LATIHAN PEMANTAPAN
1.
Manakah penyataan yang TEPAT berkaitan dengan konsep bahasa
dan budaya?
A.
Bahasa dan budaya merupakan satu sistem
yang mengkaji struktur atau bentuk perkataan yang mempunyai fungsi tatabahasa.
B.
Bahasa dan budaya merupakan satu
unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi
bahasa atau gabungan beberapa bentuk bahasa.
C.
Bahasa dan budaya merupakan satu lambang yang arbitrari, iaitu satu simbol
bunyi yang bersuara
untuk berhubung dan berkomunikasi.
D.
Bahasa dan budaya berkait rapat dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
Setiap perkara yang diungkapkan
memberi gambaran jelas tentang corak kehidupan dan pemikiran penutur
jati sesuatu bahasa itu.
2.
Siapakah tokoh yang mengaitkan konsep
bahasa dengan pemikiran?
A. Groys Keraf.
B. Edward Sapir.
C. Asmah Hj. Omar.
D.
Ferdinand de Saussure.
3.
Antara berikut
yang manakah merupakan fungsi-fungsi bahasa menurut
Groys Keraf?
A. Bahasa sebagai
alat arbitrari.
B. Bahasa sebagai
alat sistem makna.
C. Bahasa sebagai alat integrasi adaptasi
sosial.
D. Bahasa sebagai
alat perlambangan budaya.
4.
Apakah yang boleh
dimaksudkan dengan fungsi bahasa
sebagai alat kawalan sosial?
A. Komunikasi yang terbentuk melalui
isyarat tubuh.
B.
Memilih bahasa yang digunakan mengikut
situasi.
C.
Saluran perumusan maksud,
melahirkan perasaan dan bekerjasama.
D.
Kegiatan bahasa bagi memperoleh pandangan baru, perilaku dan tindakan yang baik.
5.
Apakah kepentingan utama menguasai kemahiran
berbahasa?
A. Memudahkan komunikasi berlaku.
B. Memantapkan tahap kecekapan komunikasi.
C.
Memudahkan sesuatu bahasa
itu diungkap dan difahami.
D. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar.
6.
Antara berikut, manakah
asas kemahiran bukan lisan?
I.
Menulis.
II.
Bertutur.
III.
Membaca.
IV.
Mendengar.
A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.
7.
Pilih susunan yang BETUL bagi
proses kemahiran bahasa.
A. Bertutur, membaca,
menulis, mendengar.
B. Mendengar, bertutur, membaca,
menulis.
C.
Membaca, menulis, mendengar, bertutur.
D. Mendengar, membaca,
bertutur, menulis.
8.
Manakah BUKAN merupakan
aspek yang mempengaruhi kemahiran bertutur?
A. Ciri emosi
yang melibatkan gemuruh dan kontak mata
B.
Ciri rohani
yang melibatkan persediaan dan persefahaman.
C.
Ciri fizikal yang melibatkan alat artikulasi dan alat pendengaran
D. Ciri mental
yang melibatkan kemahiran memahami dan
menginterpretasi.
· Kemampuan pendengar memahami maklumat-maklumat yang diungkapkan oleh penutur
melalui lambang-lambang bunyi.
Jadual 1
9.
Pernyataan di atas berkaitan dengan
kemahiran
A.
Kemahiran menulis.
B.
Kemahiran bertutur.
C.
Kemahiran membaca.
D.
Kemahiran mendengar.
10. Pilih strategi
bagi meningkatkan kemahiran
mendengar.
I.
Dapatkan penjelasan.
II.
Menganggap perbualan sebagai
relevan.
III.
Beri perhatian pada intonasi dan nada suara.
IV.
Bertanya sekiranya tidak memahami percakapannya.
A. I, II dan III sahaja.
B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. Semua di atas.
11. Manakah aspek
yang TIDAK mempengaruhi bahasa
pertuturan?
A. Mora.
B.
Emosi.
C. Sebutan.
D. Tekanan.
12. Berikut merupakan
ciri mental yang mempengaruhi kemahiran
bertutur, KECUALI
I.
Gemuruh.
II.
Kontak mata.
III.
Menginterpretasi.
IV.
Kemahiran memahami.
A.
I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D.
II dan IV sahaja.
Persendian ialah unsur yang digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat.
Jadual 2
13. Apakah aspek yang merujuk
jadual 2?
A. Jeda
B.
Mora
C.
Intonasi
D.
Tekanan
14. Apakah yang dimaksudkan dengan
kemahiran membaca?
A. Kemahiran
berinteraksi menggunakan bahasa.
B. Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat-alat artikulasi.
C. Menghuraikan bahan bercetak
kepada pertuturan dan kepada pemikiran.
D. Kemampuan pendengar memahami maklumat-maklumat yang dituturkan.
·
Membuat andaian ·
Pilih petikan yang mudah ·
Menyediakan pen
dan kertas
Jadual 3
15. Apakah kemahiran yang berkaitan dengan
jadual 3 di atas?
A. Kemahiran menulis
B.
Kemahiran bertutur
C.
Kemahiran membaca
D. Kemahiran mendengar
16. Pilih penyataan
yang TEPAT berkaitan strategi
meningkatkan kemahiran membaca.
I.
Menyediakan pen dan kertas.
II.
Bersedia untuk berkomunikasi.
III.
Menjelaskan dengan perkataan lain.
IV.
Memperlahankan kelajuan membaca.
A. I dan II sahaja.
B.
I dan III sahaja.
C. I dan IV sahaja.
D.
II dan IV sahaja.
· Meliputi aspek penulisan, ejaan, tanda baca
dan penanda wacana. Tulisan mampu mempengaruhi emosi pembaca.
Jadual 3
17. Pernyataan di atas berkaitan dengan prinsip
penulisan
A.
Proses menulis.
B. Tujuan penulisan.
C. Mekanis penulisan.
D.
Pemilihan perkataan.
18. Apakah maksud
kesantunan bahasa?
A. Gaya atau cara
penggunaan sesebuah bahasa.
B. Variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi.
C. Penggunaan kata yang tepat
dan berkesan dalam komunikasi.
D.
Kaedah penggunaan bahasa yang sopan, baik dan bersesuaian dengan konteks.
19.Manakah
BUKAN faktor yang mempengaruhi
penggunaan kesantunan berbahasa dalam sesebuah komunikasi?
A. Tahap pendidikan seseorang.
B.
Konteks rasmi atau tidak
rasmi.
C.
Taraf sosial seseorang yang dilawan berbicara.
D.
Keupayaan menyampaikan idea kepada khalayak.
20. Pilih contoh ayat yang memperlihatkan kesantunan berbahasa.
I.
Jangan bising.
II.
Maafkan saya puan,
saya mengaku saya bersalah.
III.
Zakaria pulang ke kampung
kerana ayahnya meninggal dunia.
IV.
Selesaikan masalah
ini dengan matang.
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III
sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.
Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. :
“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar,
doa apakah yang aku baca pada malam tersebut?
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun)...”
Jadual 4
21.
Apakah aspek komunikasi dalam jadual 4 di atas?
A.
Laras bahasa.
B.
Struktur ayat.
C. Pemilihan kata.
D.
Kesantunan berbahasa.
· Terdapat penggunaan gambar bercetak · Penggunaan warna dan
teknik berkesan · Struktur ayat pendek dan menggunakan ayat tunggal
Jadual 5
22.
Penyataan dalam jadual
5 di atas merujuk
kepada laras
A. Laras bahasa iklan.
B. Laras bahasa klasik.
C. Laras bahasa
kreatif.
D. Laras bahasa
himbauan.
X: Jualan akhir tahun. Datang segera sebelum kehabisan stok! Y: Minumlah Jus Kunyit Almelda supaya anda bertambah sihat.
Jadual 6
23. Pilih kaedah
yang TEPAT berdasarkan contoh
iklan dalam jadual
6 di atas.
|
X |
Y |
A. |
Suruhan |
Umpan |
B. |
Umpan |
Doa |
C. |
Suruhan |
Doa |
D. |
Perisytiharan |
Perbandingan |
·
Bersifat intelektual dan saintifik. ·
Tidak menggunakan bahasa kiasan. ·
Maklumat berdasarkan kajian dan fakta.
Jadual 7
24. Apakah jenis
laras yang merujuk ciri yang dinyatakan dalam jadual 7 di atas?
A.
Sains.
B.
Klasik.
C.
Kreatif.
D. Himbauan.
Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka
sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar
dapat berpimpinan tangan dengan
kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.
Jadual 8
25. Apakah laras
bahasa yang TEPAT merujuk
contoh dalam jadual 8 di atas?
A. Klasik.
B.
Agama.
C.
Kreatif.
D.
Himbauan.
·
Saya sangat bersetuju dengan pendapatnya. ·
Aku harap kau
bersabar adik.
Jadual 9
26. Apakah
faktor penggunaan kata ganti nama diri saya
dan aku dalam jadual 9 di atas?
A.
Tempat dan masa.
B. Suasana dan gaya.
C.
Suasana dan hubungan.
D. Taraf akademik
dan sosial.
Pembunuhan sel-sel perumah yang menjadi satu sifat serangan parasit dijayakan oleh rembesan enzim.
Jadual 10
27. Pilih ciri-ciri
laras berkaitan dengan
contoh dalam jadual
10.
I.
Bersifat formal.
II.
Tidak menggunakan
bahasa kiasan.
III.
Maklumat berdasarkan kajian
dan fakta.
IV.
Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal
yang lain.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan
IV sahaja.
D.
II, III dan IV sahaja.
X: Belilah barangan buatan Malaysia. Y: Gunalah jus delima keluaran Almazz agar ibu
bapa sihat sejahtera.
Jadual 11
28. Pilih kaedah
yang TEPAT berdasarkan contoh
iklan dalam jadual
11 di atas.
|
X |
Y |
A. |
Umpan |
Perintisan |
B. |
Umpan |
Penilaian ciri |
C. |
Suruhan |
Doa |
D. |
Perisytiharan |
Perbandingan |
· Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan. · Banyak menggunakan perkataan yang membawa
makna ajak atau tegah. · Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk.
Jadual 12
29.Ciri-ciri di atas merujuk kepada laras bahasa _
A. klasik
B. agama
C. sastera
D. himbauan (doa)
Merujuk atau menyapa pihak yang menjadi teman bicara atau sasaran komunikasi
Jadual 13
30. Apakah kata ganti nama yang merujuk
penyataan di atas?
A. Kata ganti
nama diri kedua
B. Kata ganti nama diri pertama
C. Kata ganti
nama diri ketiga
jamak
D. Kata ganti
nama diri ketiga
tunggal
31. Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama yang BETUL.
A.
“Ayahanda akan berangkat ke majlis
tersebut.” Titah baginda sultan kepada bentara.
B.
“Adinda telah menyediakan segala
keperluan nenda.” Kata Tengku Ali kepadan neneknya.
C.
“Cucunda akan menyambut ketibaan bonda di lapangan terbang.” Kata Tengku
Ali kepada neneknya.
D.
“Anakanda berharap ayahanda sudi
menerima persembahan ini.” Kata Tengku Ali kepada ayahanda saudaranya.
32. Manakah yang BENAR tentang gelaran
dalam masyarakat Melayu?
A. Gelaran negeri.
B. Gelaran kurniaan.
C. Gelaran kebesaran.
D. Gelaran kemasyarakatan.
· Menteri Pelajaran · Yang Dipertua Dewan Rakyat · Ahli Dewan Undangan Negeri
Jadual 14
33.Rujukan hormat
bagi individu di atas ialah
A.
Yang Berhormat.
B. Yang Berbahagia.
C. Yang Amat Berhormat.
D. Yang Amat Berbahagia.
Gelaran Warisan X Y Rasul dan
sahabat
Jadual 15
34. Pilih pasangan
yang TEPAT bagi X dan
Y dalam jadual 15.
|
X |
Y |
A. |
Akademik/ikhtisas |
Sistem adat |
B. |
Sistem adat |
Kekeluargaan |
C. |
Raja |
Orang-orang besar |
D. |
Rasul dan sahabat |
Kurniaan pemerintah |
35. Manakah kata ganti nama diri ketiga
tunggal?
A.
Beta.
B.
Kami.
C.
Mereka.
D.
Baginda.
36. Semua yang berikut merupakan
gelaran warisan KECUALI .
A.
Mas
B. Ungku
C. Sharifah
D. Pangeran.
37. Pilih padanan
cara sapaan yang TEPAT
untuk gelaran keagamaan berikut.
A.
Kadi : Yang Arif Tuan Kadi.
B.
Imam : Yang Mulia Tuan Imam.
C.
Haji : Sahibul
Fadilah Tuan Haji.
D.
Mufti : Yang Berbahagia
Tuan Mufti.
38. Manakah padanan
gabungan gelaran yang BETUL?
A. Pak lebai –
Kekeluargaan dan ikhtisas.
B.
Mak Latah – Kekeluargaan dan peribadi.
C. Hajah Engku – Warisan dan keagamaan.
D. Prof. Datin – Kurniaan
akademik/ikhtisas dan pemerintah.
·
Kami ·
Kita
Jadual 16
39. Apakah bentuk
kata ganti nama diri di dalam jadual 16
di atas?
A. Kata ganti
nama diri kedua jamak.
B.
Kata ganti nama diri kedua tunggal .
C. Kata ganti nama diri pertama
jamak.
D. Kata ganti
nama diri pertama
tunggal.
40. Pilih contoh
bagi gelaran kurniaan.
A.
Yang Berhormat
Tan Sri Ali Zainuddin.
B. Yang Mulia
Puteri Shahidah Jamal
Aidil.
C. Tuan Haji Sheikh Kamal Mohammad Haji Sheikh Zaim.
D. Yang Mulia Puan Syarifah
Puteri Nur Khaisarah Syed Khalid.
Comments
Post a Comment