SMB41002 BAHASA MELAYU UNIVERSITI

 BAB 1: KEMAHIRAN BERBAHASA

    1.1 PENGENALAN BAHASA 

  • Satu keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama satu kelompok sosial sebagai alat interaksi (Kamus Linguistik, 1997).
  • Bahasa sebagai alat komunikasi yang membenarkan kita melaksanakan idea, menyampaikan perasaan, dan menegur sapa (Braber et al. 2015)
  • Bahasa berkait rapat dengan budaya sesebuah masyarakat. Setiap perkara yang diungkapkan memberi gambaran jelas tentang corak kehidupan dan pemikiran penutur jati sesuatu bahasa itu.

     1.2 CRI-CIRI BAHASA

  • Setiap bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain terutama dari segi bunyi dan bentuk.
  • Menurut Lyons (1988), bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama.
  • Misalnya semua bahasa mempunyai cara untuk menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberikan perintah dan membuat kenyataan.
  • 1. Bahasa sebagai satu sistem
    • Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Setiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan nahu atau struktur sintaksis. Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan Perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan pekataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa.
  • 2. Bahasa sebagai satu simbol
    •  Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar atau objek tertentu sebagai simbol untuk menerangkan sesuatu. Kemudian manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bahasa juga dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut. 
  • 3. Bahasa sebagai alat komunikasi
    • Keperluan bahasa sebagai alat komunikasi melebihi keperluannya sebagai ekspresi diri. Melalui komunikasi manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain. Melalui komunikasi juga manusia mewarisi dan mempelajari semua yang pernah diperoleh oleh individu yang terdahulu daripada mereka. Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran untuk membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat menjalinkan kerjasama dengan penutur daripada bahasa yang lain. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan atau tulisan. Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyi- bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh pendengar. Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca.
  • 4. Bahasa bersifat arbitrari
    • Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda atau perkara yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Sebagai contoh apabila ditunjukkan gambar seekor kuda kita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya dalam bahasa Inggeris disebut horse, dalam bahasa Sepanyol disebut caballo, bahasa Perancis membunyikannya sebagai cheval dan bahasa Jerman membunyikannya pferdHal ini menunjukkan simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenangwenangnya, iaitu tiada perkaitan antara bunyi dengan dengan simbol secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia ini.
  • 5. Bahasa bersifat unik
    • Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang tidak sama. Demikian juga dalam bahasa Inggeris, boys dan boy’s menunjukkan bentuk dan makna yang berlainan. Walaupun semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur, tetapi mempunyai huraiannya yang tersendiri dari segi tatabahasa. Oleh sebab itulah satu tatabahasa yang sejagat tidak dapat diwujudkan untuk bahasa yang berbeza-beza itu. Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memeroleh bahasa itu sendiri iaitu bahasa bukanlah sesuatu yang kita warisi sebagaimana kita warisi ciri-ciri fizikal keluarga kita. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli keluarga, dan masyarakat di sekeliling kita. Justeru, sekiranya seorang bayi berbangsa Cina yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukan bahasa Cina. kita. Justeru, sekiranya seorang bayi berbangsa Cina yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukan bahasa Cina.
  • 6. Bahasa bersifat sejagat
    • Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Bahasa bersifat sejagat bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang. Hal ini kerana secara alamiah berpotensi untuk berbeza dan beraneka.
  • 7. Bahasa bersifat dinamis
    • Bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa demikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan penggayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Namun demikian struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan berubah.
  • 8.  Bahasa bersifat bervariasi
    • Bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Kepelbagaian itu boleh melibatkan cara dan gaya mengajarnya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu. Bervariasi ini juga bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.

     1.3 FUNGSI BAHASA

    1. Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial

  • Melalui bahasa kita mengetahui adat istiadat, kebudayaan, dan tatacara sesuatu masyarakat. Semasa menyesuaikan diri dalam lingkungan sosial tertentu, kita akan memilih bahasa yang sesuai dengan konteks dan sasaran masyarakat ketika itu. Seterusnya semua aktiviti kemasyarakatan akan dapat dilakukan dengan harmoni tanpa berlaku salah faham.
    2. Sebagai alat ekspresi diri
  • Untuk mengungkap atau menyatakan apa yang tersirat di dalam hati kita sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi.
    3. Sebagai alat komunikasi
  • Sewaktu berkomunikasi kita sudahpun memiliki tujuan tertentu. Antaranya ialah untuk difahami orang orang lain tentang semua yang kita fikir dan rasakan
    4. Sebagai alat kawalan sosial
  • Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa. Mempengaruhi pandangan dan sikap orang lain agar sesuai dengan harapannya. Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Contoh: Ceramah/buku agama, program/ buku motivasi, diskusi ilmiah dll

    1.4 KEMAHIRAN BERBAHASA

  • Penguasaan keempat-empat kemahiran ini amat penting bagi memastian kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kompenan asas yang tergolong dalam kemahiran lisan. Manakala, kemahiran membaca dan menulis pula tergolong dalam kemahiran bukan lisan.
  • 1. KEMAHIRAN MENDENGAR
    • Mendengar merupakan kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif dan penting dikuasai kerana penggunaannya yang meluas dalam kehidupan.
    •  Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan, ucapan dan soal jawab  
    •  Keterampilan mendengar juga diertikan sebagai kemampuan pendengar memahami maklumat yang diungkapkan oleh penutur melalui lambang-lambang bunyi.
    • Dua perkara yang memainkan fungsi dan peranan yang besar ialah pancaindera pendengaran dan juga daya konsentrasi.
    • MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR
      Yahya Othman (2005) membincangkan beberapa strategi bagi meningkatkan kemahiran mendengar, antaranya:
      Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami percakapannya
      Minta diulang
      Minta bercakap dengan perlahan sedikit
      Dapatkan penjelasan
      Menyebutkan semula frasa
      Mengulang ayat yang tidak difahami
      Beri perhatian pada intonasi dan nada suara
      Fokuskan kepada kata tanya
      Menganggap perbualan sebagai relevan
  • 2. KEMAHIRAN BERTUTUR
    • Penguasan kemahiran bertutur sangat ditekankan dalam pendidikan bahasa Melayu.
    • Kemahiran bertutur merupakan proses melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi setelah menerima dan memahami input 
    • Kemahiran ini dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru (jarang dihasilkan secara semula jadi).
    • ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
      • Sebutan
        • cara menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa
        • semua bahasa di dunia mempunyai dua cara penuturnya menyebut, iaitu sebutan  standard dan sebutan dialek
      • Intonasi
        • keadaan bunyi menaik atau menurun sesuatu ayat dilafazkan / nada suara
        • intonasi ayat biasanya tidak sama dan berbeza mengikut jenis ayat yang dituturkan
      • Tekanan
        •  tekanan dilakukan pada suku kata
        • bertujuan menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan
        • tekanan tidak membezakan makna
        • menyedapkan percakapan / bacaan (sajak)
        • menandakan tempat-tempat penting / perlu diberi perhatian
      • Jeda (#) – persendian/memisahkan perkataan
        • disebut persendian ; untuk memisahkan perkataan, rangkai kata atau ayat
        • dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
        • lambang jeda ditandai /#/ dan boleh membawa makna yang berbeza
      • Panjang dan pendek (mora)
        • merupakan kadar sesuatu bunyi diucapkan
        • konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab
        • tidak membezakan makna ayat
    • ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR
      Ciri fizikal: alat artikulasi dan pendengaran
      Ciri mental: kemahiran memahami, menginterpretasi
      Ciri emosi: gemuruh, kontak mata, tidak cukup maklumat dan persediaan
      Kemahiran ini sangat penting untuk memberi respon dan menyampaikan maklumat dengan berkesan.
    • MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR
      Antara panduan untuk mengatasi masalah penguasaan bertutur ialah:
      lakukan semua aktiviti bahasa di dalam kelas
      bersedia untuk berkomunikasi
      berlatih secara senyap
      tidak takut membuat kesilapan
      menjelaskan dengan perkataan lain atau gunakan perkataan sinonim
  • 3. KEMAHIRAN MEMBACA
    • Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa kemahiran membaca merupakan
      pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata pelajaran lain dan
      penting diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
    • Kemahiran ini memerlukan seseorang itu menterjemah kembali lambanglambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
    •  Membaca melibatkan aktiviti mencari maklumat secara aktif dan menghubungkan
      maklumat dalam petikan dengan pengetahuan yang sudah sedia dikuasai.
    • Pembaca perlu memahami maklumat bertulis, menghuraikan bahan bertulis kepada
      pertuturan dan pada masa yang sama dihuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

    • STRATEGI MEMBINA KEMAHIRAN MEMBACA
      Terdapat beberapa strategi bagi membina kemahiran membaca, antaranya:
      Pilih petikan yang mudah
      Membuat andaian
      Menyediakan pen dan kertas
      Memikirkan/menetapkan matlamat membaca
      Memperlahankan kelajuan membaca
      Membuat semakan berkaitan idea yang dibaca
  • 4. KEMAHIRAN MENULIS
    • Kemahiran ini merupakan kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna, menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis dan mengarang ayat menjadi wacana yang berwibawa
    • Menulis secara khususnya dikaitkan dengan proses ilmu, idea ataupun maklumat secara bersistem.
    • Penulis perlu menguasai kaedah yang berkesan supaya penyampaian mesej atau maklumat dapat dibuat tanpa halangan komunikasi
    • Yahya Othman (2005) menyatakan menulis adalah:
      Proses memberi respon
      Proses komunikasi
      Ekspresi kendiri
      Bersifat sejagat
      Ditadbir oleh peraturan
      Proses pembelajaran
    • PRINSIP PENULISAN
      Antara prinsip penulisan yang perlu dimiliki dan diikuti oleh penulis ialah:
      a. Isi
      b. Proses menulis
      c. Khalayak
      d. Tujuan
      e. Pemilihan kata
      f. Penyusunan
      g. Mekanis penulisan
      h. Tatabahasa

BAB 2 : BAHASA DALAM KOMUNIKASI

BAB 3: KESANTUNAN BERBAHASA DAN LARAS BAHASA

BAB 4: PERANCANGAN BAHASA

BAB 5: KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 6: PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU

BAB 7: DIALEK GEOGRAFI

BAB 8: DIALEK SOSIAL

• Asmah Haji Omar (1991)

Variasi yang berdasarkan situasi sosial akan menghasilkan dialek sosial. Dalam dialek sosial juga terdapat beberapa kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus dan neutral. Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri pengguna bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial.

• Kamus Dewan (edisi keempat)

Variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana.

• Dialek sosial wujud disebabkan berlakunya pelbagai

situasi tertentu seperti situasi rasmi dan tidak rasmi.

• Penggunaan bahasa formal:

-bahasa baku dan bahasa istana.

• Penggunaan bahasa tidak formal:

-bahasa slanga, bahasa kolokial, bahasa pasar dan bahasa kacukan.

BAHASA FORMAL

• Penggunaan bahasa formal merujuk kepada bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan semua strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat hormat dalam konteks sosial.

• Bahasa formal diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu bahasa standard dan bahasa istana.

Bahasa Baku / Standard

• Digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dalam suasana rasmi.

• Disebut sebagaimana dieja.

• Melibatkan komponen:

• Sebutan

• Ejaan

• Tatabahasa

• Peristilahan

• Kosa kata

• Gaya dan laras

BAHASA ISTANA

• ialah bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka

• Penggunaan bahasa istana dapat dilihat berdasarkan 4 aspek:

 penggunaan kata ganti diri orang

• Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3:


• Kata kekeluargaan : ayahanda, bonda, kekanda, adinda

 penggunaan gelaran

 perkataan atau ungkapan khusus

 pemulukan dan pendinaan

BAB 9: FENOMENA BAHASA

• Kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia telah menyebabkan rakyat mampu menuturkan dwibahasa atau lebih.

• Masyarakat Malaysia biasanya akan menguasai bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pertama dan bahasa asing sebagai bahasa ke-dua.

• Hal ini menyebabkan berlakunya situasi percampuran kod, pertukaran kod, peralihan kod dan perubahan gaya.

FAKTOR-FOKTOR BERLAKUNYA FENOMENA BAHASA; Menurut Soepomo (2005):

1. Sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan cenderung mencampurkan kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini adalah sangat dominan dalam kalangan pengguna bahasa.

2. Unsur kemodenan; percampuran kod merupakan gaya bahasa yang terkenal pada masa ini terutamanya percampuran kod yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau sebaliknya. Penggunaan seumpama ini digunakan secara sengaja kerana keinginan penutur untuk menunjukkan ketinggian status sosialnya serta menunjukkan dirinya orang yang berpelajaran tinggi.

3. Ekonomi; iaitu memilih perkataan yang lebih mudah dan tidak kompleks sifatnya. Sebagai contoh, biasanya penutur-penutur bahasa Melayu menyisipkan kosa kata bahasa Inggeris untuk menggantikan kosa kata bahasa Melayu yang bersuku kata panjang, misalnya kata “result” yang terdiri daripada dua suku kata sering digunakan untuk menggantikan “keputusan” yang sering digunakan.

4. Penutur-penutur ingin merahsiakan sesuatu daripada diketahui oleh pendengar lain yang terlibat dalam peristiwa tutur, misalnya kedua-dua penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu itu akan mencampurkan kod lain atau beralih kod ke bahasa Inggeris yang kurang difahami atau diketahui oleh pendengar yang berdekatannya agar merahsiakan topik atau isi perbualan.

5. Aktiviti peminjaman bahasa iaitu penggunaan istilah-istilah khusus dalam bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, sains teknologi dan sebagainya.

EMPAT JJENIS FENOMENA BAHASA

1. PERCAMPURAN KOD

• Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena bahasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila penutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain.

• Muyken (2016) mendefinisikan percampuran kod sebagai penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam pertuturan.

• Menurut Wardaugh (2006) menegaskan bahawa percampuran kod digunakan bagi tujuan komunikasi. Sebagai contoh, percampuran kod boleh berlaku apabila penutur jati yang berbahasa Melayu memasukkan perkataan-perkataan selain daripada bahasa Melayu dalam pertuturan seharian yang dikenali dwibahasa.

• Terjadi apabila seorang penutur mencampuradukkan dua bahasa atau lebih dalam perbualannya.

• Percampuran itu boleh berupa kata, frasa, klausa atau ayat.

• Contoh :

“Hang siap dak lagi assingment ari tuu?Aku tak sempat nak buat lagi. Busy gila mnggu ni. Ingat next week baru nak discuss dengan budak-budak group aku kot”

FUNGSI PERCAMPURAN KOD

K. Kanthimathi (2007) mengkategorikan percampuran kod kepada tiga fungsi iaitu:

1. Fungsi Sikap:

Perlakuan mencampuradukkan perkataan bahasa Inggeris dalam pertuturan bahasa Melayu dianggap lebih berprestij dan bergaya. Contoh: “Adam jangan nak tipu daddy, I know how wild your night life is...”

2. Fungsi Identifikasi Laras Bahasa:

Percampuran kod luaran berfungsi sebagai laras bahasa. Terdapat sesetengah sektor seperti perkomputeran, teknologi, kejuruteraan, sains dan perubatan, undang-undang dan sebagainya memerlukan pengunaan bahasa khusus yang tertentu berbeza daripadabahasa harian. Contoh: “Ayah, boleh tak bagi duit lebih sikit. Adik nak beli ink printer dan mouse pad.”

3. Fungsi Memberi Arahan:

Percampuran kod arahan berfungsi untuk memberi arahan/hala tuju semasa proses pertuturan dan menghasilkan komunikasi bermakna. Contoh: “Ariana, nanti ada event makan malam bersama anak yatim. You hadir ya. Ganti saya?”

2. PERTUKARAN KOD

• Pertukaran kod ialah satu fenomena yang melambangkan pertukaran daripada satu kod kepada kod yang lain dalam pertuturan seseorang penutur mengikut situasi tertentu (Asmah, 1982).

• Pertukaran kod yang berlaku dalam dua ayat atau lebih biasanya berlaku dalam situasi rasmi atau separa rasmi, misalnya dalam perbincangan seperti mesyuarat rasmi, seminar, dan konferens. Dalam keadaan tersebut, pertukaran kod melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Asmah, 1982).

• Dalam dasar bahasa rasmi, hanya bahasa Melayu yang dibenarkan untuk digunakan dalam mesyuarat dan majlis anjuran kerajaan dan badan-badan separa kerajaan. Namun begitu, apabila majlis tersebut dihadiri oleh hadirin antarabangsa, bahasa Inggeris dibenarkan untuk digunakan sebagai bahasa kedua.

• Keadaan yang wujud apabila seseorang penutur itu mengalih bahasanya (daripada satu bahasa ke bahasa yang lain) dalam latar/suasana dan topik yang berbeza.

• Contoh, anda dan kawan-kawan berada di kedai kopi di Kedah, dan menggunakan dialek Kedah, apabila pelancong dari negara lain datang, anda terpaksa menukar daripada dialek Kedah ke bahasa Inggeris.

3. PERALIHAN KOD

• Asmah Haji Omar (1991, 1992) mendefinisikan 'peralihan kod‘ sebagai satu proses yang mana dua atau lebih bahasa sedang digunakan oleh penutur dalam pertuturan mereka yang biasanya dalam satu bahasa dasar (base) atau bahasa matrik.

• Peralihan kod juga merupakan penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam perbualan. Pengguna bahasa yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa lebih cenderung menggunakan pelbagai bahasa semasa berkomunikasi.

• Keadaan yang wujud apabila seorang penutur menukar bahasanya daripada satu bahasa ke bahasa yang lain dalam suasana/latar dan topik yang sama.


Comments