Pengalaman Kerja Butik Fesyen Rasa Sayang Cuti Semester 1 STPM

 ASSALAMUALAIKUM!

So dalam entry ni, saya akan ceritakan pengalaman kerja butik semasa cuti semester 1 STPM 24 NOV 2019-01 JAN 2020. masa habis paper ekonomi last tu discuss dengan classmate nak cari kerja masa cuti sekolah en sebab cuti start hujung bulan 11 sampai bulan 12 so kalau ada kerja kosong on je lah sebab time tu memang dah give up memang rasa kena repeat paper ni. first time amik eko n pp memang tak boleh bawak. itulah, latihan pun tak buat banyak. sekarang memang selalu buat nota ringkas, mind map bagi colourful semua sebab dah amik pengajaran tak study betul-betul en.

20 NOV 2019

habis paper eko tu terus pergi melawati mall minta kerja dekat butik, village grocer, banyak lagi. keluar melawati mall cari kerja gak dekat sekitar melawati try tanya kedai bunga n kedai jual barang sambutan hari jadi pastu balik tu memang whatsapp semua nombor yang sempat screenshot tanya kerja kosong ada lagi tak. pastu malam tu dapat reply whatsapp dari butik kat melawati mall yang suruh datang interview bawak resume esoknya.

21 NOV 2019

pagi tu pun datang melawati mall abah hantar sekali staff kat mm cakap bukan cawangan kat situ cawangan dia dekat wangsa maju. ha sudah. kenapa tampal iklan dekat butik mm. terpaksa cancel kerja tu. lepastu tunggu classmates cari kerja sama-sama dekat aeon big, like butik baju sekolah, kedai kasut, cashier aeon big macam tu. pastu pergi wangsa walk dengan abah n try minta kerja dekat F.0.S n bahagian tesco. 

22 NOV 2019

keluar dengan pirlida. gi giant minta kerja jugak n sekitar taman permata macam kasis n butik pun. memang last lah haritu nak cari kerja sebab 3 hari straight keluar cari kerja. penat tau. last kat butik lepas try kat kasis tu. okaylah suruh tulis nama nanti dia call. dah tak nak letak harapan sebab siapa je nak student yang kerja sebulan en. tapi masatu macam ada harapan je dekat butik tu sebab staff betul-betul tanya memang sebulan je dorang nak. memang bersungguh-sungguh lah cakap saya okay sebulan je. siap berdoa masa isi nama. tapi tak nak lah tinggi sangat harapan.

23 NOV 2019

petang tu bosan kat rumah tiba-tiba butik yang kat taman permata tu call tanya dah ada kerja ke cakaplah belum. dia tanya nak kerja tak bila boleh start. terus cakap esok pun boleh. suruh datang pukul 10 boleh pakai baju hitam or putih. masatu memang dup dap alhamdulillah. terus bagitau parents cerita dapat kerja.

24 NOV 2019

pagi-pagi tu tunggu dekat food court giant nampak dah staff butik tengah makan tapi malu nak pergi dekat pastu dorang sendiri panggil duduk sama-sama. rasa terharu pulak. pastu bukak butik sapu sampah mop lantai lap tingkap susun barang. okaylah senang je kerja. lepastu belajar kira stok, cara layan customer-kena cakap selamat datang rasa sayang. belajar cara betul lipat seluar, gantung seluar slack-part ni susah sebab kalau masa tengah sibuk huish lagilah kalau ada customer yang buka hanger tu. masa kerja dari pukul 10 am - 10 pm. rehat 1 jam. 1 jam rm5 sebab part time kan. kalau bulan 12 nanti balik lagi lambat macam pukul 11 sebab bukak khemah depan tu jual baju sekolah.

sepanjang kerja situ best sebab staff baaaaaaik sangat. macam kakak sendiri dah. thank you to kak su, kak sarah, kak aida, supervisor, boss, ayu, aina n iqin. i loveee you guys so much. baik sangat belanja makan pizza, tealive, ice cream, yogurt n buah. time birthday pun bagi hadiah. best jugak sebab adik kerja dekat kasis so waktu rehat boleh jumpa makan sama-sama. masatu tak dapat gaji lagi so selalu bawak bekal je.

paling best buat kerja tampal harga n kira stock sebab boleh duduk sorang-sorang kat atas tu. tak payah serve customer hahaha. bukan malas tapi sebab pemalu en so suka kerja belakang tabir je. boleh dengar lagu. sepanjang kerja situ dapat komisen ikut keuntungan. lepastu dapat belajar serve customer, belajar handle stock. masatu baru sedar kalau takde niat nak beli jangan masuk kesian staff. dulu tak fikir pun. lepastu sedar jangan suka-suka punggah-punggah. kerja ni memang menyedarkan diri sendiri jugaklah. dengan tak boleh duduk lagi-lagi kalau jaga khemah. huish penat. 

pergi kerja pagi-pagi dengan mira naik bas balik abah amik sebab bahaya en balik malam naik bas. gaji bulan 11 dapat RM300. gaji bulan 12 dapat RM1700 plus sebab tambah overtime n komisen. dapatlah beli laptop, repeat paper, bayar yuran, beli buku. Alhamdulillah. okayy tu je pengalaman kerja sebagai pembantu butik di Fesyen Rasa Sayang Taman Permata from 24 Nov 2019 to 01 Jan 2020.

pengalaman kelakar pernah terhantuk tangga lipat masa ambik stok, tak reti keluarkan duit from debit card sebab baru first time buat bank hahaha dengan diganggu orang kurang waras. kawan-kawan pun datang shopping baju. mama pun beli baju kat sini. sebab ada promosi second item RM9.90 jerr. saya lak beli seluar slack, kemeja biru n beg sekolah.




      
ni kerja bahagian atas. tak de lampu n kipas. tapi boleh dengar lagu kuat-kuat hahaha



ni kerja bahagian khemah. banyak promosi. beg pun murah. best sekolah beli sini.








nilah staff Fesyen Rasa Sayang Taman Permata

ni part time yang lepasan spm lagi tinggi daripada 2 orang form 6 huhuhu


Comments