PENGALAMAN KERJA TASKA LEPAS SPM

 ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM!

    entry untuk malam ni nak cerita pasal pengalaman kerja lepas spm. memang dah plan last paper spm esok pulangkan buku terus cari kerja dengan kawan-kawan tapi sebab paper untuk student science stream habis lambat so banyak kerja kosong telah diisi oleh student seni. pergi melawati mall pun ada kekosongan tapi suruh isi nama nanti dia call. tapi tak call pun. semua nak yang umur 18 tahun tepat-tepat. nasib baik birthday bulan 1. kalau yang birthday dia lambat macam mana. so disebabkan takde jugak jawatan kosong, mereputlah kat rumah sambil contact senior tanya pasal stpm kat SMKHK. lepastu tiba-tiba mama whatsapp suruh kerja esok dekat taska dulu pernah duduk. hahaha. mula-mula ingat nak kerja mall tau dengan kawan-kawan tapi bilanya nak ada call tunggu sampai bulan satu pun takde orang call. so terima je lah dengan hati terpaksa pergi jumpa teacher yang pernah ajar n owner tadika n taska pernah duduk dulu. dulu nakal gila waktu tadika hahaha. teacher hantar dah kat rumah tapi bukan nak naik atas main kat bawah sampai bibik call mama cakap tak balik lagi pastu teacher siap datang balik tengok tengah main bawah rumah dengan jiran. tak pasal-pasal kena bebel esoknya. 


08 JANUARY 2019

    semangat datang kerja tu awal kul 730 dah sampai nak jumpa boss. dekat je taska tu dengan rumah. sebelah apartment. jalan kaki 10 minit dah sampai. tengok tadika pun tak buka lagi. taska buka je pastu tanya teacher kat taska tu bila teacher bibah datang. pukul 8 rupanya. hmm terpaksa lah tunggu. lepastu boss pun datang cerita pasal tugasan kerja semua tu pastu tanya bila boleh start kerja. esok boleh ke? tapi esok birthday kottt takkan nak kerja nak buat ic baru lagi alang-alang belum masuk uni lagi. pastu cakaplah 10 haribulan boleh. pastu kenalkan diri dekat teacher yang jaga taska. masuk kerja pukul 7 pagi sampai 630 petang. hari sabtu kerja tapi gilir-gilir. ada ot. kena masakkan ikut giliran, kena jaga budak, bagi makan, mandikan semua tu.

10 JANUARY 2020

    bermulalah kerja pertama huhu. takut wo kalau buat salah tapi sebab first day just tengok je kena buat apa. pagi-pagi datang kalau bukan turn masak kena mandikan budak-budak yang parents hantar tak sempat mandi. wuish mencabar wo. budak baru bangun tidur tengok orang baru hmm memang menangis lah terkejut. agak lama penerimaan diaorang masa tu hahaha. lepastu make sure budak-budak okay. kalau baby tu kasi tidur je dulu. pukul 730 macam tu budak-budak tadika duduk dulu kat taska tunggu teacher bukak tadika. rupanya kena masakkan untuk budak-budak kat tadika n taska. nasib tak banyak. bising gila bila budak tadika n taska bergabung. dengan berlari-larinya huish. betullah cikgu cakap, kerja cikgu memenatkan. mari hargai guru-guru. bila budak tadika semua dah masuk tadika okay lah dah senyap. pastu teacher hada yang jaga taska tu pun cerita tugasan kena buat. okay lah. kalau baby bangun bagi mandi pastu bagi susu. pukul 8 bagi makan pagi. pukul 12 tukar pampers bagi makan tengah hari pastu jaga budak sekolah agama nak pergi sekolah rendah. pukul 1 bagi budak tadika yang stay taska makan. so ada me time lah pukul 1.30 sampai pukul 4. pukul 4 buat makan petang. bagi teh or milo dengan biskut or kek pisang. tengok tv sambil tunggu parents amik. 


kalau overtime ikut budak mana yang selalu balik lambat. selagi budak tak balik kena tunggu. 1 jam RM6. oklah ambik 2 orang budak je masatu untuk kira overtime. dapatlah tampung gaji rm600 sebulan. ya memang sikit. kesian pulak dekat cikgu taska tapi tempat tinggal n makanan disediakan cuma tulah tak dapat lah nak beli barang kehendak. sepanjang kerja situ memang best. adalah seorang teacher baru je yang tak okay tapi saya luahkan dekat boss alhamdulillah settle lepastu. terima kasih untuk semuanya. sekarang saya dah reti masak sikit-sikit hehe. reti kawal tantrum budak. reti komunikasi dengan parents budak. yup, macam kursus ibu bapa pulak hahaha. masakan breakfast untuk budak-budak tadika pun simple just nasi goreng,bihun goreng,kueyteow goreng n mee goreng. untuk lunch ada ayam masak kicap, ayam masak kurma, sup telur,sup ayam, tom yam. air pun just air teh n air milo. okay lah senang. teacher yang jaga taska pun baik selalu tunjuk ajar, bagi pinjam novel(hahaha dua-dua hantu novel memang cerita pasal novel je), belanja makan. thankyouu kak hada. 

budak-budak pun baik. takde yang melawan or kurang ajar. paling touching masa kena jaga taska lain sebab kekurangan staff. tak jumpa budak-budak tu haih. tapi jaga taska lain jumpa budak-budak lain lagi. eee geram cute je. pastu tengok budak-budak membesar depan mata 3 bulan tu aihh daripada tak reti cakap dah boleh cakap. dari tak reti jalan dah boleh merangkak n jalan siap berlari. haishh. rasa keibuan sangat hahaha. masa isi upu pun gi isi course pendidikan awal kanak-kanak tapi tak dapat. Allah is the best planner.

to Arif, my favourite baby. may Allah bless you. wanna see u so bad but covid is everywhere. hmm.

okay tu je pengalaman kerja pertama as nursery assistant lepas spm 10 jan to 31 march. so siapa yang pernah kerja taska lepas spm boleh share pengalaman korang dekat bawah. mana tau boleh touching sekali hehe. okayy nanti saya share pengalaman kerja masa cuti semester pulak. okayy byee.

Comments