16 Dec 2020

Hari ni macam biasa ada class online. 18 Dec baru cuti sekolah. Hari ni class pengajian perniagaan and pengajian am. Kelas pengajian perniagaan harini buat liveworksheet. Selalu cikgu bagi kerja tengok youtube cikgu karthik sebab ada latihan soalan dekat hujung video. 
Lepastu kelas pengajian am cikgu tak jadi suruh datang sekolah ambil bahan fotostat. Cikgu suruh tengok live i smart interaktif Siri 1 pengajian am kerjasama unit sumber teknologi dan pendidikan ppdks dan msu. Guru penceramah ialah cikgu mazlina dan cikgu sabariza. Alhamdulillah dapat ilmu tentang teknik menjawab setiap bahagian. 

Lepas habis kelas, isi borang bantuan untuk mama. Kesian mama, diberhentikan secara sukarela daripada hotel kerana pandemik. Mama dan abah terpaksa meniaga nasi lemak dari rumah. Simpanan keluarga semakin berkurang. Semoga bantuan dapat mengurangkan beban keluarga kami. Aamiin. Mama teringin nak sambut birthday Atok di kampung. Mama meminta kami semua mengemas pakaian untuk dibawa. Insya Allah 18 Dec kami balik. Saya harap 10 hari je lah. Sebab 30 Dec dah janji dengan kawan-kawan nak pulangkan buku dan ronda-ronda kuala lumpur. Saya harap saya behave dekat kampung nanti. Sebab saya sensitive lebih. Mak cik-mak cik suka persoalkan apa yang saya buat. Saya tau saya kurang dari segala segi tapi saya masih cuba untuk jadi yang lebih baik. 

Oh tadi lunch makan nasi dengan lauk paprik ayam, sup sayur bayam dan ikan goreng. Minum petang, mama buat puding telur mata kerbau. Hehehe nama je puding telur mata kerbau tapi tak pakai telur pun. Jemputlah cuba resipi yang mama ambil di facebook ni. Sedap sangat.
Dinner makan korean pancake je sebab masih kenyang. Tepung korean pancake ni beli dekat eco shop je. Rm2.10. Letak je bawang,daun sup, daun bawang, cili, dan isi ayam. 1 paket dapat banyak keping. Cukuplah untuk 6 orang. 

Comments