Assalamualaikum,
Haritu 24 Julai 2021, teman adik vaksin di PPV Axiata Arena.
Lepas tak lama daritu, saya pulak dapat appointment dekat Klinik Antarabangsa
pada 27 Julai 2021 2.30 petang. Tapi, boleh je datang awal sebab kehadiran awal
amat dialu-alukan. Excited gila bila dapat tau nak terima vaksin. Dahlah lama
tunggu dari 24 Februari 2021 pastu baru dapat tau 5 bulan selepas tu. Saya pun
semangat pilih baju hahaha. Pakai shawl putih, tshirt hitam, blazer hitam (tak
sedar Malaysia ni panas hahaha), seluar jeans putih, sneakers hitam dan totebag
shopee.
Pada pukul 12.00 pm saya dan adik saya bersiap. Naik bas
pukul 12.30 pm dan turun di persimpangan Bukit Antarabangsa. Kami berjalan kaki
dari persimpangan itu dan membeli sarapan sebab saya tak makan dari pagi lagi. Saya
membeli air mineral, air hundred plus, chicken curry puff dan tuna puff di
kedai serbaneka Mesraa di stesen Petronas. Adik saya membeli tealive milk tea sebab
dia craving sangat. Lepastu, kami berjalan kaki ke Klinik Antarabangsa. Pada pukul
1.18 pm, kami telah sampai di Klinik Antarabangsa. Saya diberi penerangan dan dikendaki
mengisi borang. Pada pukul 1.41 pm saya telah menerima suntikan pertama vaksin
Pfizer. Kawan-kawan cakap sakit sikit. Tapi bagi saya yang dah lama tak disuntik
ni terkejut jugaklah. Last masa form 3 terima suntikan imunisasi ATT (dos
tambahan vaksin tetanus). Tapi okaylah, jarum dia halus tak tebal pun. Doctor pun
baik sembang-sembang pasal kebaikan vaksin. Pastu siap tunjuk depan mata lagi
berapa ml vaksin tu, lepastu tunjuk masa vaksin dan selepas vaksin. Kemudian saya
duduk dekat tepi, tunggu dalam berapa minit, nurse panggil dan tanya ada rasa
pening or apa-apa tak. Saya okay je. Lepastu bagitau next appointment
Balik tu singgah Giant Bukit Antarabangsa sebab nak habiskan
ewallet touch n go ebelia. Beli maggi, Thai Tom Yam Myojo, coklat Crispy dan Choki-choki.
Pastu beli Takoyaki. Balik naik grab.
Malam makan ramen carbonara dan maggi tom yam Myojo dengan seaweed
dan air oyishi honey lemon tea sambil tengok kdrama Move to Heaven dengan kawan-kawan. Alhamdulillah tak demam. Cuma sakit kat tempat
suntikan je. Tak sabar nak full vaccinated dan bebas berjalan. Aamiin.
Comments
Post a Comment