Just my night thought
Well, kehidupan kita sering dipenuhi dengan kecantikan, keindahan dan kelebihan orang lain sampai kita tak nampak kelebihan diri sendiri pastu timbul perasaan dengki dan iri hati tengok orang lain.
Pasal head to toe orang lain pun nak condemn. Dah baka dia cantik memanglah dia cantik. Rambut perang licin. Kening terbentuk. Mata hazel ke light brown ke dark brown ke lantaklah. Hidung mancung. Lesung pipit. Dagu lekuk. Kuku runcing. Semua tu kelebihan diri dia. Mungkin dia cantik fizikal dan kurang dalam perkara lain bukan bermakna boleh judge dia sesuka hati. Semua orang diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi tidak perlulah kita menghakimi orang. Cakap dia macam ni or macam tu. Tak kisahlah ada jawatan tinggi sekali pun, jangan sesuka hati buat orang lain macam tu.
And tolong jangan body shaming orang lain. Mungkin niat nak bergurau tapi pernah tak fikir perasaan orang yang kena gurauan tu. Kalau gurauan tu untuk menyedarkan dia untuk berubah just nasihat je lah tak perlu menyindir dan mengejek. Benda boleh terus terang tak perlu berkias sampai menyakitkan hati orang lain. Come on lah. Dah nak habis 2020 dah pun. Berubah jadi orang yang lebih baik. Tak perlu jaga tepi kain orang. Tak perlu menghakimi orang lain. Tak duduk dalam tempat dia jangan nak cakap sesuka hati.
Kita selalu rasa diri kita baik sangat sampai bandingkan diri kita dengan orang lain tapi sebenarnya kita lagi teruk sebab orang yang baik dia tak bandingkan diri dia dengan orang lain. Doakan sahaja orang tu untuk berubah jadi baik. Tak perlu tegur di public. Tegurlah secara personal. Jaga aib orang seperti mana jaga aib sendiri.
Comments
Post a Comment