Pergi rumah Mak Long

 19 Dec 2020

    Harini tok buat tepung bungkus. Nak bagi dekat maksu, maktam and maklong. mula-mula pergi kedai kucing kak hanis sebab maksu kerja situ and kak hanis anak maktam so senang lah sekali jalan. Nama kedai Loving Oceng Pet Shop No 5, Taman Suria, Kampung Baharu, 08300 Gurun, Kedah. Singgah lah datang tengok kedai tu kalau ke Kedah. Banyak kucing cute. Harga barang keperluan kucing pun berpatutan.

    Lepastu pergi rumah maklong. Nak pergi rumah maklong tu singgah beli nasi lemak, bubur cha cha, kuih muih andddd vaddai. My favourite. 


                                                                              Vaddai


    
  


                                       Ni bunga dekat rumah Maklong. Banyak lagi sebenarnya. Sayur-sayuran pun ada

Lepas balik dari rumah Maklong singgah gi Eco. Mama sukalah banyak pilihan. Kain anti oil cleaning daripada buluh pun ada. Best. Tok pun amik jugak biskut untuk cucu-cucu dia hahaha. Lepas daripada Eco pergi pasar malam beli kuey teow, ikan and lala.

Comments