Berdasarkan rajah di atas, dapat ditunjukkan tentang tema utama dan sub tema bagi penggunaan
aplikasi Facebook. Antara tema asas yang diperoleh adalah berdasarkan objektif
dan persoalan kajian iaitu pandangan tentang penggunaan aplikasi Facebook,
kesan stress dalam menggunakan aplikasi Facebook, dan cara mengatasi kesan
stress menggunakan aplikasi Facebook. Tema utama kajian adalah berdasarkan
tajuk kajian iaitu “penggunaan aplikasi Facebook”. Seterusnya bagi sub tema
pula adalah berpandukan objektif manakala bagi sub-sub tema pula diperoleh
hasil daripada jawapan yang telah diberikan oleh informan.
Gambar rajah 3.0 menunjukkan
tema asas pertama yang dibentuk berdasarkan persoalan kajian pengkaji iaitu
apakah pandangan informan tentang penggunaan aplikasi Facebook. Selepas
menjalankan temu bual secara mendalam, pengkaji telah mendapat sub tema untuk
persoalan yang pertama iaitu umur, kebaikan dan keburukan penggunaan aplikasi
Facebook.
Berdasarkan
gambar rajah 3.1 di atas, sub tema pertama yang terbentuk ialah umur. Sub tema
ini menunjukkan apakah pandangan informan tentang penggunaan aplikasi Facebook.
Pengkaji mendapati terdapat tiga sub-sub tema dibawahnya. Hasil dapatan kajian
telah mendapati bahawa informan mempunyai pandangan bahawa penggunaan aplikasi
Facebook adalah untuk golongan berumur, muda dan semua golongan.
Berdasarkan
jawapan yang telah diberikan oleh informan, pengkaji mendapati bahawa pandangan
tentang penggunaan aplikasi Facebook, “golongan berumur” merupakan golongan
yang sering menggunakan aplikasi Facebook. Oleh itu, dapat pengkaji simpulkan
bahawa pandangan tentang penggunaan Facebook adalah golongan berumur.
Rajah 3.2 menunjukkan
sub tema kedua iaitu kebaikan penggunaan aplikasi Facebook. Sub tema kedua ini
adalah untuk melihat apakah kebaikan penggunaan aplikasi Facebook. Terdapat
tiga sub-sub tema yang didapati setelah menjalankan temu bual secara mendalam
iaitu interaksis, maklumat dan hiburan.
Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh informan, dapat simpulkan
bahawa kebaikan penggunaan aplikasi Facebook yang digunakan oleh informan
adalah untuk interaksi dan diikuti untuk mencari maklumat dan sebagai
hiburan.
Rajah 3.3 menunjukkan
sub tema ketiga iaitu topik yang dibincangkan. Sub tema ini memperlihatkan
keburukan yang dibincangkan oleh informan ketika menggunakan Facebook.
Berdasarkan jawapan yang telah pengkaji dapat daripada informan selepas
menjalankan temu bual secara mendalam, pengkaji memperoleh empat sub-sub tema
bagi keburukan penggunaan aplikasi Facebook iaitu komen negatif, penggunaan
berlebihan, potensi untuk ditipu dan carian negatif.
Berdasarkan
jawapan yang telah diberikan oleh informan pengkaji mendapati keburukan
penggunaan Facebook adalah”komen negatif”, “penggunaan berlebihan”, “potensi
untuk ditipu” dan “carian negatif”. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa keburukan
penggunaan Facebook yang dibincangkan oleh informan ketika menggunakan facebook
adalah komen negatif, penggunaan berlebihan, potensi untuk ditipu dan carian
negatif.
Gambar rajah 4.0 di
atas menunjukkan tema asas yang kedua berdasarkan persoalan kajian pengkaji
iaitu faktor-faktor yang mendorong pengguna menggunakan aplikasi Facebook.
Berdasarkan analisis selepas menjalankan temu bual secara mendalam bersama
informen, pengkaji telah mendapat sub tema untuk persoalan yang kedua iaitu
penyebaran maklumat pantas, mudah berinteraksi dan mudah diaksess apabila
menggunakan Facebook sebagai medium komunikasi.
Comments
Post a Comment