Analisis audiens tabiat amalan pemakanan mi maggi

PENGENALAN

Analisis audiens ialah proses mengumpul maklumat tentang audiens supaya dapat memahami keperluan, jangkaan, kepercayaan, nilai dan sikap audiens. Ia akan membantu untuk membuat pilihan yang baik dalam topik, bahasa, gaya penyampaian dan aspek pertuturan yang lain. Sekiranya kita lebih banyak mengetahui tentang audiens, kita akan lebih memahami minat dan keperluan mereka. Kita melakukan analisis audiens untuk lebih memahami audiens, memilih topik yang berfaedah, bercakap dengan kredibiliti dan memenuhi keperluan audiens. Menurut buku “Speak up! An Illustrated Guide to Public Speaking” yang ditulis oleh Douglas M. Fraleigh dan Joseph S. Tuman mengatakan terdapat tiga jenis analisis audiens iaitu maklumat demografi, maklumat psikologi dan maklumat situasi. Maklumat demografi menggambarkan ciri luaran penonton. Ciri maklumat demografi ialah jantina, umur, status perkahwinan, kaum dan budaya, agama, status sosioekonomi, pendidikan dan pekerjaan. Maklumat psikologi terdiri daripada nilai, sikap dan kepercayaan audiens. Nilai adalah berkaitan dengan kualiti yang dimiliki dan dapat menentukan tingkah laku atau cara hidup mereka. Nilai boleh positif dan negatif, lebih tinggi atau lebih rendah. Contoh nilai adalah kejujuran. Kepercayaan ialah harapan bahawa sesuatu akan berkembang dengan harapan berdasarkan pengalaman yang dikumpulkan oleh setiap orang semasa hidup, dikembangkan dan dipupuk dari masa ke masa. Kepercayaan berbeza dari individu ke individu. Sikap ialah tingkah laku, perangai dan akhlak seseorang yang berlaku dalam keadaan yang berbeza serta menentukan kehidupan jiwa setiap individu. Selalunya sikap dikaitkan dengan kumpulan atau bahkan jantina. Sebagai contoh, tingkah laku lelaki tertentu boleh digolongkan sebagai sikap wanita atau sikap lelaki. Maklumat situasi terdiri daripada saiz audiens, jenis majlis, kehadiran secara sukarela atau diwajibkan dan kemudahan untuk pengucap berucap.

ISU

Menurut laman web rasmi Maggi Malaysia “Sajikan Kelainan” mi maggi merupakan makanan yang dikenali oleh rakyat Malaysia. Julius Maggi merupakan pengasas utama pengeluaran mi maggi pada tahun 1884. Mi maggi makanan yang mudah untuk disediakan dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Mi maggi yang terdapat di Malaysia sekarang mempunyai pelbagai jenis perisa mi maggi seperti Udang Pedas Utara, Tom Yam Kaw, Kari Cili Api, Asam Laksa, Tom Yam, Kari, Ayam, Pedas Giler Seafood Berapi, Pedas Giler Ayam Bakar, Pedas Giler Tom Yummz, Mi Goreng Sambal Tumis Bilis dan Mi Goreng Cili Kampung. Rakyat Malaysia cenderung mengamalkan pemakanan mi maggi kerana mudah, senang dan menjimatkan masa namun amalan pemakanan makanan tersebut adalah salah walaupun tidak dinafikan bahawa mi maggi mempunyai nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Bahan aditif seperti bahan pengawet, pewarna dan perisa terdapat di dalam mi maggi. Pengambilan mi maggi telah menjadi tabiat dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, ucapan tabiat amalan pemakanan mi maggi perlu disampaikan kepada semua golongan supaya memberi kesedaran terhadap amalan tersebut. Mi maggi menjadi pilihan segelintir kalangan rakyat Malaysia kerana mudah dimasak disamping harga yang murah. Selain itu, segelintir rakyat Malaysia juga kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai keburukan mi maggi. Menurut blog yang ditulis oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang bertajuk “Selamatkah makan mi segera?” tabiat amalan pemakanan mi segera dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan. Pengumpulan bahan pengawet yang terdapat dalam mi segera akan memberikan kesan yang tidak baik dalam jangka masa panjang. Beberapa perkhabaran yang belum dibuktikan dengan kajian saintifik mengatakan bahan pengawet yang terdapat dalam mi segera boleh menyebabkan kerosakan sistem penghadaman, pendarahan dalam usus dan kanser kolon.

ANALISIS AUDIENS

1.1 Mahasiswa

1.1.1 Maklumat demografi

Ciri maklumat demografi bagi mahasiswa ialah jantina. Mahasiswa terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pengucap perlu mengelakkan diri daripada memberi contoh yang mempunyai kaitan antara jantina lelaki dan perempuan. Umur mahasiswa adalah berbeza mengikut tahap pendidikan tinggi yang diambil. Umur mahasiswa adalah antara 18 tahun sehingga 25 tahun. Pengucap perlu memberi contoh yang intelektual untuk menyampaikan ucapan. Status perkahwinan kebanyakan mahasiswa adalah bujang. Oleh itu, pengucap tidak perlu memasukkan contoh bagi orang berkahwin. Mahasiswa terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Mahasiswa juga terdiri daripada pelbagai agama iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Oleh itu, pengucap perlulah memilih contoh yang lebih umum yang tidak menyentuh perkara berkaitan kaum dan agama. Status ekonomi mahasiswa adalah rendah dan mereka tidak mempunyai pekerjaan kerana mereka masih belajar. Oleh itu, pengucap perlulah mengenalpasti status ekonomi mahasiswa supaya dapat memberi contoh yang sesuai dengan mereka. Tahap pendidikan bagi mahasiswa adalah berbeza bergantung kepada tahap pendidikan tinggi yang diambil. Antara tahap pendidikan tinggi mahasiswa ialah diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Pengucap perlu mengambil tahu tahap pendidikan mahasiswa supaya dapat memilih istilah dan pembuktian kajian dapat digunakan. Istilah moden yang diserap dari bahasa Inggeris adalah biasa bagi audiens mahasiswa.

1.1.2 Maklumat psikologi

Ciri maklumat psikologi bagi analisis audiens mahasiswa ialah nilai, sikap dan kepercayaan. Nilai ialah kualiti yang dimiliki dan menentukan tingkah laku. Pengucap perlu memastikan apakah yang mahasiswa tahu dan tidak tahu tentang topik yang akan disampaikan. Mahasiswa tahu dan sedar akan tabiat pemakanan mi maggi. Sikap mahasiswa akan isu tabiat pemakanan mi maggi adalah sedikit sensitif kerana mahasiswa adalah golongan yang kerap memakan mi maggi. Pengucap harus menyesuaikan kandungan ucapan dengan sikap audiens terhadap topik yang akan disampaikan. Mi maggi adalah makanan yang paling kerap diambil oleh golongan mahasiswa kerana murah dan mudah disamping sedap. Mereka kurang pengetahuan dan pendedahan tentang kandungan yang terdapat dalam mi maggi. Oleh itu, pengucap perlu menggunakan pendekatan yang lemah lembut dan berhemah untuk menyedarkan mahasiswa akan bahaya tabiat amalan pemakanan mi maggi. Kepercayaan mahasiswa terhadap isu yang dikatakan perlu diambil serius untuk memasikan sama ada mahasiswa bersifat neutral, setuju atau tidak bersetuju akan penyampaian topik tersebut.

1.1.3 Maklumat situasi

Maklumat situasi yang perlu diambil kira oleh pengucap untuk menyampaikan ucapan kepada mahasiswa adalah saiz audiens, jenis majlis, kehadiran secara sukarela atau diwajibkan dan kemudahan untuk pengucap berucap. Saiz audiens bagi mahasiswa bergantung pada program pengajian dan juga fakulti. Sekiranya melibatkan saiz yang besar, pengucap perlu memberikan tumpuan yang lebih supaya semua audiens mendengar ucapan yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan diterima. Pengucap perlu memperoleh maklumat bilangan audiens yang hadir supaya dapat membuat persediaan awal. Jenis majlis juga perlu diambil kira supaya dapat menentukan jenis ucapan yang disampaikan adalah untuk memberi maklumat. Kehadiran mahasiswa perlu diambil kira sama ada secara sukarela atau diwajibkan. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universti mewajibkan kehadiran mahasiswa untuk menyertai. Oleh itu, pengucap perlu memberi usaha untuk memotivasikan audiens agar mereka mendapat input yang diberikan.

1.2 Ibu bapa

1.2.1 Maklumat demografi

Ciri maklumat demografi yang periu diambil kira oleh pengucap untuk memberi ucapan kepada ibu bapa ialah jantina, umur, status perkahwinan, kaum dan budaya, agama, status sosioekonomi, pendidikan dan pekerjaan. Jantina bagi ibu adalah perempuan dan jantina bagi bapa adalah lelaki. Untuk audiens yang mempunyai kedua-dua jantina, penggunaan bahasa, gerak badan dan penyampaian mesej perlu dititikberatkan supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Umur ibu bapa adalah dalam kalangan akhir 20 tahun hingga 60 tahun. Status perkahwinan sama ada berkahwin, janda, balu atau duda. Pengucap perlu mengelak menyebut contoh berkaitan status perkahwinan kerana sensitif. Kaum, budaya dan agama adalah pelbagai. Oleh itu, pengucap perlu memberikan contoh yang tidak menyentuh isu kaum, budaya dan agama. Status sosioekonomi dan pekerjaan ibu bapa perlu diambil kira supaya penggunaan contoh adalah bersesuaian dan dapat difahami oleh audiens. Status sosioekonomi kebanyakan ibu bapa adalah B40 dan M40. Pekerjaan kebanyakan ibu bapa adalah pekerja kerajaan dan bekerja sendiri sebagai peniaga dan petani. Tahap pendidikan kebanyakan ibu bapa juga adalah peringkat sekolah menengah dan segelintir sahaja yang berjaya menyambung pengajian peringkat tinggi. Oleh itu, pengucap perlu menggunakan istilah yang mudah difahami oleh semua golongan ibu bapa.

1.2.2 Maklumat psikologi

Ciri maklumat psikologi yang boleh dilihat pada analisis audiens ibu bapa ialah nilai, sikap dan kepercayaan. Pengucap perlu mengenalpasti apakah nilai ucapan amalan pemakanan mi maggi terhadap ibu bapa. Sikap ibu bapa terhadap ucapan memainkan peranan sama ada ucapan itu diterima atau dibantah oleh mereka. Kebiasaan ibu bapa adalah melarang anak-anak mereka mengamalkan pemakanan mi maggi kerana berpontensi menjadikan mereka lembap dalam pelajaran. Oleh itu, pengucap perlu menerangkan amalan pemakanan mi maggi perlu dikurangkan dan memberi contoh yang jelas akibat amalan pemakanan tersebut. Kepercayaan ibu bapa terhadap amalan pemakanan mi maggi adalah dilarang sama sekali. Oleh itu, pengucap dapat memanipulasi ibu bapa supaya berterusan mendidik dan melarang serta menjelaskan kesan negatif amalan pemakanan mi maggi.

1.1.3 Maklumat situasi

Maklumat situasi yang perlu diambil kira oleh pengucap untuk menyampaikan ucapan kepada ibu bapa adalah saiz audiens, jenis majlis, kehadiran secara sukarela atau diwajibkan dan kemudahan untuk pengucap berucap. Saiz audiens bagi ibu bapa bergantung pada tempat dan masa. Sekiranya melibatkan saiz yang besar, pengucap perlu memberikan tumpuan yang lebih supaya semua ibu bapa yang hadir dapat mendengar ucapan yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan diterima. Pengucap perlu memperoleh maklumat bilangan audiens yang hadir supaya dapat membuat persediaan awal. Ibu bapa yang hadir mungkin tidak ramai kerana kesibukan bekerja. Oleh itu, pengucap perlu memainkan peranan supaya ucapan yang disampaikan tidak membosankan dan terlalu berat. Jenis majlis juga perlu diambil kira supaya dapat menentukan jenis ucapan yang disampaikan adalah untuk memberi maklumat. Majlis ucapan boleh dilakukan semasa ceramah akademik bersama pelajar atau semasa mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru. Kehadiran ibu bapa perlu diambil kira sama ada secara sukarela atau diwajibkan. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pusat pendidikan tidak mewajibkan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan tetapi amat dialukan untuk hadir. Oleh itu, pengucap perlu memberi usaha untuk memotivasikan audiens agar mereka mendapat input yang diberikan.

1.3 Atlet

1.3.1 Maklumat demografi

Ciri maklumat demografi bagi atlet ialah jantina. Atlet terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pengucap perlu mengelakkan diri daripada memberi contoh yang mempunyai kaitan antara jantina lelaki dan perempuan. Umur atlet adalah berbeza kerana tiada had umur. Umur atlet adalah antara 7 tahun sehingga 40 tahun. Pengucap perlu memberi contoh yang intelektual untuk menyampaikan ucapan. Status perkahwinan kebanyakan atlet adalah bujang. Oleh itu, pengucap tidak perlu memasukkan contoh bagi orang berkahwin. Atlet terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Atlet juga terdiri daripada pelbagai agama iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Oleh itu, pengucap perlulah memilih contoh yang lebih umum yang tidak menyentuh perkara berkaitan kaum dan agama. Status ekonomi atlet adalah tinggi kerana mereka mendapat duit apabila memenangi pingat sesuatu sukan dan mendapat gaji bulanan bagi pemenang pingat seumur hidup daripada kerajaan. Oleh itu, pengucap perlulah mengenalpasti status ekonomi atlet supaya dapat memberi contoh yang sesuai dengan mereka. Tahap pendidikan bagi atlet adalah berbeza bergantung kepada tahap pendidikan tinggi yang diambil. Pengucap perlu mengambil tahu tahap pendidikan atlet supaya dapat memilih istilah dan pembuktian kajian dapat digunakan. Istilah moden yang diserap dari bahasa Inggeris adalah biasa bagi audiens atlet

1.3.2 Maklumat psikologi

Ciri maklumat psikologi yang dapat dilihat pada analisis audiens atlet ialah nilai, sikap dan kepercayaan atlet terhadap ucapan amalan pemakanan mi maggi. Nilai yang ada pada atlet terhadap ucapan amalan pemakanan mi maggi akan memberi kesan terhadap penyampaian. Oleh itu, nilai yang ada atlet terhadap ucapan amalan pemakanan mi maggi ialah positif kerana atlet sedar dan tahu akan keburukan tabiat amalan pemakanan mi maggi. Kepercayaan atlet terhadap amalan pemakanan mi maggi adalah mereka dilarang sama sekali makan makanan yang diproses. Atlet mempunyai corak pengambilan makanan yang tertentu untuk mengekalkan stamina dan memastikan makan makanan yang tinggi karbohidrat, protein yang sederhana dan sedikit lemak. Pemakanan atlet mempengaruhi penyesuaian latihan, risiko kecederaan dan risiko penyakit. Antara makanan yang dihindari atlet ialah minuman bergas, makanan diproses dan alkohol.

1.3.3 Maklumat situasi

Maklumat situasi yang perlu diambil kira oleh pengucap untuk menyampaikan ucapan kepada atlet adalah saiz audiens, jenis majlis, kehadiran secara sukarela atau diwajibkan dan kemudahan untuk pengucap berucap. Saiz audiens bagi atlet bergantung pada tempat dan masa. Sekiranya melibatkan saiz yang besar, pengucap perlu memberikan tumpuan yang lebih supaya semua atlet yang hadir dapat mendengar ucapan yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan diterima. Pengucap perlu memperoleh maklumat bilangan audiens yang hadir supaya dapat membuat persediaan awal. Atlet yang hadir mungkin tidak ramai kerana sibuk berlatih atau perlu mempersiapkan diri dalam acara sukan yang disertai. Oleh itu, pengucap perlu memainkan peranan supaya ucapan yang disampaikan tidak membosankan dan terlalu berat. Jenis majlis juga perlu diambil kira supaya dapat menentukan jenis ucapan yang disampaikan adalah untuk memberi maklumat. Majlis ucapan boleh dilakukan atas talian kerana kesibukan sebagai atlet dan jadual yang padat. Kehadiran atlet perlu diambil kira sama ada secara sukarela atau diwajibkan. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sukan tidak mewajibkan kehadiran atlet dalam aktiviti yang dianjurkan tetapi amat dialukan untuk hadir. Oleh itu, pengucap perlu memberi usaha untuk memotivasikan audiens agar mereka mendapat input yang diberikan.

1.4 Doktor

1.4.1 Maklumat demografi

Ciri maklumat demografi bagi doktor ialah jantina. Doktor terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pengucap perlu mengelakkan diri daripada memberi contoh yang mempunyai kaitan antara jantina lelaki dan perempuan. Umur doktor adalah berbeza mengikut tahap pendidikan tinggi yang diambil dan jenis jawatan yang disandang. Umur mahasiswa adalah antara 25 tahun sehingga 50 tahun. Pengucap perlu memberi contoh yang intelektual untuk menyampaikan ucapan. Status perkahwinan kebanyakan doktor adalah berkahwin. Doktor terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Doktor juga terdiri daripada pelbagai agama iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Oleh itu, pengucap perlulah memilih contoh yang lebih umum yang tidak menyentuh perkara berkaitan kaum dan agama. Status ekonomi doktor adalah sederhana dan tinggi. Oleh itu, pengucap perlulah mengenalpasti status ekonomi doktor supaya dapat memberi contoh yang sesuai dengan mereka. Tahap pendidikan bagi doktor adalah berbeza bergantung kepada jenis jawatan yang disandang. Antara tahap pendidikan tinggi mahasiswa ialah diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Pengucap perlu mengambil tahu tahap pendidikan doktor supaya dapat memilih istilah dan pembuktian kajian dapat digunakan. Istilah moden yang diserap dari bahasa Inggeris adalah biasa bagi audiens doktor. Begitu juga dengan istilah saintifik yang sering digunakan oleh doktor.

1.4.2 Maklumat psikologi

Maklumat psikologi bagi audiens doktor melibatkan nilai, kepercayaan dan sikap terhadap ucapan amalan pemakanan maggi. Pengucap perlu menghormati audiens dengan mengelakkan diri daripada menyinggung perasaan, mengecualikan atau meremehkan nilai dan kepercayaan audiens. Nilai adalah kualiti yang dimiliki oleh doktor terhadap amalan pemakanan mi maggi adalah doktor dengan jelas melarang pemakanan yang tidak seimbang. Sebagai seorang doktor, sudah tentu doktor akan menasihatkan pesakit mereka akan bahaya amalan makanan mi maggi. Oleh itu, pengucap boleh memberikan contoh dan teknik bahaya amalan pemakanan mi maggi kepada doktor supaya dapat diaplikasikan kepada pesakit dan orang awam. Melalui kerjasama yang diberikan oleh pengucap dan audiens, sudah pasti sikap doktor terhadap ucapan yang diberikan akan diterima sepenuh hati supaya dapat bersama-sama menyedarkan orang awam akan bahaya amalan pemakanan mi maggi.

1.4.3 Maklumat situasi

Maklumat situasi yang perlu diambil kira oleh pengucap untuk menyampaikan ucapan kepada doktor adalah saiz audiens, jenis majlis, kehadiran secara sukarela atau diwajibkan dan kemudahan untuk pengucap berucap. Saiz audiens bagi doktor bergantung pada tempat dan masa. Sekiranya melibatkan saiz yang besar, pengucap perlu memberikan tumpuan yang lebih supaya semua doktor yang hadir dapat mendengar ucapan yang ingin disampaikan dengan lebih jelas dan diterima. Pengucap perlu memperoleh maklumat bilangan audiens yang hadir supaya dapat membuat persediaan awal. Doktor yang hadir mungkin tidak ramai kerana kesibukan bekerja. Oleh itu, pengucap perlu memainkan peranan supaya ucapan yang disampaikan tidak membosankan dan terlalu berat. Jenis majlis juga perlu diambil kira supaya dapat menentukan jenis ucapan yang disampaikan adalah untuk memberi maklumat. Majlis ucapan boleh dilakukan atas talian kerana kesibukan sebagai doktor dan jadual yang padat. Kehadiran ibu bapa perlu diambil kira sama ada secara sukarela atau diwajibkan. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh hospital tidak mewajibkan kehadiran doktor dalam aktiviti yang dianjurkan tetapi amat dialukan untuk hadir. Oleh itu, pengucap perlu memberi usaha untuk memotivasikan audiens agar mereka mendapat input yang diberikan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya amalan pemakanan mi maggi perlu dihindari kerana membawa kesan negatif jika diamalkan selalu. Audiens dan pengucap perlu bersama-sama untuk menjayakan matlamat ucapan amalan pemakanan mi maggi kerana sememangnya amalan tersebut boleh membahayakan kesihatan dan tidak bagus kerana terdapat pelbagai bahan perasa yang tidak elok untuk tubuh badan. Dengan kerjasama audiens yang terdiri daripada mahasiswa, ibu bapa, atlet dan doktor sudah pasti ucapan ini akan memberi kesan yang positif kepada semua pihak yang mendengar ucapan. Pengucap juga perlu memainkan peranan dengan lebih supaya proses penyampaian ucapan amalan pemakanan mi maggi berjalan lancar dan tidak membosankan dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik. Dengan berjayanya ucapan tersebut, sudah pasti semua orang akan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang demi kesihatan sejahtera. Sesungguhnya mi maggi masih boleh dimakan tetapi perlu dikurangkan kerana tidak bagus jika diamalkan selalu. Pelbagai resipi makanan sihat yang sedap dan mudah boleh dicuba oleh semua golongan untuk mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

 

 

Comments