1. Pengenalan
Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.
Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, perluasan makna, penterjemahan dan peminjaman. Pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar, tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Oleh itu bahasa dapat diekploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Pengimbuhan ialah satu proses morfologi yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar dan menghasilkan satu bentuk kata berimbuhan yang dikenali sebagai kata terbitan. Kebanyakan buku nahu menggolongkan imbuhan bahasa Melayu kepada empat jenis yang utama, iaitu awalan,akhiran, sisipan dan apitan. Penjenisan ini dibuat berdasarkan posisi yang diduduki oleh sesuatu imbuhan itu dalam konteks penggandingannya dengan kata dasar. Imbuhan yang mendahului kata dasar dinamakan awalan, yang mengakhiri kata dasar dinamakan akhiran, yang menyelit di tengah kata dasar dinamakan sisipan, dan yang mengapit kata dasar dinamakan apitan. Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang boleh menerima imbuhan itu terdiri daripada dua jenis, iaitu kata dasar tunggal (morfem bebas), dan kata dasar terbitan (morfem bebas bersama imbuhan) Proses pengimbuhan dengan kata dasar tunggal boleh melibatkan kesemua jenis imbuhan bahasa Melayu, iaitu awalan (cth. di+tulis, ber+tulis), akhiran(cth. mula+i, mula+kan), sisipan (cth. g+em+uruh, j+el+ajah), dan apitan(cth. ke+hitam+an, per+sama+an). Proses pengimbuhan dengan kata dasar terbitan juga boleh melibatkan imbuhan awalan (cth. ber+pakaian, ber+gemuruh), akhiran (cth. berbantal+kan, jelajah+i), dan apitan (cth. ke+berkesan+an, ke+terlalu+an). Dari segi bentuk dan struktur binaan morfemnya, kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan dengan kata dasar terbitan, khususnya yang melibatkan awalan dan akhiran kelihatan seolah-seolah seperti apitan. Kedua-dua imbuhan awalan dan akhiran itu didapati seakan-akan mengapit kata dasar tunggal.
Justeru, sesetengah pengkaji bahasa menggolongkan gabungan awalan dan akhiran ini sebagai apitan. Sehubungan itu, makalah ini cuba meneliti dan menganalisis proses pengimbuhan yang melibatkan kata dasar terbitan, khususnya penggabungan yang melibatkan imbuhan /di-/ dan /-i/. Persoalan yang ingin dijawab adalah sama ada imbuhan /di-/ itu diimbuhkan dengan kata dasar terbitan yang sudah menerima akhiran /-i/ terlebih dahulu, atau pun akhiran /-i/ itu diimbuhkan dengan kata dasar terbitan yang sudah menerima awalan /di-/ terlebih awal.
2. Perbincangan Analisis Teks
Analisis teks dalam kelima-lima artikel akan dibahagikan mengikut jenis kata terbitan berawalan, berakhiran, bersisipan, dan berapitan. Setiap jenis kata terbitan dalam kelima-lima artikel pula akan dibahagikan mengikut kata nama, kerja dan kata adjektif.
2.1 Kata Terbitan Berawalan
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berawalan dalam artikel Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ialah “Sindrom Marie Antoinette ialah penyakit yang menyebabkan rambut di kepala kelihatan kelabu”. Kata dasar bagi penyakit ialah “sakit” dan menerima pengimbuhan awalan “Pe-” lalu membentuk kata nama.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan berawalan yang berada dalam artikel Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ialah “Semasa baginda dimasukkan ke dalam penjara di Bastille, rambut asalnya yang berwarna putih selepas tiga hari.” Kata dasar bagi berwarna ialah “warna” dan menerima pengimbuhan awalan “ber-” lalu membentuk kata adjektif.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berawalan dalam artikel Klimatologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “CO2 telah disenaraikan sebagai penyebab utama dalam perubahan iklim dunia.” Kata dasar bagi penyebab ialah “sebab” dan menerima pengimbuhan awalan “Pen-” lalu membentuk kata nama.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan berawalan dalam artikel Klimataologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “Kesemua kaedah ini diguna pakai dan perlu diperluas di serata dunia semata-mata untuk menjamin kelestarian alam sekitar kita.” Kata dasar bagi serata ialah “rata” dan menerima pengimbuhan awalan “se-” membentuk kata nama.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berawalan dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang “Selain digunakan secara meluas dalam masakan, bunga lawang juga digunakan dalam pembuatan minuman keras, pembuatan ubatan bagi mencegah penyakit influenza dan digunakan untuk menghentikan peredaran darah di bahagian tumor.” Kata dasar bagi meluas ialah “luas” dan menerima pengimbuhan awalan “me-” membentuk kata adjektif.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berawalan dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang “Seterusnya, antara kegunaan lain spesies Illicium seperti spesies Illicium anisaturn L. yang buahnya dan bijinya beracun digunakan untuk membunuh ikan.” Kata dasar bagi membunuh ialah “bunuh” dan menerima pengimbuhan awalan “me-” membentuk kata kerja
Contoh ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah "Hal ini demikian kerana dinding sel bakteria Gram negatif mempunyai lipopolisakarida yang membentuk satu kawasan di luar membrane sitoplasma dan mengatur peredaran molekul melaluinya.” Kata dasar bagi mengatur ialah “atur” dan menerima pengimbuhan awalan “meng-” membentuk kata kerja.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah “Satu luka eksisi dikenakan pada kawasan yang ditentukan dan luka tersebut dibiarkan terbuka.” Kata dasar bagi terbuka ialah “buka” dan menerima pengimbuhan awalan “ter-” membentuk kata kerja.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Forensik: Cap Jari Suspek pada Mayat ialah “Semasa pemeriksaan bedah siasat, bahagian luar mayat diperiksa.” Kata dasar bagi diperiksa ialah “periksa” dan menerima pengimbuhan awalan “di-” membentuk kata kerja.
2.2 Kata Terbitan Berakhiran
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ialah “Sekiranya sudah mempunyai rambut berwarna kelabu atau putih, tompokan kawasan yang botak akibat kehilangan pigmen akan lebih ketara.”. Kata dasar bagi tompokan ialah “tompok” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” membentuk kata nama terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Klimatologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “perubahan iklim boleh difahami apabila perubahan kitaran air dan cuaca dunia menjadi lebih ekstrim dan sukar diramalkan.”. Kata dasar bagi kitaran ialah “kitar” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” membentuk kata nama terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Klimatologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “perubahan iklim boleh berlaku secara semula jadi, iaitu di luar kawalan manusia.”. Kata dasar bagi kawalan ialah “kawal” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang ialah “gabungan nama spesies tenuifolium pula bermaksud daun yang nipis.”. Kata dasar bagi gabungan ialah “gabung” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” membentuk kata nama terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang ialah “selain digunakan secara meluas dalam masakan, bunga lawang juga digunakan dalam pembuatan minuman keras, pembuatan ubatan bagi mencegah penyakit influenza dan digunakan untuk menghentikan peredaran darah di bahagian tumor.”. Kata dasar bagi masakan ialah “masak” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah “Senduduk ialah tumbuhan semula jadi di kawasan benua Asia dan kepulauan Pasifik yang beriklim tropika dan sederhana.”. Kata dasar bagi perkataan tumbuhan ialah “tumbuh” dan menerima proses pengimbuhan akhiran “-an” lalu membentuk kata nama terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah “Kedudukan papan dilaraskan supaya botol tersebut menerima aliran air daripada takungan secara sekata hingga luka mula terbuka.”. Kata dasar bagi perkataan aliran ialah “alir” dan menerima proses pengimbuhan akhiran “-an” lalu membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Forensik: Cap Jari Suspek pada Mayat ialah “terdapat beberapa faktor luaran yang menjadi penghalang proses menimbulkan cap jari dari permukaan kulit manusia.”. Kata dasar bagi luaran ialah “luar” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” lalu membentuk kata nama terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berakhiran dalam artikel Forensik: Cap Jari Suspek pada Mayat ialah “pihak polis menjalankan siasatan awal terhadap mayat dan keadaan di sekitarnya”. Kata dasar bagi siasatan ialah “siasat” dan menerima pengimbuhan akhiran “-an” lalu membentuk kata kerja terbitan.
2.3 Kata Terbitan Berapitan
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ialah “Sementara ratu marie antoinette menunggu di pelaksanaan di dalam sel, kebanyakan rambutnya mula bertukar gelap.”. Kata dasar bagi pelaksanaan ialah “laksana” dan menerima pengimbuhan apitan “pe-...-an” membentuk kata nama terbitan.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan berapitan yang berada dalam artikel Sains Kesihatan: Sindrom Marie Antoinette ialah “Penyakit autoimun ini menyebabkan kehilangan pigmen pada kulit seseorang dan menjadikan kulit si penghidapnya mempunyai tompokan putih yang ketara.”. Kata dasar bagi menyebabkan ialah “sebab” dan menerima pengimbuhan apitan “me-...-kan” membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Klimatologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “Perubahan iklim boleh difahami apabila perubahan kitaran air dan cuaca dunia menjadi lebih ekstrim dan sukar diramalkan.”. Kata dasar bagi perkataan difahami ialah “faham” dan menerima proses pengimbuhan apitan “di-…-i” lalu membentuk kata nama terbitan.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Klimataologi: Kesan Perubahan Iklim ialah “Program kemampanan alam sekitar juga turut dimuatkan dalam kurikulum sekolah agar para pelajar dapat menghubungkan pembelajaran di dalam kelas.”. Kata dasar bagi perkataan pembelajaran ialah “belajar” dan menerima proses pengimbuhan apitan “pem-…-an” lalu membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang “Ciri lain yang boleh dilihat pada Illicium tenuifolium ialah batang pokok yang sedikit menggerutu dan berwarna kelabu kehijauan dengan tompokan putih dan isi kulit dalamnya berbau.”. Kata dasar bagi perkataan kehijauan ialah “hijau” dan menerima proses pengimbuhan apitan “ke-…-an” lalu membentuk kata adjektif terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Frim Pelestarian Hutan: Bunga Lawang ialah “Antara ciri lain yang membezakan Illicium tenuifolium daripada spesies lain ialah daunnya yang bertekstur seperti kertas serta nipis dengan bahagian tepi daun yang tidak bergerigi. Kata dasar bagi perkataan membezakan ialah “beza” dan menerima proses pengimbuhan apitan “mem…-kan” lalu membentuk kata adjektif terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah “Melalui kajian oleh Sunilson et el. pada tahun 2008, ekstrak senduduk didapati berupaya menyembuhkan luka dengan lebih cepat.”. Kata dasar bagi perkataan menyembuhkan ialah “sembuh” dan menerima proses pengimbuhan apitan “men-…-kan” lalu membentuk kata kerja terbitan.
Contoh lain ayat pembentukan kata terbitan dalam artikel Botani: Senduduk Yang Bermanfaat ialah ““Pemerhatian yang dijalankan selama 14 hari menunjukkan bahawa tiada sebarang kesan toksik terhadap tikus dan kematiannya.”. Kata dasar bagi perkataan dijalankan ialah “jalan” dan menerima proses pengimbuhan apitan “di-…-kan” lalu membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Forensik: Cap Jari Suspek pada Mayat ialah “Apabila menggunakan kaedah ini, bilik bedah siasat perlu memiliki satu penutup khas untuk menutup bahagian mayat yang ingin diuji atau ditimbulkan kesan cap jarinya” Kata dasar bagi perkataan memiliki ialah “milik” dan menerima proses pengimbuhan apitan “me-…-i” lalu membentuk kata kerja terbitan.
Contoh ayat pembentukan kata terbitan berapitan dalam artikel Forensik: Cap Jari Suspek pada Mayat ialah “kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan serbuk cap jari magnetik.”. Kata dasar bagi menggunakan ialah “guna” dan menerima pengimbuhan apitan “meng-...-kan” lalu membentuk kata kerja terbitan.
KESIMPULAN
Bahasa Melayu ialah bahasa aglutinatif di mana imbuhan ditambahkan pada kata dasar untuk mengubah fungsi kata dasar dalam ayat atau menukar maknanya kepada sesuatu yang berkaitan dengan kata dasar dan menjadi kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Contohnya, kata dasar minuman (kata kerja) yang ditambahkan pada imbuhan -an sehingga berubah bentuk menjadi minuman (kata nama).
Imbuhan mempunyai beberapa fungsi. Fungsi yang pertama ialah untuk membentuk kata nama. Kata nama ialah perkataan yang merujuk kepada benda, manusia, haiwan dan konsep. Kata nama ini sangat penting dalam ayat, kerana ia digunakan sebagai subjek. Bagi ciri-ciri kata nama pula, ia biasanya berfungsi sebagai subjek, objek dan pelengkap sekiranya predikatnya ialah kata kerja, diikuti oleh kata adjektif dan tidak boleh ditambah dengan kata tidak. Selain itu, membentuk kata kerja. Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang. Kata kerja mempunyai ciri, termasuk fungsi utama sebagai predikat, makna sebagai proses atau keadaan, makna sebagai keadaan dan tidak boleh digabungkan dengan kata keterangan.
Membentuk kata adjektif juga merupakan fungsi imbuhan. Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menukar kata nama atau kata ganti untuk menjadikannya lebih spesifik. Kata adjektif ini boleh menerangkan kuantiti, kecukupan, susunan, kualiti dan menekankan sesuatu perkataan. Seterusnya, fungsi imbuhan juga ada membentuk kata bilangan. Nombor ialah perkataan yang digunakan untuk mengira bilangan makhluk (orang, haiwan atau benda), urutan dalam satu siri nombor. Kedudukan kata nama biasanya sebelum kata nama untuk memberikan maklumat berkaitan bilangan.
Tambahan lagi bagi fungsi imbuhan ialah kata adverba. Kata yang digunakan untuk memberikan keterangan dalam sesuatu ayat, baik kata keterangan tempat, waktu, alat, sebab akibat dan lain-lain. Kata adverba ini berfungsi untuk menerangkan perkataan sebelum atau selepasnya dalam ayat. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kata keterangan ini mengandungi satu perkataan, bukan frasa atau klausa.
Berdasarkan 5 artikel yang dipilih terdapat banyak kata terbitan yang dapat dianalisis dan dikumpul. Antara kata terbitan yang dijumpai ialah kata terbitan berawalan sebanyak sepuluh imbuhan awalan. Kata terbitan akhiran yang dijumpai hanya satu. Kata terbitan berapitan yang dijumpai juga adalah sebanyak sepuluh.
Kesalahan imbuhan pada sesuatu penulisan akan menyebabkan penulisan itu tidak dapat menyampaikan makna ayat itu seperti mana yang ingin disampaikan. Hal ini kerana perubahan suatu bentuk kata itu apabila mengalami proses pengimbuhan akan memberi kesan terhadap perubahan makna gramatikal dan makna konteks satuan ayat tersebut. Tambahan pula, kajian mendapati bahawa terdapat kata yang tidak mempunyai makna selepas mengalami proses pengimbuhan serta tidak menggunakan imbuhan pada kata dasar yang sepatutnya menerima imbuhan bagi menyampaikan makna ayat tersebut.
Comments
Post a Comment