mytown

 

Alisya 09 April 2021

 

 Alisya bangun seawal 5 pagi

 

"Eish mana sekolah dah"

Kata Alisya sambil tidur balik.

 

"Eh dah pukul 9, baju tak gosok lagi"

 

Alisya segera bersiap zap zap zap.

Alisya menunggu izza untuk ke lrt sri rampai. Eh ketika menunggu bas t222 ke lrt sri rampai, alisya bergambar sambil berpusing di rumput. Pak tam memandang aneh kelakuan izza dan alisya. Memikirkan bilakah sakit selsemanya sembuh. Pak tam merasa sedih kerana kesakitan hidung yang dialaminya. Pak tam berharap izza dan alisya menyelesaikan masalahnya tetapi mereka berdua mengabaikan pak tam. Izza telah menyepak eh tersepak makanan pak tam. Pak tam dengan marah menyuruh izza mengganti makanannya dengan royal canin

 

Pirlida memecut pantas ke lrt sri rampai setelah diberitahu alisya dan izza telah menaiki bas. Sampai di sana. Alisya membeli air mineral dan air pepsi blackpink jennie serta twiggies. Izza membeli air kotak milo dan roti jagung.

 

Alisya, izza, pirlida dan alya menaiki lrt sri rampai ke lrt pasar seni dan bertukar ke mrt pasar seni lalu turun ke mrt Cochrane.

Sarah berlari dari uni ke Sunway Putra Mall tapi on the way kawan Sarah ingat boleh tumpang tapi Sarah dah sampai. Naik lrt nasib dia ikut Ampang line. Sarah amat lega sebab tak nak kawan Sarah tunggu lama2. Sarah lari macam flash lepas sampai MRT. Tapi masa sampai MRT Sarah confused nak pergi mana Nasiblah betul and sudah sampai dgn buku yg tebal and penat ️Kami berjumpa di surau untuk menunaikan solat zuhur. 

Sampai di my town, pirlida telah menempah kyochon lalu ke surau. Pirlida membeli daboba. Pahit rasanya. Alya membeli boost. Masam rasanya. Kami makan ayam dan nasi dengan jumlah keseluruhan rm144.75

 

Alisya-rm22.15

Pir-rm22.15

Alya-rm31.15

Izza-rm40.15

Sarah-rm29.15

 

Lalu kami masuk ke ikea sambil bergambar di setiap rumah untuk mencari rumah idaman masing2. Sarah terpaksa pulang ke rumah kerana ibunya mencarinya. Kami berpisah di situ.

 

Alisya telah membeli 2 mangkuk yang berharga rm4.90 dan beg ikea rm1.50. Pirlida membeli pasu bunga dan lilin wangi. Alya juga membeli lilin wangi beserta pemegang lilin.

 

Selepas membeli belah di ikea, kami makan meatball rm.18.50 almond cake rm7.90 dan mushroom soup rm4.20. Selepas itu ke surau untuk solat asar dan maghrib. Berlaku pergaduhan apabila sesetengah wanit tidak bertolak ansur untuk bergilir menunaikan solat. Mereka mahu menunggu waktu maghrib.

 

Selepas itu kami pun pulang. Eh belum lagi. Kami ke kedai  nihoon store membeli nabati. Alisya membeli nabati rm1 kerana lapar walaupun makan ayam 8 ketul. Pirlida membeli brownies nabati untuk mengunyah ketika malam. Kami pulang ke rumah.

 

Dari mrt Cochrane ke mrt pasar seni lalu ke lrt pasar seni sehingga lrt sri rampai. Ibu bapa alisya menelefon alisya supaya pulang. Alisya menipu untuk menyelamatkan diri. Jangan contohi Alisya. Izza membeli mr potato kerana berjanji dengan adiknya. Lalu bas t222 pun sampai. Pirlida pulang ke rumah menaiki motor sendirian. Alya berhenti di Jelatek lalu naik grab ke rumah. Alisya menaip di dalam bas sambil pening.

Comments