Berdasarkan video yang diberi, tujuan video ini untuk meraih
simpati, mempengaruhi, mendorong dan menarik perhatian penonton tentang
keindahan Pulau Tuba, Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Dalam video
tersebut, matlamat beliau adalah untuk memaklumkan kepada audiens
tentang sesuatu iaitu keindahan Pulau Tuba yang terletak di Langkawai sebagai
destinasi pelancongan. Melalui video tersebut, retorik pemujukan rasional telah
digunakan kerana bertujuan mempengaruhi pendirian penonton supaya bertindak
mengikut usul dengan menawarkan pelbagai tempat menarik di Pulau Tuba,
Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Pulau Tuba mempunyai kemudahan asas
seperti bekalan elektrik, air, mesin ATM, kedai runcit, dewan, masjid, sekolah,
balai polis, klinik dan resort penginapan.
Pulau Tuba adalah perkampungan nelayan yang menawarkan landskap bumi
yang segar, jauh dari kesesakan dan masih mengekalkan gaya hidup tradisional
Antara tempat menarik di Pulau Tuba, Langkawi ialah Jeti
Teluk Puyuh, Laman Kerbau, Chalet Terapung, Pulau Batu Reban, Lembah Bronok, Habitat
Helang, Pemuliharaan Hutan Bakau, Bukit Kechik, Tanjung Rami dan Kraftangan
Daun Mengkuang. Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau dan Pulau Tuba adalah
salah satu pulau yang terdapat di Langkawi. Pulau Tuba hanya boleh diakses melalui
bot dengan mengambil masa perjalanan 15 hingga 20 minit. Kita boleh menyewa motorsikal
atau menggunakan pengangkutan van untuk bersiar-siar di Pulau Tuba
Kita boleh bersiar-siar di Jeti Teluk Puyuh untuk
melihat kehidupan penduduk di situ di samping melihat pemandangan indah dari jeti.
Selain itu, tempat yang menarik di Pulau Tuba ialah Laman
Kerbau kerana penduduk masih menggunakan kaedah tradisional seperti kerbau
untuk membajak sawah padi dan kerbau liar yang berkeliaran. Ini menunjukkan penduduk
dan haiwan di sana berkongsi rezeki yang diberikan Tuhan.
Pelancong juga boleh
menikmati percutian di Chalet Terapung yang terletak di Selat Bagon Nyior.
Chalet Terapung ini mempunyai lima buah bilik tidur, restoran terapung, sangkar
kupang dan tiram. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Chalet Terapung
seperti memancing, milky way, island hopping, bird watching, menangkul ketam
dan mencari siput lokan.
Seterusnya tempat paling menarik di sini ialah Pulau Batu
Reban kerana pernah menjadi tempat pengambaran filem Hollywood “Anna and
The King”. Aktiviti yang boleh dilakukan di Batu Reban ialah memancing, berkelah
dan mandi-manda.
Kemudian, Lembah Bronok yang terdapat di Pulau Tuba
membolehkan pelancong berpeluang mempelajari cara menangkap hasil laut seperti
bronok iaitu sejenis hidupan laut seakan gamat. Bronok merupakan makan eksotik
di Pulau Tuba. Ia mempunyai air dan lumpur di dalam badannya. Cara untuk
menyediakan bronok hanya boleh dimakan mentah atau dihidangkan sebagai kerabu
berserta manga kerana jika dimasak ia akan hancur.
Habitat burung helang merupakan salah satu tempat
menarik yang perlu dikunjungi oleh pelancong. Terdapat dua jenis burung helang
di Pulau Tuba iaitu burung Helang Merah dan burung Helang Putih. Burung helang
ini sering dilihat di kawasan pokok tinggi di persisir pantai. Burung helang biasanya
dilihat berlegar-legar di udara dalam jumlah yang banyak selepas subuh iaitu
jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi dan pada waktu senja dari pukul 7.00 petang
hingga 7.30 petang. Helang Putih juga dikenali sebagai helang laut. Ikan banang
digunakan untuk dijadikan umpan bagi pelancong berpeluang mengambil gambar
dengan dekat semasa burung helang menyambar umpannya.
Pulau Tuba telah disenaraikan sebagai Marble Geo-forest Park
hasil hutan simpan dan perubahan kejadian alam akibat perubahan suhu
serta tekanan. Kebanyakan pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan pelbagai
aktiviti yang ditawarkan di kawasan berhampiran pulau seperti menyusuri hutan
paya bakau, memancing ikan dan mencandat sotong. Pelancong juga boleh
bersiar-siar atau jungle trekking melalui Hutan Simpan Pulau Tuba kerana
terdapat pemandangan panaroma hutan dan pelbagai keunikan bentuk batu-batuan
dari zaman purba. Peminat alam semulajadi akan teruja dengan flora dan fauna di
sini.
Tarikan Pulau Tuba ialah makanan laut yang segar. Terdapat
pelbagai kedai makan yang menyajikan makanan laut untuk dicuba oleh pengunjung.
Antara kedai makan di Pulau Tuba yang boleh dicuba ialah Kedai Mee Udang/ Ketam
Tanjung Pandan. Seterusnya, setiap chalet juga menyediakan pakej makanan
tengahari dan makan malam dengan konsep makanan laut segar dengan harga yang
murah
Pulau Tuba dikelilingi bukit-bukau jenis batu kapur yang
terbentuk 350 juta tahun dahulu dan pengunjung boleh singgah ke Bukit Kechik
untuk melihat sendiri bagaimana formasi batu kapur terbetuk. Formasi batuan
yang terbentuk di Bukit Kechik adalah sejenis batuan enapan yang terdiri
daripada mineral kalsit dan arogenit. Batu berjalur di Bukit Kechik terbentuk akibat
fenomena tekanan dan pergerakan muka bumi sejak ribuan tahun dahulu. Batuan ini
berwarna hitam dan hijau seakan warna lumut dan batu kapur yang mempunyai bintik-bintik
putih disebabkan kulit siput dipercayai kawasan ini pernah ditenggelami air
laut yang sangat tinggi ribuan tahun dahulu menyebabkan formasi batuan ini. Pelancong
juga melakukan aktiviti trekking di Bukit Kechik
Seteusnya, pelancong boleh melihat pemandangan matahari
terbenam di Tanjung Rami.
Untuk kraftangan daun mengkuang, terdapat harga pakej
sekitar RM150-RM300 untuk melakukan aktiviti harian penduduk seperti menganyam
beg dan tikar menggunakan daun mengkuang.
Comments
Post a Comment