haritu main twitter ternampaklah post dari jabatan penerangan malaysia. ada pertandingan teka silang kata kenegaraan 16 ogos 2021 sampai 16 september 2021. tengok macam menarik ada macam-macam pertandingan selain teka silang kata. sekarang saya dah sampai siri 3. pertandingan teka silang kata ni sampai 8 siri. tapi saya tak pasti sama ada saya betul-betul dah submit ke belum yang siri 1 tu. internet je slow. harap-harap betul lah dah submit. kalau tak sia-sia ui menjawab berhari-hari. nanti kalau dah lengkap 8 siri saya nak share jawapan kat sini. kut-kut next year ada lagi boleh rujuk jawapan kat sini hohoho. okay tu je :p
Siri 1
MENEGAK
1. Inisiatif kerajaan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan.
moratorium
2. Sinonim dengan Jabatan Penerangan pada tahun 1960an dan 1970an.
wayang pacak
3. Strategi ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.
pelan pemulihan negara
4. Kekerapan Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
dua
6. Negara yang menjadi johan dalam pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau Tahun 2020.
indonesia
8. Aplikasi digunakan untuk membuat pembelian tanpa tunai.
ewallet
9. Suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 billion.
pemerkasa s/ pemerkasa+
11. Isu dan cabaran perpaduan dikategori di bawah Defisit Sosial.
agama
13. Singkatan bagi Jabatan Penerangan Malaysia.
japen
14. Singkatan agensi mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu.
jppp
17. Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke
tiga
MELINTANG
3. Indikator sosial dalam memastikan pembangunan yang holistik dan menepati kehendak pelbagai budaya, ialah indeks.
perpaduan
5. Pakej untuk kelangsungan dan kelestarian penggiat seni dan pemain kreatif negara mendepani impak COVID-19.
prisma
7. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
bahasa melayu
10. “Ringgit” berasal dari perkataan sisi bergigi wang perak yang digunakan secara meluas pada masa dahulu.
sepanyol
12. Aplikasi pendaftaran vaksinasi
mysejahtera
15. Singkatan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.
mapo
16. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.
penjana
18. Singkatan Bahagian di Jabatan Penerangan Malaysia yang bertanggungjawab menghasilkan penerbitan.
bpdn
19. Pembangunan negara yang mesra alam, menekankan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli.
kelestarian
20. Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang diPertuan Agong yang
pertama
21. Pembentangan pada setiap tahun di Parlimen.
belanjawan
Comments
Post a Comment