RINGKASAN TOPIK 2 BM

PDF









IMAGES



WORDS

KURSUS: SMB41002 BAHASA MELAYU UNIVERSITI

TOPIK 2: BAHASA DALAM KOMUNIKASI

Definisi Komunikasi

Proses pertukaran idea dan kepercayaan yang dibuat melalui saluran bahasa, simbol dan perbuatan tidak verbal.

Aspek penting dalam komunikasi

1.      Pemilihan kata:

Linguistik: Pemilihan kata ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengukapkan idea secara bertulis atau lisan.

2.      Struktur ayat

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapnya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonansi yang sempurna.

3.      Cara penyampaian

Lisan- Cara berkomunikasi dengan melahirkan perkataan-perkataan daripada mulut yang dapat berlaku secara bersemuka ataupun tidak bersemuka.

4.      Kesantunan berbahasa

Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar yang merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

5.      Laras bahasa

Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

6.      Bahasa sapaan

Sistem sapaan yang betul dan tepat akan melambangkan kesopanan dan

kehalusan budi seseorang penutur.

Kesimpulan

Dalam bahasa ada komunikasi, dalam komunikasi ada bahasa. Dunia tanpa komunikasi adalah dunia yang sepi, komunikasi memaknakan kehidupan manusia. Dengan komunikasi urusan menjadi mudah, membuat saya gembira, sedih dan sebagainya. Oleh itu, marilah kita berbahasa dengan sebaik-baiknya.


Comments