Assalamualaikum!
WARNING! IT'S GOING TO BE LONG
Sorry, ingat nak cerita pasal pengalaman form 6 semalam tapi celcom buat hal. nak jawab online test pun xleh. kena pakai wifi. google apps semua tak boleh buka semalam. hurh. twitter, instagram facebook n tik tok elok je. sampai nak buka gmail, google classroom, youtube memang tak boleh langsung. bukak twitter tengok memang ramai marah line celcom. kesian dekat student yang odl lah. nasib cikgu faham.
ok panjang pulak mengadu hehehe.
So dalam entry, saya akan ceritakan kenapa saya boleh masuk form 6. okay saya ambil tingkatan 6 di SMK Hulu Kelang. masuk form 6 pun sebab memang yakin tak dapat upu. yalah, masuk sains tulen dulu kat SMK Seri Keramat pun sebab result PT3 okay tapi tak boleh bawak pun masa SPM. Masuk sebab tak tau nak pergi mana. course untuk SPM masa tu banyak. kalau pindah sekolah, sayang lah pulak sebab dari tingkatan 1 sekolah situ. lagipun kesian kat parents nak uruskan hal perpindahan. cikgu-cikgu pun ada yang cerita pengalaman masuk form 6 masa sebelum SPM so dari situ dah ada keinginan nak masuk. macam best je en. sebab fikir tak banyak pakai duit. just bayar yuran n buku teks.
habis kerja 3 bulan dari 10/1/2019-31/3/2019 kat taska memang tunggu je lah result upu. isi upu pun lepas dapat result spm. so memang tak banyak pilihan pun sebab result spm teruk sangat. memang menyesal gila tak belajar betul2. masa tu mama dah offer nak tuisyen tak. tapi sebab kesian mama banyak benda nak kena bayar so takpelah belajar sendiri je n kalau tak faham tanya kawan-kawan n cikgu. tapi sebab pemalu sangat memang tak tanya pun. betullah orang kata, malu bertanya sesat jalan. huhu. tapi takpelah nasib baik subjek favourite sejarah dapat A solid. so memang buat persediaan je lah lagi 2 bulan nak masuk form 6 sambil buat jugak rayuan untuk upu. masatu memang banyak lah ipts offer like iic, kym, ypc, utp, kuim n lain2 tapi sebab duit en. gaji kerja taska pun tak banyak sebab buat lesen kereta yang still tak buat test jpj sebab covid ni lah.
16 APRIL 2019
Masatu kat rumah, check dapat tak masuk form 6 sebab manatau ke en kelayakan dia ketat ke. tengok2 Alhamdulillah dapat dekat SMK Hulu Kelang. memang yang from SMK Seri Keramat akan dapat kat SMK Hulu Kelang kalau untuk course sains sosial. kalau yang dapat science stream maybe dapat kat smk gombak setia. terus hantar surat tawaran kat mama suruh print. sijil2 pun dah siap sedia letak dalam fail. semangat pulak hahaha.
2 MEI 2019
Akhirnya hari yang ditunggu. datang dengan abah pergi daftar kemasukan. masatu tengah puasa ganti sebab nak ramadan masatu. teruknya perangai baru nak ganti puasa masatu. sebelum pergi sekolah tu, teman abah makan kat petron treats urgh terliur masatu bau nasi lemak n cucuk2. abah pun bebel apahal puasa time macamni. tulah baru nak ganti. sampai sekolah tu memang ada dah upper 6 yang menyambut kedatangan lower 6. terus daftar ikut sekolah masa spm dulu pastu dapat kad nama yang tulis atas kertas pastu kepit kat tudung tu. masa tu lah dengar taklimat, sesi suai kenal. best lah masatu. tak fikir abah tunggu kat kantin hahaha. nasib abah okay masatu untuk tunggu. dapat roti sosej n air mineral waktu daftar. Bayar yuran pibg (RM50), bayaran orientasi (RM130 smth) (idk if other sch kena bayar ke untuk bayaran orientasi) n koperasi (RM5.50) KOPERASI TU MACAM ADA MACAM TAK DE JE. masatu dapat jugak file yang dalam tu ada peraturan sekolah,lagu, jadual program orientasi(2weeks maybe) n pakej subjek.
seronok lah time orientasi 2 minggu tu sebab macam2 buat. musical chair, explorace, nyanyi lagu, dengar taklimat setiap subkek, koko, kerja kursus, buat soal selidik kerjaya, n macam-macam lagi. thanks to upper six yang sporting buat macam-macam untuk lower six masatu.
PAKEJ YANG DITAWARKAN:
6 Lestari 1 dan 6 Lestari 2:
-Pengajian Am
-Bahasa Melayu
-Sejarah
-Seni Visual
-MUET
6 Lestari 3:
-Pengajian Am
-Bahasa Melayu
-Ekonomi
-Pengajian Perniagaan
-MUET
so saya amik kelas 6 Lestari 3. oh ya kalau lower 6 panggil Lestari. Upper 6 panggil Bestari.
KEISTIMEWAAN PUSAT TINGKATAN 6 SMKHK:
-Guru berpengalaman
-Bangunan asing daripada pelajar arus perdana
-Kelas kondusif
-Nisbah guru:murid kecil
-Smart casual
-Ada mini library
-Bilik Kuliah Cendekia yang luas
KELEBIHAN F6 (STPM BARU)
1.Setaraf diploma
2.Terus sambung degree
3.Jimat masa(1 1/2 thn)
4.Ulang subjek gagal(boleh repeat exam sem 1 n sem 2 kalau xpuas hati-bayar rm50/subjek)
5.Yuran murah-PIBG RM50, MUET RM101
6.KK & Viva- 20-30% kepeutusan stpm diperoleh drpd tugasan KK
7.KOKO-banyak aktiviti untuk senang dapat UPU
8.MUET-diajar dlm PdP
form 6 ni tak payah mohon. memang semua dapat kecuali kalau nama tu terpilih untuk masuk matriks. form 6 ni sekejap je 1 tahun setengah. 6 bulan untuk 1 sem. so 3 sem je form 6 ni. exam dia pun tak macam spm yang akhir tahun baru jawab. exam setiap sem setiap akhir 6 bulan. so exam sem 1 n sem 2 je boleh repeat. jangan takut nak repeat. mana tau lepas repeat result tu makin naik ke.
OKAY TU JEE. APA2 BOLEH COMMENT KAT BAWAH. SORRY PANJANG N KALAU TAK FAHAM BAGITAU JEE
Comments
Post a Comment