PENGALAMAN DEMAM DENGGI

denggi ni disebabkan penyakit bawaan nyamuk aedes. gejala start 3-14 hari. gejala demam,sakit kepala, muntah, sakit sendi, mulut hidung berdarah, ruam dan cirit-birit. paling teruk demam denggi berdarah sebab boleh membawa maut. so kalau demam tu cepat-cepatlah jumpa doctor

first time kena denggi masa form 4. uish sakit kalau ingat balik. sakit sendi. ni terjumpa balik diari lama saja nak type balik.

minggu ni exam week. tiba-tiba rasa nak demam lepas celebrate hari guru kat sekolah. rasa mengejut demam ni. tapi still boleh tahan cuma kalau balik sekolah tu memang tidur. tak study sebab memang kalau nak maghrib je rasa sejuk sangat. makan pun tak lalu. waktu collect paper exam, sumpah rasa nak pitam. nak suruh hidayati yang collect tapi still boleh tahan. mama dengan abah tak tau pun demam. abah selalu ambil mama balik kerja so tak de sape nak tengokkan. mira busy dengan pt3. bila hari ahad 21 ogos 2017 bangun-bangun tengok banyak bintik-bintik merah dekat tangan and kaki. bagitau mama, mama suruh abah bawak gi klinik. mama kata macam denggi. abah pun bawak pergi klinik. doctor pun sahkan memang denggi and suruh terus pergi hospital. time tu terfikir ala memang kena duduk hospital ke? esok sekolah ada exam lagi ni. abah pun bawak pergi hospital ampang. tapi sebelum tu abah singgah makan dekat petron. tapi tak lalu nak makan so makan roti gardenia. nasib tak kena marah sebab tak nak makan. 

sampai hospital ampang pukul 11 am. pukul 2pm baru dapat jumpa doctor lepas ambil darah. sekali kena ambil darah lagi. doctor cina perempuan. she keep asking me questions. last period bila? cirit birit tak? muntah-muntah tak? berapa hari demam? dah demam nak expect apa? jawab pun macam tak makan. dahlah sejuk gila sebab tunggu dari pukul 11 am manalah nak jawab dengan semangat. (my bad kalau ingat balik sebab hal nyawa kan) doctor cina tu pun suruh ikut dia pastu suruh baring kat katil. doctors semua berkumpul depan katil and discuss apa entah. diaorang tanya macam-macam jugak and of course still senyap. abah dah lah pergi balik sebab nak bawak baju lepas doctor kata kena admit ward. doctor cina tu sound direct "I wanna ask her father about her behaviour. she's not acting like 16 years old" uish ingat tak faham ke dia cakap apa. kalau ada tenaga dah ajak borak tepi katil tau. orang demam kepala pun pening dah dapat katil memang rasa nak tidur je. doctor semua pelik kenapa badan sejuk sangat. lepastu masuk air, amik darah, x ray, check suhu, ukur berat and tinggi. time tu berat 40kg. pergh mendadak turun. 40 kg tu zaman form 1 kalau tak silap. kalau sekarang hmm jangan tanya 47 kg hahaha. habis sekolah haritu 43 kg. 4kg ni sebab pkp nilah. asyik makan je. oh ya, sebabkan tak larat gila, kena pakai tube kencing. eeee malu. and guess, pukul 10 pm baru dapat masuk ward. maybe katil penuh. nurses yang tolak katil masuk lif. serious macam drama nak beranak pulak hahaha, malu gila. mama dah sampai masatu and bagi bantal. tutuplah muka dengan bantal sebab malu gila. malam tu nangis lah sebab taknak mama and abah balik. dahlah first time sakit sampai masuk hospital sorang-sorang. sebelum ni pernah teman mira je sebab dia terhidu clorox. ni mira tak dapat teman sebab dia pun ada exam. mama bawak sup ketam and bubur. tupun makan 5 sudu je. memang haritu makan roti n bubur je. doctor bagi jug air and kena tulis minum berapa ml. pukul 11 pm mama dengan abah balik. hmm terpaksa tidur sambil menangis.

esok pagi mama dengan abah datang pukul 7 am bawak air hundred plus. lepastu mama sembang dengan orang katil depan minta tolong tengokkan. pukul 8 am mama dengan abah pergi kerja. pukul 10 am ada doctor pratical check. rupa-rupanya dia ex student seri keramat. dia tanya cikgu apa je yang ada kat situ lagi. dia cakap lah dulu guru kelas dia cikgu yaya and dia tak suka addmath. masa form 4 cikgu yaya cuma cikgu addmath je sekali form 5 tu dia jadi guru kelas and i still hate addmath. result spm pun gagal addmath. dia garang pun bersebab. masa form 5 dia pindah sekolah and menyesal sebab tak dengar cakap dia. homework pun kadang-kadang je buat sebab memang tak suka. dahlah asyik jadi target je. (ampun zaman rebel) pukul 11 ada cikgu yang mengajar di hospital datang tanya nak belajar tak and amik course apa kat sekolah. masa tu dalam hati ala kena belajar ke? but u know me, i cannot say no. disebabkan baik sangat so setuju je lah. belajar biologi, bm and english. petang sikit tu dah tak payah pakai tube kencing.. yeayyy. tapi diaorang tak sediakan pun pakaian. pakai jelah seluar sendiri. pukul 6 kut mama datang bawak air bliss yogurt kurma dan gula merah. new flavour sebab nak dekat puasa. apalah alisya oi nak dekat puasa pun boleh demam. macam biasa amik darah lagi. empat kali amik darah dalam sehari. nasib tak pening cuma lebam. start situ dah tau kulit jenis cepat lebam. amik darah tu pun sebab nak check platlet. pastu doctor tukar tempat amik jarum sebab dah bengkak teruk. lepastu tukar bilik lain. angkut semua barang letak dalam trolley. actually patient kena pakai wheelchair tapi tak tau kenapa wheelchair ada 1 je. dahlah 3 pesakit kena pindah ward. kena lah jalan kaki je lagipun dah kuat sikit. pindah ward baru dapat katil tengah. sebelum ni katil hujung. sebelah kanan ustazah sebelah kiri makcik yang sebelum ni katil depan. depan katil ustazah ada budak 13 tahun, bsing gila cari mummy dia. mummy dia pun masuk ward sebab paru-paru berair. dinner tu, mama kopekkan isi ikan. pastu mama and abah balik. malamtu, budak tu bising lagi. dia asyik cakap "jangalah duduk sini. pergilah tempat lain" hmmm orang lain tidur tak dengar ke. takkan lah halusinasi kot. masatu ala dia boleh nampak ke. takut gila. tengok kat katil dia takde apa-apa pun. memang lah takde apa-apa sebab bukan boleh nampak pun. try lah tidur tak nak fikir sangat. pukul berapa entah kena amik darah lagi. doctor cina lelaki kejut. waktu tu mamai terus duduk. dia suruh baring balik pastu tertidur terus.

esoknya lepas breakfast, doctor kasi balik. sempoi je masuk-masuk ward tunjuk-tunjuk je ha boleh balik. yeay masatu fikir dah boleh discharge walaupun not fully recover pun. makan bihun sup dulu kat cafe. balik rumah mama suruh mandi and tidur. petang sikit tu, kawan-kawan mama datang melawat. semua macam "kenapa dah boleh balik, muka pun merah lagi, bintik-bintik ada, badan lesu" husna pun datang. semua tanya macam-macam and dapat duit hihihi. aunty liza (sekarang arwah 😞) datang jugak walaupun baru habis chemotherapy. 

esoknya abah bawak makan dekat restoran pak long ikan bakar. balik tu tengok ada cake cik maziah bagi cake untuk birthday mama 24 may. pukul 3, izza and aida datang melawat, bawak muffin and cadbury. next time tak mau sakit masuk hospital. overall best makanan and servis kat hospital ampang. dengar je trolley makanan semangat duduk walaupun takde deria sangat. sebab makan banyak kali best. kat rumah dinner je selalu. kat sekolah pulak tak sempat nak makan nasi sebab rehat sekejap je. lunch balik sekolah pun kadang-kadang. masatu best sebab abah kerja after a long time. dapat tidur hotel lexis pastu makan kenny rogers and first time dapat duit raya rm50 dari abah hmmm tapi sekejap je abah kerja. masa hbis pt3 sampai habis form 4. hmmm. 

Comments