17 Dec 2020

Hi, Assalamualaikum 

Sekarang 12.48 a.m Jumaat(18/12/2020) cuti sekolah sudah bermula wohoo. Hahaha. Nak balik kampung lepas subuh nanti dan tak boleh nak tidur sekarang sebab excited. Hahaha padahal dah balik haritu 22 June 2020. 

Harini class bahasa melayu dan ekonomi. Untuk bahasa melayu, macam biasa, cikgu akan bebel (sorry jujur) pasal kerja, pelajar, google classroom, cuti sekolah dan macam-macam lagi. Bila cikgu cakap cuti sekolah nanti cikgu nak bincang pasal kerja kursus dan kerja sekolah, nampaknya kena bawak laptop dan buku sekali lah ni balik kampung. Tak taulah berapa hari. Tapi tolonglah jangan lama sangat. Dah janji dengan kawan-kawan dah huhuhu. Ekonomi pulak macam biasa cikgu suruh buat pembetulan dan penambahbaikan kerja kursus ekonomi. Cikgu ekonomi dan cikgu pengajian perniagaan dan wish happy holiday hahaha. 

Harini breakfast makan roti bun kaya, family husna kasi. Dorang baru balik dari kampung. Nenek meninggal. Mohon sedekahkan al fatihah ya. Banyak family dia kasi, ada roti, keropok ikan legend tu, asam keping, ubi kayu, dan pisang. Lunch mama masak ayam masak lemak cili padi dengan pisang, ikan goreng, ikan masak kicap dan sup sawi. 

Petang tu pergi basuh kereta sebab nak balik kampung kan. Lepas basuh kereta, pergi dobi bubblelite basuh baju dan keringkan sekali. Mesin basuh rosak, saluran paip bocor. Best kat dobi tu kena bukak kasut pastu ada mini playground ada sabun free. Okay lah. Password wifi senang je bubblelite gak hahaha. Sementara tunggu dobi siap, kitaorang makan roti canai dekat restoran haji tapah. Tanya password dia cakap order dulu. Tapi kitaorang dah order makanan sekali dia cakap itulah passwordnya aduhai hahahaha. 

Balik rumah, kitaorang packing baju, buat kuih apam puteri ayu coklat cheese dan apam puteri ayu red velvet cheese, korean pancake dan terung goreng tepung. Nak habiskan stok makanan sebab haritu beli yang 50% takut buruk pulak kang balik dari kampung. 

Huish patutnya tidur dah sekarang. Oh ya, gambar harini jap kat bawah okay

                     balik kampung wohoo

        ilham semasa tunggu cuci kereta 
         Roti Canai Restoran Haji Tapah
Packing baju. Mira satu beg. Saya sampai tiga beg kau hahaha. Beg baju, beg laptop dan buku pastu beg telekung.
kuih apam puteri ayu coklat and red velvet
                   terung celup tepung
                     Korean pancake

Comments