Abstrak
Kajian ini berkaitan kata terbitan dalam majalah Dewan Kosmik. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ayat yang memiliki kata terbitan dalam majalah Dewan Kosmik serta menganalisis ayat yang memiliki kata terbitan dalam majalah Dewan Kosmik menggunakan kaedah analisis teks. Kajian ini turut memberi pengetahuan kepada pengkaji akan datang tentang kata terbitan yang kurang diketengahkan dan kurang menjadi pilihan pengkaji bagi kursus Bahasa Melayu Universiti. Kajian ini menggunakan kaedah kajian analisis teks. Kaedah analisis teks adalah berdasarkan majalah Dewan Kosmik Edisi Julai terbitan Dewan Bahasa Pustaka. Sebanyak 5 artikel dipilih bagi menganalisis kata terbitan yang ada.
Pengenalan
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar. Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Dengan penulisan karya kreatif aspek morfologi digunakan untuk melahirkan Bahasa yang gramatis. Bahasa yang gramatis dating daripada kreativiti seseorang penulis untuk melahirkan kecekapan dalam bidang penulisan.
1.1 Konsep Morfologi
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna.
Manakala Abdullah Hassan (2005), pula mentakrifkan mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan di bina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.
Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
1.2 Konsep Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan.
Imbuhan pula ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna mahunya. Dan bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain merupakan kata dasar.
1.2.1 Kata Terbitan Awalan
Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan seperti:
a) Pedagang
b) Pelari
c) Pembuat
1.2.2 Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan akhiran wujud apabila unsur imbuhan ditambahkan selepas kata dasar. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti:
a) Ustazah
b) Pameran
c) Muslimin
1.2.3 Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan apitan merupakan kata dasar yang diberi imbuhan secara serentak iaitu pada awal perkataan dan akhir perkataan. Apitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti:
a) Perasaan
b) Pembalakan
c) Pengajaran
1.2.4 Kata Terbitan Bersisipan
Kata terbitan sisipan pula merupakan kata dasar yang diberi imbuhan pada bahagian tengah perkataan. Bentuk ini tidak lagi proaktif dalam pembentukan kata terbitan iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Terdapat tiga imbuhan sisipan iaitu -el-, -er- dan -em-. Contohnya:
Kata nama
a) Serabut
b) Telepak
Kata Adjektif
a) Gementar
b) Sinambung
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
Mengenal pasti dan menyenaraikan kata nama terbitan berawalan, berakhiran dan berapitan.
Menghuraikan kata nama, kerja dan adjektif terbitan dalam Dewan Kosmik Edisi Julai 2021
ARTIKEL: BOTANI: SENDUDUK YANG BERMANFAAT
Berdasar artikel Botani: Senduduk yang bermanfaat dalam majalah Dewan Bahasa Kosmik Edisi Julai 2021 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditulis oleh Yuzairi Mohd Yusuf, terdapat bentuk perkataan yang tekah dikenalpasti iaitu kata terbitan. Artikel ini ditulis berkaitan manfaat senduduk atau nama saintifiknya Melastoma Malabathricum L., iaitu sejenis tumbuhan yang berasal daripada famili Melastomataceae. Ia merupakan pokok renek dan bercabang. Buahnya dikelaskan sebagai buah beri. Senduduk ini digunakan dalam bidang perubatan yang mana fungsi untuk merawat pelbagai penyakit.
Kata terbitan awalan yang wujud dalam artikel yang dipilih adalah dari aspek kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan, seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.
Jadual 1: Kata Terbitan Berawalan
Setelah dianalisis, hanya terdapat unsur kata nama terbitan dan kata kerja terbitan dan tidak mempunyai sebarang unsur kata adjektif terbitan. Jadual di bawah merupakan senarai kata nama terbitan dan kata kerja terbitan yang telah dianalisis
Jadual 2: Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan apitan yang wujud dalam petikan dibahagikan kiaitu apitan kata nama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif seperti dalam jadual dibawah.
Jadual 3: Kata Terbitan Berapitan
ARTIKEL: CAP JARI SUSPEK PADA MAYAT (FORENSIK)
Artikel “Cap Jari Suspek Pada Mayat” ini ditulis oleh ChM. Dr. Khairul Adli Nikman yang merupakan pegawai sains forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh Selangor. Artikel ini mengisahkan tentang bagaimana cap jari boleh digunakan untuk menyiasat dan mengesan suspek. Artikel ini juga banyak memberikan pengetahuan seperti faktor yang menghalang proses cap jari untuk timbul.
Kata terbitan berawalan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu awalan kata nama dan awalan kata kerja.
Jadual 1: Kata Terbitan Berawalan
Kata terbitan akhiran dalam petikan yang dianalisis, terdapat akhiran kata kerja dan akhiran kata adjektif.
Jadual 2: Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan berapitan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu apitan kata nama dan apitan kata kerja
Jadual 3: Kata Terbitan Berapitan
ARTIKEL: BUNGA LAWANG (FRIM PELESTARIAN HUTAN)
Artikel “Bunga Lawang” ini ditulis oleh Sarah Nabila Rosli dan Avelinah Julius. Artikel ini menceritakan tentang kegunaan dan fungsi bunga lawang dari pelbagai aspek seperti masakan dan perubatan.
Kata terbitan berawalan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu awalan kata nama dan awalan kata kerja.
Jadual 1: Kata Terbitan Berawalan
Kata terbitan akhiran dalam petikan yang dianalisis, terdapat akhiran kata kerja dan akhiran kata adjektif.
Jadual 2: Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan berapitan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu apitan kata nama dan apitan kata kerja
Jadual 3: Kata Terbitan Berapitan
ARTIKEL: KESAN PERUBAHAN IKLIM (KLIMATOLOGI)
Artikel “Kesan Perubahan Iklim” ditulis oleh Ahmad Nazeer Che Mat dan Nafisah Osman. Artikel ini mengisahkan tentang perubahan iklim terhadap dunia dan manusia dan kesan-kesan buruk yang akan berlaku jika perubahan iklim ni terus-terusan berlaku. Di dalam artikel ini juga terdapat disertakan dengan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan perubahan iklim berlaku.
Artikel ini dipilih bagi menganalisis kata-kata terbitan yang ada. Setelah dibuat semua analisis, artikel ini mempunyai kata terbitan berawal, berakhiran, apitan dan sisipan. Jadual-jadual di bawah merupakan senarai kata-kata terbitan yang dapat dianalisis.
Kata terbitan berawalan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu awalan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Jadual 1: Kata Terbitan Berawalan
Kata terbitan berakhiran yang dapat dianalisis dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu akhiran kata nama dan kata kerja.
Jadual 2: Kata Terbitan Berkahiran
Kata terbitan berapitan yang wujud dalam petikan dibahagikan dalam kategori iaitu berapitan kata nama dan kata kerja.
Jadual 3: Kata Terbitan Berapitan
Hanya terdapat satu kata terbitan sisipan yang dijumpai di dalam artikel ini, iaitu:
Jadual 4: Kata Terbitan Sisipan
Artikel: Sains Kesihatan (Sindrom Marie Antoinette)
Artikel Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ditulis oleh Mudiana Mokhsin@Misron. Artikel ini menceritakan tentang sindrom Marie Antoinette. Artikel ini menghuraikan punca, kesan dan langkah yang boleh dilakukan bagi penyakit tersebut. Terdapat beberapa kata terbitan yang dijumpai. Antara contoh kata terbitan yang dijumpai ialah kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran dan kata terbitan berapitan
Jadual: Kata Terbitan Berawalan
Jadual: Kata Terbitan Berakhiran
Jadual: Kata Terbitan Berapitan
Penutup
Daripada hasil dapatan kajian, terdapat banyak kata-kata terbitan yang ada dalam setiap satu artikel yang dianalis. Kata terbitan dan jenis-jenisnya juga telah berjaya dianalisis dan disenaraikan mengikut kategori masing-masing. Terdapat sesetengah kata dasar yang akan berubah maksudnya bila diletakkan imbuhan, jadi pentingnya untuk kita meneliti terlebih dahulu kata dasar yang ada imbuhan di awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Comments
Post a Comment