Menurut rajah 1 merupakan jantina yang menjawab soalan selidik tersebut. Antara 156 orang responden, jumlah pelajar perempuan adalah lebih banyak daripada jumlah pelajar lelaki. Data ini menunjukan pelajar perempuan memperolehi bilangan seramai 98 orang (61.50%) manakala pelajar lelaki memperolehi bilangan 58 orang (38.50%).
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan institusi pengajian tinggi awam yang lain. Rajah 2 memaparkan tahun pengajian mereka, sama ada tahun 1,2,3. Kekerapan pelajar tahun 2 adalah paling tertinggi iaitu sebanyak 110 orang (70.5%) responden. Seterusnya diikuti dengan responden tahun 3 adalah seramai 38 orang (24.4%) responden. Antara tiga tahun pengajian yang di senaraikan dalam soal selidik, bilangan responden pelajar tahun 1 adalah paling rendah iaitu seramai 8 orang (5.1%) responden.
Rajah 3 menunjukkan bangsa responden kajian ini yang dikategorikan kepada 3 bangsa utama iaitu bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india dan bangsa lain-lain. Kekerapan reponden berbangsa Melayu merupakan kekerapan yang paling tinggi dalam kajian ini, iaitu seramai 129 orang (82.70%) responden dan seterusnya ialah kekerapan pelajar berbangsa Cina, 13 orang (5.80%) responden. Seterusnya, kekerapan bagi pelajar berbangsa India adalah seramai 9 orang (5.80%) responden. Dalam kajian ini pengkaji menerima responden yang paling rendah adalah dari pelajar yang berbangsa lain-lain iaitu seramai 5 orang (3.20%) responden yang terdiri daripada bangsa Bugis seramai 2 orang, bangsa Rungus, bangsa Siam, bangsa Dusun sama-sama mencatatkan bilangan responden seramai seorang
Rajah di atas menunjukkan peratusan Iklan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) yang kerap ditonton. Terdapat 19 organisasi jenis iklan PSA. Berdasarkan rajah ini, pengkaji menganalisis PSA yang paling kerap ditonton adalah TV3 iaitu sebanyak 106 orang (67.9%) diikuti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dengan 44 responden (28.2%). Hanya 1 orang (0.6%) yang menyatakan lain-lain seperti 8TV dan Petron adalah Iklan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) yang kerap ditonton.
Jadual 1 menunjukkan kesan Mise-En-Scene dalam Iklan pesanan masyarakat (PSA) oleh organisasi. Terdapat 17 organisasi yang diukur kajian kuantitatif ini, termasuklah kategori “lain-lain”. Merujuk kepada jadual 1, min kesuluruhan kesan Mise-En-Scene dalam Iklan pesanan masyarakat (PSA) ialah 3.76 sementara sisihan piawai kesuluruhan adalah 0.667. Berdasarkan hasil kajian, organisasi yang paling menunjukkan kesan Mise-En-Scene dalam PSA ialah Petronas dengan min 4.07 dan sisihan piawai 0.836. Dapatan ini diikuti oleh SPRM dengan min 3.99 dan SD 0.839. Seterusnya, yang paling rendah ialah organisasi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan min 3.65 dan SD 0.955.
Jadual 2 memaparkan 9 item yang diagihkan kepada responden untuk mendapatkan pengukuran data perubahan emosi dan tingkah laku penonton selepas menonton iklan PSA. Secara keseluruhannya, min hasil kajian ini adalah 3.86 manakala sisihan piawai adalah 0.670.
Hasil kajian mendapati item yang paling tinggi ialah “saya tidak berpuas hati apabila iklan PSA itu ditunjukkan separuh dan akan bersambung kemudian.” (Min 4.17; SD 0.888). Pengkaji mendapati sesetengah penonton gemar menonton iklan yang ditayangkan dalam informasi yang lengkap tanpa memerlukan tayangan tambahan untuk menyampaikan mesej.
Seterusnya, “persekitaran dalam PSA turut mempengaruhi emosi dan tingkahlaku saya” merupakan item sederhana dengan (Min 3.81; SD 0.958). Item yang terendah di antara 9 item yang tersenarai ialah “saya seringkali rasa bersalah apabila tidak mengikut saranan seperti PSA yang ditonton.” iaitu (Min 3.62; SD 0.967). Kebanyakan penonton di Malaysia sedar akan perbuatan yang dilakukan oleh mereka adalah salah di sisi undang-undang akan tetapi mereka enggan berubah dan terus melakukan kesalahan. Sebagai contoh, segilintir masyarakat masih lagi membuang sampah di merata-rata tempat walaupun mesej kesedaran telah disampaikan berulang kali kepada mereka.
Bahagian ini menunjukkan pemahaman dalam makna plot cerita PSA. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati item yang tertinggi daripada 8 item yang tersenarai ialah “plot cerita PSA yang ringkas tetapi bermakna menjadi pilihan utama saya” (Min 4.19; SD 0.836). Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan penonton lebih memahami mesej yang disampaikan secara terus berbanding dengan mesej yang ditujukan secara kiasan atau tersirat. Sebagai contoh, iklan PSA mengenai kepentingan alam sekitar. Seterusnya, item “sebuah PSA yang baik seharusnya mempunyai permulaan, klimaks dan pengakhiran yang gembira” tercatat sebagai item sederhana dengan (Min 4.01 ; SD 0.820). Di samping itu, item terendah ialah “kebiasaanya, saya membuat kesimpulan awal terlebih dahulu apabila saya menonton PSA” dengan (Min 3.88 ; SD 0.997). Berdasarkan penyataan di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa segolongan penonton menjangkakan bentuk mesej yang sering kali ditayangkan apabila diuar-uarkan di platform media sosial.
Bahagian ini memaparkan perhatian responden terhadap PSA. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti item yang tertinggi adalah “Audio visual yang menarik membuat saya menoleh segera kepada iklan PSA yang ditayangkan” (Min 4.11 ; SD 0.816). Fenomena ini dapat dibuktikan bahawa para penonton amat tertarik dengan audio yang menarik perhatian serta penghasilan visual yang kreatif seperti menggunakan audio dan visual yang rancak bersesuaian dengan peredaran zaman kini. Seterusnya, item yang dapat dikategorikan sebagai item sederhana adalah item “Saya akan cuba memberikan sepenuh perhatian kepada PSA yang saya sedang lihat” (Min 3.99 ; SD 0.865). Diikuti dengan item yang terendah dalam item-item tersebut adalah “Saya memberi perhatian hanya kepada PSA yang mempunyai artis dan pelakon terkenal sahaja” (Min 3.40 ; SD 1.206). Berdasarkan statistik diatas, pengkaji bersetuju bahawa sesebuah iklan itu tidak memerlukan khidmat daripada orang-orang ternama mahupun artis terkenal untuk menyampaikan mesej kepada masayarakat. Tumpuan utama kebanyakan penonton terletak pada isi mesej tersebut dan bukannya pada penyampai semata-mata.
Bahagian F ialah bahagian terakhir untuk responden menjawab. Terdapat 8 item yang dapat disenaraikan oleh pengkaji. Berdasarkan kajian yang dilakukan, “PSA membantu masyarakat menjadi lebih prihatin dan berwaspada terhadap sesuatu perkara itu” menjadi item tertinggi (Min 4.13; SD 0.788). Pengkaji beranggapan bahawa info yang disampaikan melalui PSA dapat memberi kesedaran dan mengubah mentaliti sesebuah masyarakat agar lebih bertanggungjawab. Selain itu, item sederhana ialah “persepsi saya terhadap sesuatu isu itu berubah apabila saya menonton PSA” dengan (Min 3.87; SD 0.900). Item terendah “kadangkala persepsi saya semakin menjadi negatif apabila PSA itu tidak bagus dan menarik” dengan (Min 3.72; SD 1.087). Hal ini dikatakan demikiran kerana terdapat segilintir penonton yang tidak menggemari iklan PSA yang berunsur sindiran serta tayangan visual video yang tidak menarik. Sebagai contoh, penggunaan audio yang tidak selaras dengan tema PSA yang hendak disampaikan.
Comments
Post a Comment