Pirlida, Izza,
Alya, Sarah). Kali ni turn dia pulak nak try sebab saya asyik promote tempat
tu. Maklumlah, musim boikot KFC & McD, Hotbird jadi penyelamat craving ayam
goreng pedas!
Saya siap bagi tau dia, "Kena
turun LRT SS15 je, tapi tempat tu ramai gila orang. Parking susah." Tapi
cara saya cerita tu... terus buat dia insist nak naik kereta
je.
"Lama sangat duduk
LRT," katanya. Saya jawab, "Tapi... parking susah
la." Dia selamba, "Parking boleh cari, don’t
worry."
So, kami pun set date — 12
Oktober 2024. Jumpa kat LRT Setiawangsa, dia pickup saya kat
situ. Hari tu saya pakai simple je — blouse warna krim, tudung bawal hitam
bercorak. Tak banyak pilihan outfit sebab adik saya bawak banyak baju sekali
dengan dia ke UiTM Puncak Alam. Jadi saya repeat mana yang ada je.
Dia pulak... pakai kemeja
hitam. Haih. Nampak smart sangat, saya jadi makin malu-malu kucing.
Perjalanan ke Hotbird Subang Jaya
tu smooth je. Dan... ajaibnya, dapat parking betul-betul
depan pintu Hotbird. "Eh jackpot terus ni!" Saya
happy gila. Dia memang ada luck bab-bab parking.
Kami pun order 2 set ayam — 2
pieces each, level hot. Saya memang tak makan kulit ayam, jadi dia
pun tolong kopekkan ayam sebab masih panas. Small gesture, tapi dalam hati saya
terus cair. "Eh ni gentleman betul ni..."
Lepas tu kami makan dalam diam —
bukan sebab takde topik, tapi sebab... pedas makin menjadi. Mula-mula
steady, tapi lama-lama... masing-masing tersandar. Mengah! Tapi cover cool.
Saya gelak dalam hati tengok dia tahan pedas.
Lepas recharge kejap, kami jalan
slow-slow. Dia ajak pergi photobooth The Film SS15. Saya excited,
sebab tempat tu aesthetic sangat — kami pilih background high angle
room merah. Gambar memang cantik, matching! Dapat discount sebab saya guna
voucher yang saya collect masa last pergi dengan babygrils. Babygrils
to the rescue!
Lepas settle bergambar, dia
hantar saya balik. Dalam kereta, saya perasan — macam biasa, 30 minit
terawal saya malu-malu lagi. Tapi lepas tu, makin selesa. Makin senang
gelak, makin senang cerita. Chemistry tu... dia makin rasa.
Dan saya pun makin rasa.
Chapter 5: Bila Hati Dah
Terbuka, Masa Depan Pun Rasa Tak Mustahil 🌱🫶
Hari-hari pun berlalu. Dari
awkward, senyap, malu-malu — perlahan-lahan saya nampak effort dia.
Bukan jenis lelaki yang hidupnya kosong. Kalau tak keluar dengan saya, dia akan
keluar jogging, brisk walk, gym, atau balik Seremban jumpa mak ayah. Aktif.
Terurus. Fokus. Dan bila dia share semua tu dengan saya, saya rasa...
dia bukan saja fikir pasal diri dia. Dia mula nak saya ada dalam cerita harian
dia.
Dia pun pernah cakap dia survey
rumah, dan cerita dekat saya pengalaman dia — dari jenis rumah, lokasi,
sampai proses yang dia lalui. Bila saya cakap “Sewa dulu pun takpe,
slowly kita plan,” dia setuju, tak banyak soal. Sama wavelength. Tak
terburu-buru, tak buat keputusan sendiri. Saya rasa didengar.
Paling penting... semua tu dia
cerita tanpa saya minta.
Bagi saya, itu effort yang paling
jujur. Bila seseorang ikhlas nak libatkan kita dalam hidup dia.
Saya pun perlahan-lahan mula buka
hati saya. Dah tak rasa takut sangat nak bagi effort yang
sama. Bila dia apply kerja kerajaan, saya tahu dia kena jawab soalan
psikometrik yang panjang berjela tu. Saya bagi semangat, “Fokus okay.
Awak boleh jawab. Jawab betul-betul.”
Dan bila saya sendiri penat,
stress, intern HR and admin tiba-tiba kena cover sales, dia pulak yang ada bagi
moral support. Tak paksa saya ceria, cuma ada. Dengar. Respon. Fikir jalan
keluar sama-sama. Itu bonding — bila dua-dua saling jadi tempat bersandar.
Saya pulak... makin mengada.
Makin banyak cerita. Makin suka bercerita dengan dia. Padahal dulu saya
pendiam. Tapi bila kita jumpa seseorang yang buat kita rasa selamat,
semuanya mengalir sendiri.
Tapi... ada satu benda yang saya
masih simpan. Saya belum cerita pasal dia dekat abah.
Saya anak sulung. Strict parents.
Kalau keluar dating pun senyap-senyap. Tapi abah akan datang ke KL 22
Oktober ni. Dan saya... mula tertanya:
“Patut ke saya cerita dekat abah,
saya tengah berkenalan dengan seseorang?”
Hati saya kata ya. Bukan
sebab nak terburu-buru. Tapi sebab saya dah mula nampak masa depan, dan dia...
mula jadi sebahagian daripada pandangan tu.
Chapter 6: Bila Dua Dunia Mula
Bertemu 🌍💌
Saya rasa masa tu... saya
betul-betul bersedia. Untuk bawa dia masuk dalam hidup saya — officially.
Saya mula cerita dekat
mama dan abah. Mama, seperti biasa, gelak dulu. Tak percaya.
Katanya, “Eh bukan ke dulu kau kata kau budak kecik lagi bila mama
suruh bayar bil?” Saya gelak sama. Sebab ya... saya sendiri pun tak
jangka saya akan jumpa orang yang buat saya rasa nak settle down.
Abah pula tenang. Tak banyak
soal, cuma cakap:
“Nanti abah datang KL, ajak
dia jumpa abah.”
Saya terdiam sekejap. Dalam hati,
wah... macam green light je ni?
Saya pun terus bagitahu dia
— "Mama and abah dah tau pasal kita" Dan dia
pun senyum dan cakap yang dia dah bagitahu parents dia juga. Mak
ayah dia pesan, “Kalau berkawan, berkawan elok-elok.”
Lepas tu... datanglah tarikh yang
ditunggu-tunggu: 27/10/2024.
Mula-mula plan nak jumpa di AEON
AU2 Setiawangsa, tapi last minute tukar ke Wangsa Walk Mall. Lebih
santai, tak terlalu crowded. Saya dan dia plan pakai baju hitam.
Matching kononnya. Saya pakai blouse hitam ada ribbon, dia pakai jersey
hitam. Simple but meaningful.
Dia sampai awal, tunggu dekat
A&W. Bila kami sampai, abah terus buka langkah — tanya nama, umur, kerja
apa, asal mana, study kat mana. Smooth je dia jawab semua. Saya
perasan tangan dia kat bawah meja genggam tangan, mungkin tahan nervous.
Tapi dia tenang.
Lepas tu, abah mula masuk
topik-topik biasa — sukan, politik, badminton, cerita pasal kerja,
pasal realiti hidup zaman sekarang. Saya dah biasa dah ceramah abah. Saya
tahu... bila abah start, dia takkan berhenti.
Saya pandang dia, bagi signal
guna mata: “Jom order makanan please, I’m starving.”
Dia faham. Nasib baik. Abah pun
tersedar dari ceramah, “Eh eh, order lah korang. Abah pun lapar ni.”
Saya order chicken burger,
dia order fish burger, abah dengan set nasi dan ayam. Dia sempat
hulur buah tangan — anggur. Saya senyum dalam hati. Comel. Tak
perlu bunga pun, anggur pun buat saya rasa dihargai.
Dan lepas makan, abah sambung
ceramah — kali ni pasal throwback zaman abah dengan mama bercinta. Saya
perasan dia curi-curi tanya abah pasal perangai saya. Abah jawab ringkas tapi
padat:
“Dia ni ikut perangai mama
dia. Tegas. Macam HR.”
Dia angguk. Saya nampak cara dia
tengok abah — penuh hormat. Dia tak potong cakap, tak buat-buat tahu, dia
dengar.
Masa makin berlalu... dan sampai
ke part yang paling berdebar — abah tanya niat hubungan ni.
“Nak kenal sampai mana?”
Dia senyum dan jawab dengan
yakin, bukan ragu-ragu:
“Kalau ikut plan, tunang bulan
6 atau 7 tahun depan. Kahwin mungkin 2026.”
Saya tunduk. Muka dah merah
padam. Dalam hati? Malu. Suka. Gementar. Bahagia. Semuanya
sekali.
Sebelum balik, saya minta izin:
“Abah... boleh tak jalan-jalan
kejap dengan dia dalam mall ni?”
Abah angguk. “Jangan
lama-lama.” Tapi saya tahu dia pun nampak saya bahagia.
Kami pun pusing-pusing Wangsa
Walk. Tak ramai orang. Tenang. Banyak kedai menarik. Dan hati saya
masa tu... tenang sangat.
Sebab saya tahu — langkah
pertama dah lepas. Dua dunia dah mula bertemu. Sekarang, cuma tinggal
nak teruskan perjalanan ni... satu langkah demi satu langkah. Sama-sama. 🤍
🌿 Chapter 7: Tangan Yang
Mengiringi – Bila Dua Jiwa Membesar Bersama
Hari demi hari berlalu, dan saya
mula sedar — setiap “selamat pagi”, “dah makan?”, “balik pukul berapa?” yang
dia kirim, bukan sekadar rutin biasa. Ia adalah rentetan kecil yang
perlahan-lahan membina kepercayaan, rasa dihargai, dan paling penting — rasa
disayangi.
Dia masih orang yang sama. Yang
tetap update hariannya — dari kerja, lunch, sampai dinner. Yang tak pernah lupa
untuk call malam-malam tanya, “Hari ni okay tak?” Tapi yang paling saya hargai,
adalah saat dia beri nasihat, galakan, dan jadi tempat saya bersandar bila
hidup terasa berat.
Waktu saya terima tawaran kerja
sebagai Sales & Procurement Assistant, dia orang pertama yang
saya kongsikan berita tu. Walaupun sebelum ni saya intern dalam bidang HR &
Admin, rezeki kali ni datang dari cabang yang berbeza — bidang baru yang
perlukan saya uruskan inquiry dari client besar seperti Petronas, Honda, Perodua,
UTP, UKM, UM dan banyak lagi. Jujur, saya rasa gugup. Tapi dia… dia tenang. Dia
bagi saya semangat, dia ingatkan saya untuk tanya tentang hak saya sebagai
contract staff — benefit, waktu kerja, struktur gaji.
Dia buat saya rasa, “Saya tak
bersendirian.”
Sebagai anak sulung, saya
terbiasa untuk memendam. Tapi dengan dia, saya mula terbuka. Dari masalah
kerja, tekanan perasaan, penat seharian — saya mula belajar untuk berkongsi.
Saya tak malu untuk meluah, tak rasa lemah bila perlukan sokongan dia. Malah saya
rasa kuat, sebab dia ada.
Dia juga bukan jenis yang hanya
duduk diam. Bila tak keluar dengan saya, dia akan brisk walk, jogging, gym atau
balik ke Seremban untuk jumpa mak ayah dia. Bila dia survey rumah, dia
kongsikan semua dengan saya. Bila dia penat dengan kerja, dia cerita juga. Bila
saya berkongsi link kerja yang saya mohon, dia pun mula buat benda yang sama.
Kami bukan sekadar pasangan, tapi kami jadi team. Saling jaga
semangat, dan sama-sama bina masa depan.
Pada bulan November 2024, saya
pulang ke Kedah untuk konvokesyen degree di UniMAP. Momen besar
dalam hidup saya. Dia tak dapat ikut kerana urusan kerja, dan saya juga masih
belum bersedia untuk memperkenalkan dia kepada seluruh keluarga. Hanya abah
sahaja yang pernah bertemu dengannya. Tapi walaupun dari jauh, dia tetap ada.
Dia ucap tahniah, dia post di
status WhatsApp, dia bangga dengan saya. Dan saya… saya rasa cukup. Rasa cukup
sebab dia tetap hadir, walaupun tidak secara fizikal.
Bila saya renung semula
perjalanan ini, saya sedar — kami tak terburu-buru. Tapi kami saling bergerak.
Perlahan, tenang, dan sama-sama belajar menjadi lebih baik. Bukan hanya untuk
diri sendiri, tetapi untuk satu sama lain.
Dan mungkin, ini bukan sekadar
kisah cinta. Tapi kisah dua hati yang belajar untuk saling mengiringi dalam
hidup — dengan tangan yang sentiasa ada, bila perlukan sandaran.
❤️ Chapter 8: Red Date, Sweet
Dessert & Hujan Yang Tak Dijemput (23/11/2024)
Lepas saya balik dari
konvokesyen, kami masih berhubung macam biasa — good morning text, update
kerja, call malam sebelum tidur. Tapi 23 November 2024 tu rasa lain sikit. Dia
ajak saya makan di Cheevit Cheeva dan sambung picnic makan Sambal Buka Baju di Taman
Tasik Ampang Hilir. Lagi best, kami plan nak pakai merah. Konon matching, konon
aesthetic. Dia pakai kemeja merah dengan jeans, nampak simple tapi kemas. Saya
pula pakai sleeveless cotton dress merah, jacket jeans dan shawl hitam. Dalam
hati cuma doa jangan nampak terlalu over.
Masa tunggu bas dari Ukay Perdana
ke LRT Sri Rampai, Husna ada sekali. Dia pandang saya lama sikit sebelum tanya,
“Date ke?” Saya gelak je, tapi dalam hati memang berdebar. Macam mana dia boleh
tahu pun tak pasti. Kami borak sepanjang perjalanan, tapi kepala saya dah fikir
macam-macam. Sampai platform kami berpisah — dia ke arah lain untuk kerja, saya
pula ke LRT Wangsa Maju. Dan di situ, dia dah tunggu.
Oh ya, saya tak pernah cerita
betul-betul pasal dia kan. Nama dia Khairil Faiz. Sedap nama dia, macam hero
novel. Umur 25 tahun, lahir 29 Jun 1999, anak Negeri Sembilan. MRSM,
matrikulasi, sambung degree Engineering Geomatics. Sekarang kerja sebagai multi-beam
processor di Enviros dalam industri oil and gas. Jujur, awal-awal dulu saya
memang ada rasa insecure. Dia budak pandai, background solid. Saya ni cukup ke?
Sekufu ke? Cara fikir sama ke? Tapi satu benda yang buat saya selesa — dia tak
pernah buat saya rasa kecil. Kalau saya tak tahu sesuatu, dia explain dengan
sabar. Tak pernah ada nada merendahkan. Dia suka berkongsi ilmu dan tak pernah
judge. Dari situ saya rasa… mungkin saya memang selamat dengan dia.
Kami turun di LRT Dang Wangi dan
jalan kaki lebih kurang lapan minit ke Cheevit Cheeva. Tempat ni sebenarnya dah
lama dalam wishlist kami sejak talking stage lagi sebab tengah viral sebagai
Thai hipster café. Lagi kuat nak pergi sebab kawan saya Pirlida dah try dan
kata memang sedap, worth it. Jadi expectation memang tinggi. Kami order
strawberry cheesecake bingsu saiz besar, dia ambil boba fresh milk dan saya
fresh honey lemonade. Bila bingsu sampai, strawberry sauce diasingkan dan dia
terus keluarkan phone untuk record moment tu. Sauce merah pekat tu jatuh
perlahan atas ais halus, cream cheese crumbs dan strawberry slices. Cantik
sangat. Bila rasa suapan pertama — masam, manis, creamy, crunchy — semua
balance. Saya terus pandang dia dan cakap, “Worth it.” Lepas makan, kami ambil
gambar dekat cermin kedai. Decoration dia memang aesthetic. Red outfit kami pun
macam blend dengan suasana. Dalam hati dah simpan ni sebagai one of my
favourite café dates.
Lepas tu kami naik LRT semula ke
Wangsa Maju sebab kereta dia parking di sana. Masa dalam kereta, tiba-tiba dia
hulur satu kotak kecil. “Hadiah konvo.” Perfume. Saya betul-betul tak expect.
Terus rasa sebak sikit. Dia tak announce besar-besar pun, cuma bagi dengan
senyum biasa dia tu. Saya ulang thank you entah berapa kali. Bukan sebab harga,
tapi sebab dia ingat. Dia celebrate pencapaian saya walaupun dah lepas beberapa
minggu. Gesture kecil, tapi rasa dihargai tu besar.
Kami kemudian beli takeaway dari
Sambal Buka Baju di Taman Melawati dan terus ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk
picnic. Masa sampai, angin dah mula kuat dan langit bertukar gelap. Saya dah
boleh rasa hujan akan turun, tapi kami tetap bentang tikar dan mula makan.
Belum sempat habis beberapa suap, hujan turun selebat-lebatnya. Kami pandang
sesama sendiri dan dia terus bangun ajak makan dalam kereta. Dia suruh saya
tunggu bawah pondok sementara dia ambil payung, tapi entah kenapa saya terus
ikut berlari masuk kereta sekali. Dia terkejut dan tanya kenapa tak tunggu, dah
basah. Saya cuma sengih. Tudung dan baju dah kena tempias, tangan sejuk. Kami
sambung makan dalam kereta sambil dengar bunyi hujan kuat atas bumbung. Tak
ikut plan langsung, tapi moment tu yang paling melekat dalam ingatan. Sejak tu
saya rasa taman tu ada sumpahan sikit — setiap kali plan romantic, mesti hujan.
Esoknya dia plan nak hiking
dengan kawan dia, Nizam, tapi last minute tukar main badminton. Malam tu dia
beritahu dia terseliuh. Katanya tak teruk, tapi saya tahu dia jenis tahan
sakit. Saya terus risau. Terseliuh ni bukan benda kecil, lagi-lagi dia kena
jalan kaki ke MRT untuk kerja. Dia siap call dan explain detail supaya saya tak
overthink. Isnin tu dia MC sebab sakit tak tahan. Tanpa saya sedar, hari-hari
saya tanya keadaan dia. Dah kurang bengkak ke, letak ais tak, makan ubat tak.
Masa tu baru saya perasan, rasa risau tu datang sendiri. Bukan sebab nak tunjuk
caring. Tapi sebab hati saya memang tak tenang selagi dia belum okay.
Dan dalam diam, saya sedar satu
perkara. Perasaan ni dah lebih dari sekadar suka. Saya dah mula betul-betul
sayang dia 🤍
🖤 Chapter 9: Hitam Yang
Menyimpan Cerita (7/12/2024)
7/12/2024. Dia ajak saya teman
dia ke wedding kawan uni dia, Sarah, di Bandar Sri Damansara. Kami plan pakai
hitam. Dia dengan kemeja hitam yang kemas, saya pula pakai kebaya hitam, kain
batik biru dan shawl biru gelap. Simple, sopan, tapi dalam hati saya berdebar
lebih dari biasa. Entah kenapa, hari tu rasa sensitif sikit.
Beberapa hari sebelum tu
sebenarnya saya banyak tanya pasal diri dia. Soalan-soalan yang mungkin tak
perlu ditanya, tapi perempuan kan… curious dia lain macam. Dan masa tu saya
terkejut bila dia mengaku pernah hisap rokok dan vape. Saya betul-betul tak sangka.
Muka dia terlalu baik, terlalu soft untuk saya bayangkan benda tu. Tapi betul
lah, kita tak boleh anggap sesiapa sempurna. Saya sendiri pun banyak
kekurangan. Cuma bagi saya, rokok dan vape memang hard limit. Abah tak buat
benda tu. Adik saya Ilham pernah terpengaruh dengan kawan pun saya marah teruk.
Jadi bila dengar dia pernah buat, hati saya macam jatuh sikit.
Dia cerita dia dah stop lama dah,
sejak kantoi dengan parents. Katanya bukan senang nak berhenti — batuk tak
henti, badan rasa lain macam. Saya diam. Separuh lega, separuh masih cuba
terima.
Dan entah kenapa, saya tanya juga
pasal past relationship dia. Dia sebenarnya tak nak cerita sebab benda dah
lepas dan sakit untuk diingat balik. Tapi saya degil. Nak tahu juga. Bila dia
cerita, hati saya pedih. Padahal tak ada apa-apa pun. Relationship dia tak
lama, ex dia pun dah kahwin. Tapi fikiran saya mula berlari jauh — kalau ex
dia datang balik macam mana? kalau dia masih ada rasa?
Perempuan memang pandai
menyakitkan hati sendiri dengan soalan yang tak perlu.
Dan saya menyesal tanya.
Masa dia pickup saya di bus stop
rumah untuk pergi wedding tu, entah macam mana dia bergurau dan terungkit balik
topik tu. Terus saya terasa. Saya peluk tubuh, pandang cermin tepi. Mata dah
berair. Dalam hati drama sungguh — rasa macam nak suruh berhenti tepi jalan je
dan balik rumah. Tak jadi pergi wedding. Over kan? Hahaha.
Dia perasan perubahan saya. Terus
tukar topik, cakap benda lain, pujuk dengan cara dia yang tak obvious tapi
lembut. Lama-lama saya okay balik. Kadang saya sendiri penat dengan emosi saya,
tapi dia tak pernah marah bila saya jadi macam tu.
Sampai di majlis, dewan cantik
sangat. Decoration hitam dan biru gelap, elegant dan classy. Baru perasan
pengantin pun matching suit hitam dan dress biru gelap. Nasib baik warna saya
lagi gelap sikit, kalau tak confirm rasa bersaing atas pelamin pula. Kami makan
nasi minyak (favourite saya 🤭), ayam masak merah dan
macam-macam lagi. Dia borak dengan kawan-kawan uni dia, dan saya diperkenalkan
sebagai… someone special. Saya kenal kawan-kawan dia, dengar cerita zaman
degree dia. Dia siap tolong ambilkan bubur pulut hitam untuk saya. Benda kecil
je, tapi entah kenapa saya rasa disayangi.
Lepas makan kami bergambar dengan
pengantin dan dapat doorgift popcorn. Sweet, simple, warm.
Tapi hari tu belum habis lagi.
Awal sangat nak balik, jadi kami
park kereta di LRT Wangsa Maju dan naik LRT ke arah Masjid Jamek. Dalam train
tu tiba-tiba nampak iklan wayang tampal dekat dinding. Kami pandang sesama
sendiri. “Eh kita tak pernah cinema date lagi kan?” Spontaneous decision
activated.
Cerita paling cepat tayang di
MyTown ialah Kahar: Kapla High Council. Jadi kami terus naik MRT ke Cochrane.
Sebelum masuk hall, kami makan sushi dulu alas perut. Simple dinner, tapi rasa
macam adventure kecil.
Movie tu intense. Banyak scene
bergaduh, darah, tekanan emosi. Saya yang tengok pun tak selesa, lagi-lagi bab
bertumbuk tak berbaju tu. Seram dan sedih sekali. Tapi cerita tu ada
pengajaran. Tentang tekanan keluarga, tentang macam mana seseorang boleh berubah
bila terhimpit.
Lepas habis wayang, dalam MRT dan
LRT perjalanan balik, dia tiba-tiba cerita pengalaman dia kena buli dan dipalau
masa di MRSM. Rupanya dulu dia terpaksa hisap rokok dan vape sebab tekanan
kawan-kawan. Kalau tak ikut, dia kena pulau. Saya terdiam. Tiba-tiba semua
puzzle masuk tempat masing-masing. Bukan sebab dia nak jadi “nakal”. Tapi sebab
dia nak survive.
Saya rasa kesian. Rasa nak peluk
je.
Dia cerita pasal prep malam,
makanan dewan makan, kehidupan asrama, disiplin MRSM. Saya yang sekolah harian
ni dengar macam buka dunia baru. Patutlah dia lebih terurus, lebih berdikari.
Saya pula baru belajar hidup hostel masa degree.
Masa tu rasa cemburu saya tadi
jadi kecil sangat. Dia bukan lelaki sempurna. Tapi dia lelaki yang belajar dari
silap dan pilih untuk berubah.
Dan saya bangga dengan dia.
Malam tu kami balik
sendiri-sendiri sebab dah lewat. Saya tak sampai hati nak dia hantar jauh
walaupun sebenarnya Batu Muda dengan Ukay Perdana bukanlah jauh mana. Dia tanya
banyak kali betul ke nak balik sendiri, suruh message bila dah naik bas dan
sampai rumah.
Dalam perjalanan balik tu saya
fikir… cinta ni bukan tentang cari orang tanpa masa silam. Tapi tentang pilih
orang yang berani cerita masa silam dia dan berubah jadi lebih baik.
Dan malam tu, hitam bukan lagi
warna cemburu.
Hitam jadi warna yang simpan
cerita — cerita tentang luka lama yang perlahan-lahan sembuh. 🖤
Sabtu yang Tak Dirancang Tapi
Penuh Kenangan (19/4/2025)
Awalnya plan nak pergi Bukit
Bintang, tapi last minute kami ubah haluan ke Lalaport. Still dalam area Bukit
Bintang, cuma vibe dia lain sikit — lebih tenang, tak terlalu sesak, tapi tetap
seronok. Kami makan dekat satu kedai nama dia Confirm Sedap —
dan ya, nama dia memang tak menipu. Sup kambing dia memang confirm sedap. Rasa
dia pekat, panas-panas, lepas makan terus rasa nak rebah kenyang.
Lepas tu, kami decide nak
masuk Party Box 360, macam tempat game indoor yang penuh aktiviti
lawak dan competitive. Kami main macam-macam — Sumo Boxing, Giant
Tetris, Giant Jenga, Toss The Bag, 6-Way
Air Hockey, Whack-A-Mole, Chicken Frenzy, Smart
Tap — pendek kata semua game yang boleh buat kita lupa dunia kejap.
Yang paling lawak? Sumo
Boxing. Saya tolak dia sekuat hati, tapi dia langsung tak berganjak.
Akhirnya saya sendiri yang jatuh tergolek! Kami gelak sampai penat, kalah
menang dah tak penting, yang penting moment tu rasa macam dunia kami berdua je.
Total semua game RM43 + stokin grip RM7 — priceless untuk memori yang kami
cipta.
Lepas tu kami jalan-jalan
dalam BookXcess, tempat yang penuh buku dan bau kertas yang damai.
Sambil belek buku, kami borak balik pasal moment tadi — ulang gelak, ulang
cerita, ulang rasa seronok. Penat gelak, kami duduk kejap minum Tealive.
Sambil hirup air manis, kami teruskan borak sampai tak sedar dah senja.
Malam tu saya tidur dengan
senyum. Rasa syukur, rasa dihargai, rasa disayangi.
Ahad yang Simple Tapi Bermakna
(20/4/2025)
Esoknya, kami pergi open house
dekat Kampung Melayu Subang Tambahan. Suasana kampung, makanan
banyak, orang ramai. Kami makan bakso, spaghetti, kek batik, cream
puff, aiskrim Malaysia, apam — semua jenis manisan dan comfort food
yang buat perut dan hati sama-sama kenyang. Rasa macam dah kenal keluarga lama.
Tapi dalam tawa dan cerita, saya
sedar — ini mungkin kali terakhir kami jumpa sebelum dia ke offshore job dekat
Kemaman selama sebulan setengah. 26 April dia berangkat. Bila
fikir tu, hati rasa sayu sikit. Tapi saya tahu, kami dua-dua kejar impian
masing-masing. Dia dengan kerja, saya dengan cita-cita.
Dan insyaAllah, lepas semua ni
selesai, kami akan duduk berbincang. Tentang masa depan. Tentang merisik.
Tentang pertunangan. Tentang “kita”.
Comments
Post a Comment