KELUARGA MALAYSIA

Pengenalan 

Keluarga Malaysia pada awalnya dilancarkan pada 15 September 2019 untuk meningkatkan komitmen dan mengajak semua lapisan masyarakat supaya kembali memberi keutamaan terhadap institusi keluarga dalam segala usaha, perancangan dan tindakan. Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Konsep Keluarga Malaysia dicetuskan kembali oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9 iaitu YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri. Konsep ini bertujuan bagi menyeru semua rakyat di negara ini supaya menepikan segala perbezaan dalam memulihkan kembali negara bagi menggembleng tenaga dalam cabaran bagi mendepani pandemik Covid-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Konsep Keluarga Malaysia sifatnya lebih inklusif kerana ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, sebagai keluarga yang besar. Setiap warga Malaysia dituntut untuk memainkan peranan masing-masing bagi menggerakkan institusi kekeluargaan sama ada dari peringkat mikro atau makro yang mana semua suara adalah didengari, setiap tindakan adalah dihargai malah setiap sumbangan dan buah fikiran yang diberikan adalah disyukuri. Justeru, konsep Keluarga Malaysia yang berpaksi kepada prinsip dan nilai terkandung dalam Rukun Negara ini bakal membuktikan ianya menjadi kunci kepada kesepaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Hakikatnya Rukun Negara yang terbahagi kepada dua bahagian ini telah menggariskan dengan jelas objektif yang ingin dicapai yang terbit daripada penggubalan rukun itu sendiri. Visi ‘Keluarga Malaysia’ ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan ‘Keberhasilan Kebahagiaan’.

Keluarga Malaysia menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu dibawah pimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Hal ini digariskan untuk menyeru kepada semua supaya bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19. Menurut buku kecil yang isi kandungannya mengenai keluarga malaysia, tiga teras utama tersebut ialah keterangkuman, kebersamaan, dan kesyukuran, Teras keterangkuman menggariskan nilai inklusivitas manakala teras kebersamaan menggariskan nilai bersatu padu, prihatin dan transformasi politik serta teras kesyukuran menggariskan nilai keharmonian dan kecintaan. Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan termasuk menyemai budaya integrity dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga. Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu, menyuburkan budaya komunikasi berhemah serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga. Tidak ketinggalan aspek hidup beriman, membudayakan amalan sihat fizikal dan mental, mengekalkan tradisi dan adat kekeluargaan, kasih sayang, hormat dan taat.

Konsep ini akan menyatukan seluruh rakyat di bawah naungan Keluarga Malaysia yang tidak akan membezakan fahaman politik sebaliknya akan diberikan kesaksamaan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Rukun Negara. Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong iaitu Felow Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) berpendapat bahawa konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri merupakan pendekatan yang mudah diterima kerana mengetengahkan unsur kekeluargaan dimana sangat dekat di hati rakyat. Gabungan nilai serta ciri yang terangkum di dalamnya sama seperti pembentukan sebuah keluarga. Pendekatan ini juga selari dengan akhlak seseorang manusia dan ia sangat penting sebagai asas institusi sosial, sekali gus perlu diterapkan dalam keluarga dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik yang terdiri di Malaysia. Selain itu, konsep ini juga umpama ‘penyejuk’ dalam mencari kesamaan dan penyatuan rakyat untuk bangkit memulihkan negara yang berhadapan krisis kesihatan ekonomi yang amat mencabar sejak berlakunya pandemik COVID-19.

Pernyataan masalah 

Berdasarkan gagasan Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri Yaakob, menggariskan 3 teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment). Tujuan gagasan ini diperkenalkan adalah supaya rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa atau agama. Tajuk ini dipilih adalah untuk menyampaikan mesej kepada audiens tentang betapa pentingnya Keluarga Malaysia dalam membentuk masyarakat yang harmoni bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

         Sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela. Selain itu, dalam konteks negara pula, rakyat adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia. Walaupun kita mempunyai perbezaan kepercayaan, budaya dan latar belakang, kita tetap boleh hidup bermuafakat dan tidak berpecah belah.

Antara masalah yang boleh berlaku sekiranya rakyat tidak berpegang kepada gagasan ini ialah berlakunya perpecahan kaum dalam kalangan rakyat. Hal ini berikutan kerana, kita tidak memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan mengamalkan nilai toleransi dan bersatu padu. Perkara ini perlu dididik dari kecil agar generasi ini tidak menanam sifat perkauman dalam diri masing-masing. Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, setiap rakyat Malaysia hendaklah menanam nilai-nilai murni dari kecil agar dapat mencapai persefahaman antara satu sama lain. Jika kita terus memandang ringan akan hal ini, tidak mustahil Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 mungkin bakal berulang lagi. Kita dapat melihat banyak contoh dari negara-negara lain yang mempunyai isu perkauman ini telah melemahkan kepercayaan rakyat antara satu sama lain. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap kesejahteraan negara kerana sikap tidak toleransi antara rakyat yang telah menjejaskan perpaduan dalam negara. Oleh itu, kita hendaklah memberi kesedaran kepada generasi muda tentang gagasan Keluarga Malaysia ini bagi mengekalkan keamanan negara. Seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” jadi, kita hendaklah mendidik generasi ini dengan nilai-nilai murni sedari kecil seperti di peringkat tadika.

Selain itu, konsep Keluarga Malaysia ini dapat membantu negara untuk bangkit memulihkan semula krisis ekonomi negara yang terjadi sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Jurang ekonomi yang wujud di negara ini perlu dibaiki agar krisis ekonomi dapat ditangani. Bagi menjayakan konsep Keluarga Malaysia, usaha dalam memulihkan dan merapatkan semula jurang ekonomi serta menyatupadukan rakyat tanpa mengira perbezaan politik adalah antara pendorong terpenting dalam gagasan ini. Di samping itu, rakyat yang disatukan di bawah naungan Keluarga Malaysia akan diberikan kesaksamaan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Rukun Negara serta tidak akan dibezakan melalui fahaman agama. Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan ini dilihat dapat diterima oleh rakyat dengan mudah kerana diketengahkan unsur kekeluargaan di hati setiap rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai-nilai murni dan sifat saling menghormati antara satu sama lain yang diterapkan di dalam konsep Keluarga Malaysia dapat diterima oleh semua rakyat. Pendekatan ini seiring dengan peribadi seseorang serta perlu diterapkan dalam keluarga dan masyarakat kita yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan etnik.

Seterusnya, gagasan Keluarga Malaysia ini dapat membantu dari segi politik negara. Pada tempoh pandemik ini, semua pihak seharusnya mengetepikan perasaan ketidakpuasan hati terhadap politik negara malah bekerjasama mencari penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut Covid-19 ini. Di samping itu, kita perlulah belajar menerima perbezaan fahaman politik di dalam keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua dalam ahli keluarga berpegang kepada fahaman politik yang sama. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah menghormati fahaman dan pandangan antara satu sama lain. Malahan perkara ini adalah hak masing-masing, justeru kita tiada hak untuk memaksa seseorang itu supaya berpegang pada fahaman politik yang sama. Kita dapat melihat melalui strategik Keluarga Malaysia ini, rakyat Malaysia turut bekerjasama dan bersatu hati dalam segala hal termasuk kesihatan dan ekonomi bagi membantu dalam pemulihan negara sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini. Dapat disimpulkan bahawa konsep yang dibawa dalam Keluarga Malaysia ini bertepatan di mana ia menuntut semua pihak untuk bekerjasama tanpa mengira perbezaan latar belakang, darjat atau bangsa.

ELEMEN ETHOS, PATHOS DAN LOGOS DALAM PENGUCAPAN AWAM

Ethos, Pathos dan Logos adalah teknik pemujukan yang membentuk segitiga retorik. Ethos, Pathos dan Logos digunakan untuk meyakinkan penonton. Segitiga retorik ini dicipta oleh Aristotle. Ethos. Pathos dan Logos berasal daripada perkataan Yunani.

Ethos bermaksud rayuan etika bertujuan untuk meyakinkan penonton tentang kredibiliti atau watak penulis. Seorang penulis akan menggunakan ethos untuk menunjukkan kepada penontonnya bahawa dia adalah sumber yang boleh dipercayai dan patut didengari. Ethos ialah perkataan Yunani untuk "watak". Perkataan "etika" berasal daripada ethos. Etika adalah tentang memilih bahasa yang sesuai untuk khalayak dan topik yang menggunakan penggunaan perkataan yang betul, menjadikan diri anda adil atau tidak berat sebelah, menyampaikan pengalaman, pencapaian atau keturunan anda, dan mengembangkan menggunakan tatabahasa dan sintaksis yang betul. Biasanya semasa pengucapan awam, penceramah menyenaraikan sekurang-kurangnya sedikit latar belakang dan pencapaian mereka semasa menyampaikan ceramah kepada penonton. Dalam pembentangan lisan dan perbahasan, penceramah secara sedar dan tidak menggunakan ethos. Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah pemilihan pakaian dan penampilan fizikal. Dalam aspek ini, penonton dan acara yang berbeza akan menghasilkan pakaian yang berbeza. Seorang penceramah di konvensyen kemungkinan besar akan berpakaian dengan cara yang berbeza daripada seorang penceramah di mesyuarat pemegang saham. Semasa pembentangan lisan, dua elemen utama amat penting dan diperlukan untuk menyampaikan ucapan secara berkesan kepada penonton. Elemen penting yang pertama adalah ketenangan dan keyakinan dalam fakta bahawa anda tahu apa yang anda perkatakan. Sudah tentu, untuk mencapai elemen ini, biasanya memerlukan persediaan serta pemahaman yang kukuh tentang pembentangan atau topik ucapan. Satu aspek daripada ini adalah mengekalkan topik dan mempunyai agenda yang kukuh bagi subjek yang penting untuk keselarasan pembentangan. Elemen utama kedua ialah memperkenalkan pencapaian dan asal usul dalam subjek perbincangan. Ini amat penting semasa acara industri dan akademik utama, di mana ramai penonton sama ada biasa dalam topik perbincangan atau pakar dalam topik itu sendiri. Lazimnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja ini perlu dilakukan sebelum sebarang ucapan oleh juruacara. Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk menyentuh kembali anekdot pencapaian yang mungkin diminati penonton semasa ucapan. Semasa memperkenalkan asal usul dan pencapaian, kadangkala tanpa sedar menunjukkan pengetahuan, pengalaman dan pencapaian yang menyebabkan kedengaran agak sombong. 

Pathos atau rayuan emosi, bermaksud untuk memujuk penonton dengan menarik emosi mereka. Penulis menggunakan kesedihan untuk memohon simpati daripada penonton; untuk membuat penonton merasai apa yang penulis mahu mereka rasai. Kegunaan yang lazim bagi kesedihan adalah untuk menarik belas kasihan daripada penonton. Satu lagi penggunaan kesedihan adalah untuk menimbulkan kemarahan daripada penonton, mungkin untuk menggesa tindakan. Pathos adalah perkataan Yunani untuk kedua-dua "penderitaan" dan "pengalaman." Perkataan empati dan kasihan berasal daripada pathos. Pathos boleh dibangunkan dengan menggunakan bahasa yang bermakna, nada emosi, contoh yang membangkitkan emosi, kisah peristiwa emosi, dan makna tersirat. Pathos adalah teknik komunikasi yang paling kerap digunakan dalam retorik. Daya tarikan emosi boleh dicapai dalam pelbagai cara seperti metafora atau bercerita, semangat dalam penyampaian ucapan atau penulisan dan pengalaman peribadi. Pathos juga termasuk emosi positif seperti kegembiraan, keterujaan, atau rasa setia kawan. Adalah penting untuk diingat bahawa "emosi" tidak sama dengan "beremosi", dan kesedihan tidak semestinya perlu menarik emosi yang sangat tinggi; pemahaman, rasa ingin tahu dan ketenangan adalah semua emosi dan semua cara penceramah atau penulis boleh menggunakan kesedihan untuk menarik penonton. Semuanya bergantung pada konteks hujah dan apa yang penulis atau penceramah ingin penonton rasakan dan akhirnya melakukan. Dalam pengucapan awam dan pembentangan lisan, bahasa, anekdot, visual dan penyampaian adalah cara paling berkesan untuk mewujudkan hubungan emosi dengan penonton. Seperti penulisan akademik, konteks dan keseimbangan juga penting. Penceramah yang berkesan memulakan pembentangan mereka dengan merebut perhatian yang didorong oleh emosi. Perebut perhatian ini boleh menjadi perkara yang sama yang akan digunakan dalam penulisan akademik, dan mereka juga boleh memasukkan visual, bunyi atau penyertaan penonton yang menarik. Dengan pengucapan awam, soalan kepada penonton lebih diterima kerana penonton boleh bertindak balas. Anekdot dan butiran peribadi juga penting dalam pengucapan awam dan boleh menjadi cara yang berkesan untuk berhubung secara emosi dengan penonton. Oleh kerana penonton boleh melihat dan mendengar, penceramah juga mempertimbangkan kesedihan dalam penyampaiannya. Nada suara, mimik muka, masa dan gerak isyarat semuanya boleh membangkitkan emosi tertentu dan mendorong penonton untuk menerima apa yang didakwa oleh penceramah. Pembesar suara juga menggunakan visual dan bunyi dengan cara ini.

Logos atau rayuan kepada logik, bermaksud untuk meyakinkan penonton dengan menggunakan logik atau alasan. Untuk menggunakan logos adalah untuk menyebut fakta dan statistik, analogi sejarah dan literal, dan menyebut pihak berkuasa tertentu mengenai subjek. Logos ialah perkataan Yunani untuk “perkataan,” namun takrifan sebenar melampaui itu, dan boleh digambarkan secara paling dekat sebagai “perkataan atau yang dengannya pemikiran batin diungkapkan” dan, “pemikiran batin itu sendiri”. Perkataan "logik" berasal daripada logos. Logos boleh dibangunkan dengan menggunakan bahasa lanjutan, teori atau abstrak, menyebut fakta yang sangat penting, menggunakan analogi sejarah dan literasi, dan membina hujah dengan logik. Penceramah dan pembentang menggunakan logos apabila mereka menyokong dakwaan mereka dengan fakta, sumber, pakar dan alasan yang boleh dipercayai. Pengaturan juga penting. Dengan mewujudkan ethos, atau kesukaan dan kredibiliti, penceramah kemudiannya akan dapat menggunakan logos dengan berkesan. Jika penonton tidak mempercayai penceramah, maka penonton mungkin tidak akan mempercayai maklumat yang disampaikan oleh penceramah. Penyampaian ialah satu lagi cara penting pembesar suara menggunakan logo. Dengan bercakap dengan jelas dan dalam nada yang meyakinkan, dan dengan menggunakan masa dan jeda untuk mengukuhkan fakta dan dakwaan penting, seorang penceramah boleh menarik minat penontonnya dengan mudah. Apabila menyampaikan petikan, penceramah yang berkesan berbuat demikian secara semulajadi yang dengan hanya memetik perkara yang perlu dan tidak membiarkan petikan membayangi fakta dan mengganggu aliran hujah.

VISUAL AID

Visual aid merupakan perkara yang diperlukan oleh seseorang penceramah awam dalam menyampaikan bahan di hadapan khalayak. Visual aid merupakan alat yang dapat membantu memperjelas suatu huraian atau penjelasan dalam bentuk grafik, gambar, diagram, barangan, peta dan foto. Pemilihan visual aid yang tepat adalah dengan menyesuaikan kegunaan dan fungsinya.

Visual aid berfungsi dalam beberapa kapasiti yang berbeza sepanjang pembentangan. Leigh Kelly menyatakan fungsi visual aid ialah menekankan idea melalui penglihatan dan bunyi. Selain itu, visual aid membantu meningkatkan kredibiliti penyampai ucapan. Seterusnya, visual aid membantu penyampai ucapan menangkap dan menarik perhatian penonton. Di samping itu, visual aid membantu penonton mengingati ucapan yang disampaikan oleh penceramah. Akhir sekali visual aid membantu penceramah mengawal ketakutan

Visual aid dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antara jenis visual aid ialah video, demonstrasi, main peranan, props, slaid, audio, kertas edaran, papan putih, papan hitam dan carta. Dahulu, sebelum wujudnya projektor, bahan-bahan dipersembahkan dalam bentuk poster. Namun, seiring dengan kemajuan teknologi semua sistem ini telah berkomputer. Contohnya, penceramah awam semasa menyampaikan bahan kini menggunakan program yang dipanggil power point yang lebih dinamik dan praktikal.

Visual aid yang berkesan datang daripada reka bentuk yang baik. Contoh jenis reka bentuk visual aid adalah konstituinsi iaitu bersambung atau menyambung. Reka bentuk visual aid yang baik mampu menarik perhatian audien agar hasil terlihat indah dan berseni. Reka bentuk visual aid memerlukan sentuhan seni seperti komposisi warna, ukuran, komponen dan penempatan komponen. Visual aid dapat dilakukan secara manual mahupun digital iaitu dengan menggunakan komputer.

Visual aid yang pertama ialah video sebagai suatu kaitan yang paling rapat dalam hidup kanak-kanak tadika terutama di zaman moden ini. Video yang ditunjukkan adalah berkaitan sedutan episod dalam kartun yang digemari kanak-kanak iaitu Upin dan Ipin. Upin dan Ipin adalah siri animasi yang dihasilkan oleh Les’ Copaque di Malaysia. Upin dan Ipin disukai ramai tanpa mengira peringkat umur. Upin dan Ipin secara tidak langsung menjadi satu medium untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Ini amatlah bersesuaian dengan pemilihan tajuk ucapan kami iaitu berkaitan “Keluarga Malaysia”. Watak-watak yang terdapat dalam kartun ini terdiri daripada pelbagai kaum. Watak-watak dalam Upin dan Ipin juga menghormati nilai dan budaya sesama mereka. Upin dan Ipin menerapkan nilai murni kesepaduan kerana menunjukkan konsep 1 Malaysia. Semasa menggunakan visual aid ini, kami mendapat tindak balas positif daripada audien seperti mereka menumpukan sepenuh perhatian menandakan mereka faham terhadap kaitan kartun dan penjelasan ahli kami. Matlamat untuk mempengaruhi audien melalui visual aid dapat dicapai dan akhirnya kami juga mendapatkan tindak balas yang berkesan daripada para pendengar  

Visual aid yang kedua ialah slaid PowerPoint. Slaid PowerPoint ialah  perisian yang digunakan mencipta dan memaparkan tayangan slaid. Kami memilih PowerPoint sebagai visual aid kerana PowerPoint digunakan secara meluas untuk pembentangan kerana ia mudah untuk mencipta persembahan yang menarik dan profesional serta mudah untuk mengubah suai dan menyusun semula kandungan berbanding alat bantu visual yang lain. Pelbagai item visual boleh dimasukkan ke dalam slaid yang akan meningkatkan tumpuan penonton. Selain itu, penonton secara amnya boleh melihat tayangan slaid lebih baik daripada alat bantu visual yang lain dan anda tidak perlu berpaling darinya. Semasa menggunakan visual aid ini, kami mendapat tindak balas positif daripada audien kerana mereka menumpukan sepenuh perhatian menandakan mereka faham kaitan antara slaid dan penjelasan ahli kumpulan kami. Kami menggunakan PowerPoint yang menarik dan cantik supaya audien akan terus melihat pembentangan kami. Gambar contoh yang menarik dibentangkan semasa ucapan supaya audien faham kaitan gambar tersebut dengan ucapan ahli kumpulan kami. 




Comments